Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Ribut Aere Landa Filipina


MANILA - Ribut tropika Aere telah melanda timut laut Filipina, membunuh sekurang-kurangnya 9 orang dan memaksa lebih 100,000 penduduk menyelamatkan diri dari tempat tinggal mereka kerana diancam tanah runtuh.
Ribut tersebut menyerang daerah Catanduanes semalam dengan kelajuan 85 kilometer sejam dan angin kuat selaju 100 kilometer sejam.
Ia mencetuskan tanah runtuh dan banjir, mengganggu pengangkutan dan memutuskan bekalan elektrik di beberapa buah bandar.
Seorang wanita warga emas mati lemas ketika cuba menyeberangi arus deras sungai di bandar Daraga Daerah Albay, 340 kilometer dari tenggara Manila, manakala seorang lelaki terkena renjatan elektrik di sebuah kampung yang dilanda banjir berdekatan bandar Libon.
Tanah runtuh telah menenggelamkan sebuah rumah di daerah Camarines Sur berdekatan bandar Blatan pada sebelah paginya, membunuh tiga orang termasuk seorang bayi, menurut Bernardo Alejandro, Pengarah Tindakan Bencana Alam daerah.

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...