Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Showing posts with label My Makan Makan. Show all posts
Showing posts with label My Makan Makan. Show all posts

Senarai NASI KANDAQ Paling Best @ Penang

gambaq sekadar hiasan..

SENARAI NASI KANDAQ PALING BEST DI PENANG:

Pagi
1. Jelutong (Nasi kandaq Ali Amir) - Jln Jelutong off Jln Tan Sri Teh Ewe Lim)
2. Kampung Melayu (Flat kg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jln Utama)
4. Rahman (4.00pagi - Jln Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
5. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - kakak) org panggil nasi kandar daud
6. Haniffa (isteri arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)

Tengahari
1. Hotel Merlin (Union St off Penang St)
2. Tajuddin Hussain (10am - Queen St)
3. kedai rendah bertentangan Sikh Gudwara (Jln Gudwara)
4. Rahim @ Haniffa (Rahim, abg arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
5. Taat (Pekan Teluk Kumbar)


Malam
1. Shariff (Glugor depan 7-Eleven)
2. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - adik)
3. Nasi Beratur (10.00 mlm - Liaqat Ali - sebelah Masjid Kapitan Kling)
4. Rahman Berkat (kedai cina Jln Jelutong off Jalan Market Jelutong
5. Tajuddin Hussain (6.30pm - Queen St)
6. Rahman Nasi Dalca (Queen St - ini nasi dalca = mcm nasi kenduri)
7. Nasi Kandar Imigresen (5.30pm - Lorong Pasar -stall sebelah kedai cina)


Restoran Deen 24jam (Jln Jelutong sebelah &-Eleven - yg ni sedap & terkenal di kalangan Penangites)

Line Clear - rasa tak menentu, kekadang rempahnya rasa maung tak ditumis betul

Cargas Cafe (Byn Lepas) - cuma terkenal dikalangan pekerja kilang (katogeri "bole makan")

nasik kandar kpg melayu rasanya lain sikit dr nasi kandar kedai lain..especially daging nye...

Speciality lauk Tiap2 Nasi Kandar

Pagi
1. Jelutong (Nasi kandaq Ali Amir) - Jln Jelutong off Jln Tan Sri Teh Ewe Lim)
- ayam ros, daging, sotong & udang (udang besar dijual pd harga yg agak murah)
2. Kampung Melayu (Flat kg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
- daging tempatan, sotong, ayam kicap madu.
3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jln Utama)
- daging, gulai ikan.
4. Rahman (4.00pagi - Jln Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
- daging, ayam goreng bawang (kali terakhir makan ayamnya dah tak sedap)
5. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - kakak)
- daging cincang
6. Haniffa (isteri arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
- daging cincang, ayam goreng bawang


Speciality lauk Tiap2 Nasi Kandar

Tengahhari
1. Hotel Merlin (Union St off Penang St)
- nasi tomato, sambal kelapa, ayam ros, sotong.
2. Tajuddin Hussain (10am - Queen St)
- daging kambing, nasi tomato / beryani, ayam ros (best in town), sambal kelapa, cili kering goreng, gulai anak ikan,
3. kedai rendah bertentangan Sikh Gudwara (Jln Gudwara)
- tak ada yg istimewa tapi masakannya panas2.
4. Rahim @ Haniffa (Rahim, abg arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
- ayam goreng bawang
5. Taat (Pekan Teluk Kumbar)
- gulai ikan


Speciality lauk Tiap2 Nasi Kandar

Malam
1. Shariff (Glugor depan 7-Eleven)
- daging, gulai ikan
2. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - adik)
- gulai ikan talang kering, sotong
3. Nasi Beratur (10.00 mlm - Liaqat Ali - sebelah Masjid Kapitan Kling)
- daging, telur dadar (rasa mcm murtabak), sambal kelapa
4. Rahman Berkat (kedai cina Jln Jelutong off Jalan Market Jelutong
- ayam goreng bawang, daging
5. Tajuddin Hussain (6.30pm - Queen St)
- daging kambing, nasi tomato / beryani, ayam ros (best in town), sambal kelapa, cili kering goreng, gulai anak ikan,
6. Rahman Nasi Dalca (Queen St - ini nasi dalca = mcm nasi kenduri)
- gulai ayam, daging kambing.
7. Nasi Kandar Imigresen (5.30pm - Lorong Pasar -stall sebelah kedai cina)
- nasi dimakan bersama bawang goreng

JJCM Abe @ Warung Pak Su Mee Ketam Kuala Juru


Date : 13 Mei 2014
Time : 1:30 petang
Place : Warung Pak Su Mee Ketam Kuala Juru, Penang
Info : Alhamdulillah, kelmarin abe sempat singgah makan ketam di Warung Pak Su.. first time datang sini dgn family.. jarak dari rumah abe lebih kurang 16-20 km.. memang terbaik tempat dia, car park pun hampir penuh.. kebetulan hari public holiday (Wesak Day).. ape2 terbaik dari segi rasa, segar & tak lupa juga harga dia.. hehe... biasa la sekali sekala kan..


 hari khamis tutup... ingat tu...

mee udang & ketam, nasi goreng udang & ketam.. nasi putih pun ada..

one of my favourite food, kerang bakar.. hehe..

main dish... seekor harga ketam, RM13... pandai2 la kira smuanya..

udang walaupun saiz sederhana, tetapi rasa dia mmg menjilat jari....

Senarai Barangan Harga Terkawal Musim Perayaan Deepavali 2013 (Pulau Pinang: 28 Okt - 6 Nov 2013)

Senarai Barangan Harga Terkawal Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2013
Tempoh Berkuatkuasa:
28 Oktober 2013 - 6 November 2013

Harga Maksimum Borong & Runcit Barang-Barang Harga Terkawal Bagi 
Negeri Pulau Pinang

Abe & IEBMC 2013 @ Rocana Hotel + The Zenith Hotel Kuantan

sebelum bermulanya majlis perasmian...

presentation oleh Prof Dr Ibrahim Zahari...

bilik penginapan abe @ Rocana Hotel... 



practice depan cermin utk presentation esok... 

i'm ready...

macam biasa, reward utk diri sendir, Burger Bakar... 

Alhamdulillah, best paper award @ IEBMC 2013...

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahmad Miqdad - xMatri


Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Setelah diperkenankan oleh duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI bagi sahabat handai kami sekeluarga serta rakyat jelata yang mengenali Beta di Seluruh Malaysia telah ditetapkan pada, 

SABTU 17 SYAWAL 1434 bersamaan 24 OGOS 2013
NO. 3, JALAN KESUMA 5/12B, BANDAR TASIK KESUMA, 43700 BERANANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
 *** 1200 HR TO 1600 HR ***

*** BACA DENGAN LENGGOK PAKCIK PENGUMUMAN HARI RAYA ****
*** Lambat datang, basuh pinggan mangkuk + Periuk ***

Sekian, Selamat Hari Raya

Jenis Makanan Atasi Masalah Buncit


Oleh:

Perut yang ramping semestinya menjadi idaman hampir semua orang khususnya kaum wanita. Bagi mereka yang memiliki perut buncit, mereka akan berasa rendah diri dan mungkin kurang berkeyakinan. Namun tidak kurang juga yang 'menikmati' situasi tersebut.

Tahukah anda terdapat beberapa jenis yang mampu membantu menyelesaikan masalah perut buncit tanpa anda perlu risau kos perbelanjaan berlebihan?

Lihat senarai di bawah dan cuba praktikkan. Mungkin anda dapat melihat keberkesanannya jika anda amalkan dengan cara yang betul dan juga pastikan anda turut bersenam.
Selamat mencuba!

#MENTEGA KACANG

Jika dilihatkan kepada teksturnya yang kelihatan seperti 'lemak berkrim' dan juga enak dimakan, memang ramai yang beranggapan bahawa mentega kacang menggemukkan. Namun tahukah anda ia penuh dengan mineral dan lemak sihat yang membantu anda berasa kenyang untuk jangka masa panjang? Anda juga boleh mencuba dengan variasi kacang seperti badam dan walnut ketika bersarapan.

#COKLAT GELAP

Siapa yang tidak menyukai coklat gelap (dark chocolate)? Lebih-lebih lagi kini kita mengetahu ia boleh membantu kita mengatasi masalah perut buncit. Coklat gelap mengandungi agen perangsang yang memberi kesan positif terhadap pembakaran lemak. Ia juga mempunyai lapan kali anti oksidan jika dibandingkan dengan strawberi. Malah coklat gelap juga terbukti sihat untuk jantung.

#BIJIRIN OAT

Gantikan makanan tengah hari anda dengan bijirin oat dan anda akan berpuas hati dengan keputusannya. Cuma anda perlu berhati-hati dengan cara memasaknya. Elak menambah gula ataupun susu pekat dan masak di atas api yang perlahan.

#KAYU MANIS

Penyelidik menemui sejenis anti oksidan dalam kayu manis yang membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan membantu menstabilkan kadar gula dalam darah. Keseluruhannya tiada ruang untuk perut buncit.

#CILI MERAH

Makanan yang digemari kebanyakan negara di rantau Asia ini mempunyai sejenis bahan aktif iaitu capsaicin. Capsaicin membantu menstabilkan kadar gula dalam darah dan juga membakar lemak berlebihan.

#TEH HIJAU

Menurut sebuah institusi nutrisi di Amerika Syarikat, ekstrak teh hijau mampu meningkatkan daya metabolisme badan pada siang hari. Kandungan anti oksidannya yang tinggi juga membantu membakar lemak pada perut.

#SAYUR-SAYURAN

Sayur-sayuran hijau seperti brokoli, dan kubis bunga mengandungi vitamin yang membantu melawan keinginan terhadap sesuatu makanan.

#TELUR

Mengandungi agen pembakar lemak iaitu vitamin B6, B12, A,D,E, dan K, folat, kalsium, zat besi, dan Omega 3, telur mampu membuatkan anda berasa kenyang untuk jangka masa yang lama. Lebih elok jika anda mengamalkan telur ayam kampung sebagai makanan harian.




4 Manfaat Sarapan Pagi


Inilah 4 manfaat sarapan pagi untuk kesihatan:

1.  Sarapan dapat memenuhi nutrisi.
Menu sarapan seperti sereal dengan susu atau yogurt rendah lemak plus granula akan memberi cukup kalsium dan serat.


2.  Sarapan menurunkan berat badan.Cara yang lebih baik adalah konsumsilah jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat Anda tdak cepat lapar.
        
3.  Sarapan tingkatkan kemampuan otak.
Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan oleh otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan berkunang-kunang.

 
4.  Perlindungan terhadap sakit jantung.
P
enelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa asupan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50 persen.
 



Sumber: medis.com

Nasi Tomato Mak Esah @ Batu Lanchang, Penang

beratur, jangan tak beratur..

 google maps..

terbaik..

dibuka jam 12 mlm..



Sumber: facebook/JJCM

Wedding Renee Arifah MBA @ Setia Pearl Island, Penang


Date: 19 Januari 2013
Time: 8.00 p.m
Place: Setia Pearl Island, Penang
Info: abe & kwn2 abe, Haja, Faizal & isteri serta baby dia, Manjeet, Kak Ira, Kak Ayu, Abg Khairul & Isteri & Kak Faridah dan suaminya (mba@USM) pi kenduri kawin kawan abe kawin iaitu Datin Renee Arifah yg melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan hatinya, Azmi.. Alhamdulilah.. mudahan Allah murahkan rezeki & memberi keberkatan umur dan kebahagian kepada pasangan mempelai ini.. Amin !!
 
Abg Khairul & isterinya..

Kak Faridah & suaminya..

Faizal & isterinya, Haja & Manjeet..

Kak Ira, Manjeet & Kak Ayu..
 
Faizal dan anaknya..
 
 

Khasiat Bawang Merah & Bawang Putih

ehsan dari Internet

Khasiat Bawang Merah dan Bawang Putih
1. Pening Kepala - Potong 2 ulas bawang putih dan telan bersama sedikit air. Sapu tempat yang sakit dengan minyak bawang putih.

2. Lemah Otot - Ambil 3 ulas bawang putih dan hancurkan. Kemudian minum bersama susu unta setiap hari selama sebulan bagi menguatkan otot yang lemah.

3. Demam Selsema - Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak 3 kali sehari. Minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih.

4. Susah Hadam - Rebus bawang merah bersama kulitnya. Kemudian kupas bawang itu. Bawang tersebut haruslah dihancurkan dan dicampurkan ke dalam madu asli dan dijadikan krim sapuan roti. Amalkan selalu.

5. Serangan Angin - Campurkan air perahan bawang merah 1/2 cawan bersama halba rebus setengah cawan. Kemudian bancuhkan sedikit madu asli ke dalam bancuhan itu. Kacau dan minum campuran itu setiap hari.

6. Serangan Cacing - Amalkan meminum air rebusan bawang merah setiap hari.



Sumber: facebook.com

Jalan-Jalan Dengan Sepupu @ Bukit Bendera


Date : 1 Disember 2012
Time : All Day Long
Place : Bukit Bendera
Info : Abe, adik2 abe & sepupu2 abe (paksu abe sebelah abah) sempat pergi jalan-jalan di Bukit Bendera.. kalo depa xmai, mmg abe & adik2 xmai sini la setelah sekian lama..dulu dah mai dah.. tp masa kecik2 la dgn abah & mama.. mmg dah lain sgt la Bukit Bendera skrg ni.. hehe

tunjuk MyKad, dapat harga tiket, RM8.. 



Penang Hill Mosque


tu la gambar kereta api baru Bukit Bendera..

Day 4: Travel Abe @ Langkawi November 2012


Date : 16 November 2012
Time : All Day Long
Place : Durian Perangin Waterfall – Tg Rhu – Pasir Hitam – Cable Car, Gunung Mat Cincang – Pantai Kok
Info : Abe & Pali sempat pusing satu pulau Langkawi dengan menaiki kereta yg ktorg sewa.. ktorg sempat breakfast kat air terjun.. mmg sempoi la mkn nasi dkt air terjun.. hehe pastu ktorg pergi Tanjung Rhu, Pasir Hitam & last skali naik cable car yg terletak di Gunung Mat Cincang… yg ni je berbayar, RM 15 (MyKad holder price).. yg lain tadi, semua free.. hehe

abe di Durian Perangin Waterfall..


abe di Tanjung Rhu..

abe di Pasir Hitam..



abe di Kaki Gunung Mat Cincang..



terasa macam kat Korea la plak..

suasana yang mendamaikan..

sedang menunggu giliran utk menaiki cable car..

sampai jugak..buat kali kedua..

sky bridge masih under construction.. :(

you are now at 700M above sea level.. 


sebelum balik hotel, pekena dulu pessembur di Pantai Kok..

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...