Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Barcelona Menang Bergaya, Manchester United Tersungkur



United tewas lagi di tangan Barcelona. jika di Rome mereka tewas 2-0, musim 2010-11 ni mereka tewas pula 3-1. dan yang menariknya Lionel Messi score di kedua-dua final. dan untuk match kali ini, Messi di nobatkan Man of The Match oleh UEFA.
United bermula garang dengan serangan bertali arus. nampak seperti akan menguasai permainan. tapi lama kelamaan makin longlai dan Barcelona mula menguasai bola dan United hanya mampu bertahan dan sesekali menyerang balas. akhirnya pada minit ke 27 Pedro memecah kebuntuan dengan gol pertama hasil lorongan daripada Xavi. tapi United tidak menunggu lama, minit ke 34 Wayne Rooney melakukan sepakan cantik menewaskan Victor Valdes untuk gol penyamaan.
separuh masa kedua bermula dan minit ke 54 akhirnya Messi membuktikan bahawa beliau memang tunggu masa jer nak score ni. dah 2-1 United cuba mengejar tapi gol dari David Villa pada minit ke 69 memang melemahkan semangat juang pemain-pemain United. percaturan Ferguson dengan membawa masuk Nani dan Paul Scholes juga nampaknya tidak menjadi. akhirnya wisel penamat dibunyikan dan Barcelona disahkan sebagai juara UEFA Champions League 2010-11.
hehe dah la ulasan amatur aku tu. nanti orang-orang pro baca mau nya dihentam aku ni ulas tak best. haha. tapi apa yang aku pasti, perlawanan tadi menarik dan tak bosan la. perlawanan yang bosan ialah perlawanan yang tak der orang score. bayangkanlah kita duk tengok 90 minit tapi langsung tak score? geram kan? kalau yang fanatik bola tu memang tak kisah. aku ni bukan fanatik pun. setakat final tu sanggup la tengok. atau mana-mana perlawanan yang melibatkan team hebat-hebat.
Fakta Menarik Untuk Di Kongsi:
- Lionel Messi dinobatkan sebagai Man of The Match untuk final 2010-11, dan juga Top Scorer untuk kejohanan. ini adalah kali ketiga berturut-turut Messi menjadi Top Scorer untuk UEFA Champions League.
- ini adalah kali ke-4 Barcelona memenangi UEFA Champions League. Kali pertama juga di Stadium Wembley pada 1991-92 menewaskan kelab Itali, Sampdoria. seterusnya  musim 2005-06 menewaskan Arsenal di France, 2008-09 tewaskan United di Rome dan yang terbaru 2010-11 juga menewaskan United.
- dengan kemenangan ke-4 itu, Barca meletakkan Sepanyol sebagai negara terbanyak memenangi kejohanan ini dengan 13 kali. 4 untuk Barca dan 9 untuk Real Madrid. Itali di tangga kedua dengan 12 kemenangan.
- Real Madrid menjulang kejuaraan ini sebanyak 9 kali, diikuti AC Milan 7, Liverpool 5, dan Ajax, Bayern Munich, serta Barca dengan 4 kemenangan.



Source: FcBarcelona.CAT & izzudin.com

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...