self education dalam fotografi..
Ingat tak apa yang kita semua buat selama 15 tahun dari
TADIKA sampai undergraduate? Mak ayah kita bergolok bergadai beli buku, beli
buku latihan, hantar tuisyen, masuk kem teknik jawab soalan past year .... diberikan nota dan homework,
kitapun hafal, buat nota ringkas, cuba faham dan keluarkan semula dalam exam.
Bermula dengan kuiz, ujian dan trial…. Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan
seterusnya. Kita hanya disuapkan dan itulah cara kita belajar.
Bila kita mula mendaftar utk membuat PhD, maka kitapun cuba buat cara yang sama...
sebab itu sahaja cara yang kita tahu. Oleh kerana tiada nota, tiada buku specific untuk
dibaca....dan past year questions.... so kitapun mengharapkan coursework untuk
membantu kita memahami dunia penyelidikan dan penulisan thesis. Lazimnya
walaupun selepas 2 semester mengikuti coursework, kita terus blurr kerana isi
kuliah masih lagi diberikan secara umum termasuklah research methodology.
Abih
camno?
Aku ingin menyorot kembali pengalaman aku menghantar anak aku ketika itu baru masuk 4 tahun bertadika di Campbell
Town Preschool, Adelaide, Australia, semasa aku berkesempatan belajar disana
pada 2004. Kenapa di Adelaide? TADIKA kat Malaysia tak ada ker nak bagi
contoh?
Bukan
tak ada tapi kanak-kanak TADIKA kat Malaysia selalunya bawa balik
homework sebab ada test.... malah diberikan markah.... sehingga mak
bapak berlumba2 dan bersaing utk anak mereka dapat markah 100 dalam
semua subjek di TADIKA.... malah ada hari graduasi dan penyampaian
hadiah pelajar terbaik..... Jadi anda baca dulu kenapa aku ambil TADIKA
di Adelaide sebagai contoh... bukan TADIKA di Malaysia….kerana ada
sesuatu yang aku ingin
kongsikan iaitu konsep SELF-EDUCATION !
Berikut empat dari pelbagai aktiviti self-education yang aku masih
ingat kerana anak aku bercerita mengenainya ketika berada di TADIKA
untuk dijadikan contoh iaitu Temasya Olympic, Hari Pos
Sedunia, Hari Polis dan hormati haiwan. Banyak lagi aktiviti yang lain
tu tapi aku dah tak berapa nak ingat.... maklumlah dah otai....
Temasya Olympic:
Anak aku selama seminggu sibuk dengan temasya Olympic (masa
tu Olympic Athen 2004) seperti menyiapkan bendera negara bertanding, medal dan sediakan kawasan
pertandingan. TADIKA tersebut dilanda demam olympic sehingga anak aku secara tidak lansung tahu
apa itu olimpic dan kenapa ia berlansung.
Selama seminggu anak aku bercakap
pasal olympic dan terlibat dalam sukan yang dipertandingkan. TADIKA tempat anak
aku belajar bertukar menjadi gelanggang Olympic. Anak aku belajar secara
indirect apa itu olympic dan semua yang berkaitan dengan olympic ....secara
self-education tanpa perlu membuka buku atau menulis dan menghafal apa2. Balik
jer rumah anak aku bercerita tentang olympic !!
Hari Pos Sedunia:
Satu hari anak aku bertanya ada tak postman hantar surat. Aku ingat anak aku
buang tabiat. Rupa2nya memang anak aku menunggu surat dari postman. Akupun
hairan, bila pulak ada org hantar surat kepada anak aku yang baru 4 tahun di Adelaide pulak tu.
Then
selang sehari, memang sampai satu surat atas nama anak aku.... Rupanya di
TADIKA anak aku menulis surat utk diri sendiri, kemudian dia dan kawan2nya dibawa
ke pejabat pos berdekatan, beratur membeli stem, dan melekatkannya sendiri di
sampul surat then ramai2 berjalan ke letterbox utk memasukkannya ke dalam peti surat. Sekali lagi
berlakunya SELF-EDUCATION, anak aku faham bagaimana surat diposkan selama ini.
Dan paling penting dia sgt excited sebab dapat surat sendiri – tak ubah macam
Mr Bean !!
Hari Polis:
Pada hari tersebut, datang satu kereta peronda police (yang
telah dijemput oleh TADIKA) dan semua kanak2 keluar bermesra dengan police
sambil explore kereta peronda tersebut. Balik jer dia kata “Constable Hill came
today… he is a goooood policeman” Sekali lagi berlakunya SELF-EDUCATION bila anak aku memaklumkan bahawa polis menjaga
keamanan dan polis baik2 semuanya (bukan menakutkan kita spt yang mak2 kita
ajar dahulu).
 |
| Salinan xerox photo anak aku bersama peronda polis yang masih aku simpan... (anak aku 3 dari kiri...) |
Hormati haiwan:
Ada satu hari datang sebuah mini zoo bergerak (van yang bawa
beberapa haiwan dari zoo of Adelaide) ke TADIKA. Anak-anak diajar menyayangi
haiwan, cara memegang haiwan seperti rabbit and blue tongue lizard. Balik jer
rumah anak aku akan kata macam ni lebih kurang “don’t tap the cage cos it will scare the animal and
make them stress…” Inilah SELF-EDUCATION.
Banyak contoh yang mengajar anak-anak memahami dunia ini bukan melalui exam.
Apa kaitan dengan PhD? Peringkat PhDlah sepatutnya berlakunya SELF-EDUCATION
secara ketara kerana tiada “exam” sepanjang anda siapkan research dan thesis.
Aku tak
bermaksud nak bandingkan TADIKA dengan PhD tetapi konsep SELF-EDUCATION itu
sangat releven dengan calon PhD dan master. Kalau di TADIKA, object yang
dipelajari dibawa kepada kanak-kanak tetapi bagi calon PhD, anda sendiri perlu
mencarinya... saya ulang.... perlu mencarinya sendiri !! Inilah yang membezakan anda sebagai calon PhD dan pelajar TADIKA !!
Kecanggihan era wifi dan komputer membolehkan
self-education berlaku dengan lebih mudah. Aku tak boleh bayangkan apabila ada pelajar atau calon
master dan PhD bertanya soalan seperti....
Apa beza kajian quali dan quanti?
Camner nak tahu normality sesuatui data?
Betul ker cara aku tulis dapatan t-test aku?
Apa yang disoal mudah diperolehi dan difahami dari pelbagai sumber
on-line....
kenapa tak explore dan lakukan self-education? Jika anda search t-test
sahaja
anda boleh dapat jutaan bahan untuk dibaca. Jika anda juga masih
bergantung kepada SV dan takut nak mulakan sesuatu, anda belum layak
menjadi calon PhD.
Anda perlu
memulakan pembacaan yang intensive dan extensive sebelum penulisan… …. dan hanya
berjumpa SV untuk review apa yang anda buat berada pada landasan yang betul, dan
ketahuilah ada bahagian tertentu yang anda buat dan faham maybe tidak pernahpun dibuat
apatah lagi difahami oleh SV anda.
Jika anda gagal melaksanakan SELF-EDUCATION... terlalu mengharapkan dan menunggu SV
utk memimpin tangan anda dari awal menulis proposal sehingga siap thesis anda, maka
anda meletakkan diri anda lebih rendah dari kanak-kanak TADIKA !! Emmm.....