Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Showing posts with label My Matri. Show all posts
Showing posts with label My Matri. Show all posts

Siri Bacaan Tarbawi untuk Kanak-Kanak



Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia Allah SWT, Intelligent Heart Services (IHS), yang terdiri dari Akhi Rosdi Baharom (facebook/rosdi.baharom) dan Maimunah Hashim (isterinya), telah menerbitkan buku kedua yang bertajuk 'From My Heart I Say Alhamdulillah'. Buku ini adalah dari siri buku bacaan tarbawi untuk mendidik anak-anak mengenali Rabb-nya dan memahami dirinya sebagai ''abd' atau 'hamba' Allah. Harga senaskah adalah RM16 sahaja. Semoga Allah SWT menerima amal kita yang sangat kecil ini. IHS juga menerbitkan sebuah buku mewarna.

Untuk tempahan, boleh hubungi sendiri Akhi Rosdi Baharom (019- 5768445) atau email rosdi55@yahoo.com.


Utusan Raja Sehari Arin (x-Matri) & Pasangannya Azeera


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

Dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t & berbesar hati kami sekeluarga ingin menjemput saudara mara,teman,dan sahabat handai sekalian yang mengenali kami (Muhammad Shahrin Razali
& Rohima Azeera Ahmad ) untuk meraikan majlis perkahwinan kami.
Semoga dengan kehadiran kalian menyerikan lagi majlis kami. 
 sekian terima kasih.

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahmad Miqdad - xMatri


Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Setelah diperkenankan oleh duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI bagi sahabat handai kami sekeluarga serta rakyat jelata yang mengenali Beta di Seluruh Malaysia telah ditetapkan pada, 

SABTU 17 SYAWAL 1434 bersamaan 24 OGOS 2013
NO. 3, JALAN KESUMA 5/12B, BANDAR TASIK KESUMA, 43700 BERANANG, SELANGOR DARUL EHSAN.
 *** 1200 HR TO 1600 HR ***

*** BACA DENGAN LENGGOK PAKCIK PENGUMUMAN HARI RAYA ****
*** Lambat datang, basuh pinggan mangkuk + Periuk ***

Sekian, Selamat Hari Raya

Buku Mengenang Murabbiku: Ustaz Dahlan Mohd Zain


Sneak Peak kandungan Buku Mengenang Murabbiku: Ustaz Dahlan Mohd Zain

Buku ini terbitan syarikat LangitIman Resources, yakni syarikat milik saya sendiri.

InsyaAllah akan dijual dengan harga RM50.00 sebuah, hard cover, mengandungi gambar-gambar memori almarhum UDMZ, full colour, bilangan muka surat - 185ms, RM5 dari harga buku akan disumbangkan kepada pembangunan Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah.

Akan dilancarkan di Jubli Perak MATRI, yang akan berlangsung pada 29hb-31hb Ogos 2013. Cetakan pertama ini, kami hanya akan mencetak sebanyak 2,000 unit.

Kami mensasarkan insyaAllah 2,000 unit tersebut habis di Jubli Perak MATRI, kerana kami berhajat sebelum Team LangitIlahi pulang, kami sudah dapat serahkan RM10,000(hasil RM5 setiap satu unit buku yang terjual) sebagai sumbangan kepada Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah.

------------------
Mohon bantu promosikan buku ini ya.

Dana Menurap Tar @ Blok Baru MATRI


MATRI berhajat kepada sumbangan kewangan untuk menurap tar di hadapan dan belakang blok baru. Jumlah diperlukan sekitar RM25,000. Target siap selewatnya Julai ini. Wang interest diterima. Sumbangan boleh di bank in BANK MUAMALAT-09010000005713. Tabung Penyelenggaraan MATRI. Sila maklumkan kepada Ustaz Mahadzir Mohamad,Ketua Unit Senggara MATRI selepas sumbangan di bank in. 019-4341841.

TERIMA KASIH

Haluan Siswa: Pendaftaran Online Seminar Kesejahteraan Ke-11 (SKEMA ’11)


PENDAFTARAN ONLINE SEMINAR KESEJAHTERAAN KE-11 (SKEMA ’11)


OBJEKTIF
1. Melahirkan mahasiswa yang mengambil berat kepada isu-isu kemasyarakatan.
2. Melahirkan mahasiswa yang memiliki sifat-sifat kepimpinan dan berbakti.
3. melahirkan mahsiswa yang berdaya inovatif dalam mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah, dan kemasyarakatan.


Tema : Mahasiswa Kompeten Pemangkin Legasi Rabbani

Panel 1 : Encik Razali Ma’arof ( Mahasiswa dan Kehidupan)
- Bekerja di Kolej Teknologi Darul Naim(KTD) dan sekarang sedang menyempurnakan PHD beliau
- Penulis di laman web Langit Ilahi


Panel 2 : Ustaz Muhtad ( Memposisikan Cinta)
- Mudir Ma’had At’Toyyibah Canglun
- Timbalan YDP 1 HALUAN Cawangan Kedah/Perlis.


Panel 3 : Ustazah Fatimah Syarha ( Mahasiswa Rabbani : Antara Dakwah, Tarbiyah dan Akademik)
- Novelis


Penampilan Khas
* Ameen Misran of Langit Ilahi


Tempat :
Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Yuran : RM 15 sahaja
Target peserta :
Mahasiswa sekitar Selangor dan Kuala Lumpur

Pendaftaran boleh dibuat pada nombor berikut :
Hajar (014-8125745)
Omar (014-5318557)



Anjuran bersama:

HALUANSiswa dan Lajnah Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya

Abe @ Konvensyen Belia Relawan Haluan (KOBAR 2012)


Date : 3-4 November 2012
Time : 8.00 Pagi
Place : Dewan Konvokesyen Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

Info : Alhamdulillah, hujung minggu ni abe dan beberapa sahabat abe dari Haluan terutamanya dari batch Matri abe, berpeluang menyertai sebuah konvensyen yg dianjurkan oleh Haluan Malaysia di KUIS yg bertemakan Belia Pemacu Perubahan.. Seramai lebih kurang 1000 peserta yang hadir ke konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan.. Tahniah abe ucapkan kepada peserta yang hadir dan tidak lupa juga kepada urusetia konvesyen tersebut.. Antara panel-panel hebat yg menyampaikan kuliah ialah Ust Darus Senawi, Tn Hj Rosdi Baharom (KTD), Dr Ir. Hj Solehuddin Shuib (USM), Dr. Akram Dahlan (UUM), Prof Madya Dr. Azizan Ahmad (UKM), Sir Abdoh (Matri), Ust Muhtad, Ust Umar Aiman, En Razali Maarof & Saudara Siddiqi (Haluan)..  Alhamdulillah.. konvensyen berjalan dengan lancar & jayanya..Insyallah, kita akan berjumpa lagi di masa akan datang..

Bertemakan Belia Pemacu Perubahan, konvensyen ini diharapkan akan berjaya menarik minat serta semangat kesukarelawanan di kalangan belia memandangkan terlalu banyak tugasan kemasyarakatan yang harus dilunaskan oleh HALUAN demi memperbaiki kualiti hidup dan akhlak masyarakat samada yang Muslim atau yang belum Muslim. “Semoga penyampaian para panelis akan dihadamkan oleh peserta dan menaikkan kesedaran bahawa mereka ada kekuatan terselindung yang mampu menjadi pemacu kekuatan Islam,”

majlis perasmian oleh Ust Darus Senawi..


Sir Abdoh..

senyuman murabbi, akhi muhtad.. :)

setelah 10 tahun tidak berjumpa.. Hasanul Bakhtiar.. 

Dr. Akram..

antara sahabat-sahabat yang hadir..

peserta KOBAR 2012..

bersama Pengarah KOBAR, Tn Hj Hasri Ahmad..

Alhamdulillah, sepat jugak pi pekena Nasi Arab kat area Bangi dgn sahabat-sahabat.. 



Chicken Magloba Regular adalah pilihan abe..

sahabat abe ni la yg open table mlm tu..

blogger Hami Ashraff pun ada.. 

Pakdin & Munzir.. org kuat Imam Muda..

Sumber: haluan.org.my, facebook.com/abu.u.sp

Seminar Kesejahteraan Mahasiswa Ke-10 (SKEMA 10)



Assalamualaikum warahmatullah..


SEMINAR KESEJAHTERAAN MAHASISWA KE-10 (SKEMA 10),  yang bertemakan "Mahasiswa Bersinergi Pemangkin Legasi"


21 Oktober 2012 (Ahad)
8.30 pagi - 5.00 petang
Main Auditorium, Kulliyah Senibina (KAED), UIAM GOMBAK

Dengan penampilan -

IMAM MUDA Asyraf, 
Hilal Asyraf & Abu Ridhwan (Langit Ilahi), 
Pn. Mazlina Ghazali (Pensyarah UIAM), 
Sir. Irwan Affendi, Pensyarah Bahasa di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)

Yuran hanya RM15.
Daftar online sama ada menggunakan aplikasi scan QR Droid (di bawah poster) atau terus ke http://goo.gl/cjOd6



  *Program kerjasama IIUM Journalism Club dan Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa)

sila ke link berikut untuk maklumat lanjut:
blog: http://jc-iium.blogspot.com/2012/10/skema-10-seminar-kesejahteraan.html
facebook: https://www.facebook.com/IiumJournalismClub/


Karnival Sukan HALUAN 2012 Kini @ Bangi


Karnival Sukan HALUAN 2012
"Gaya Hidup Sihat Sepanjang Hayat"

Tarikh: Sabtu, 16 Jun 2012
Lokasi: Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Islam, Bangi, Selangor.
Peserta: Lelaki & wanita dijemput hadir

-----------------------------------
http://www.haluan.org.my/

Kuliah maghrib @ Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi.


Date: 15 April 2012
Time: After Maghrib
Place: Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi
Info:
Alhamdulillah, semalam abe berkesempatan untuk mengahdiri kuliah maghrib Imam Muda Asyraf,
Sham Kamikaze dan Ustaz Syed Norhisyam di Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi.. Tajuk kuliah semalam ialah "Suci Dalam Debu".. Apa yang abe dapat simpulkan dari kuliah semalam ialah berkenaan dengan fitrah manusia yg dilahirkan dlm keadaan suci bersih & debu2 dosa yg menyebabkan hati kita makin lama, makin hitam.. Antara isi-isi yg dikupaskan oleh Ust. Syed Norhisyam ialah terdapat 3 peringkat dosa iaitu:
  1. Buat dosa tapi tidak rasa bersalah,
  2. Berbangga akan dosa yg dilakukan,
  3. Menyeru kepada orang lain utk melakukan dosa (Amar mungkar, Nahi ma'ruf)
Ustaz juga ada berkongsi mengenai 3 syarat bertaubat (Imam Nawawi):
  1. Tinggalkan sepenuhnya dosa yang kita buat,
  2. Rasa penyesalan,
  3. Azam untuk tidak ulangi dosa tersebut
Akhir sekali, Ustaz memberikan doa (Nabi Ibrahim & Nabi Muhammad):
"Hasbunallah waniqmalwaqil" maksudnya "Cukuplah Allah, Engkau sebaik2 wakil"

Imam Muda Asyraf (moderator), Ust. Syed Norisyam (Panel 1) & Sham Kamikaze (Panel 2)

selepas solat isyak, minum bersama sahabat2 Matri (senior) @ Bangi..

Pakdin & Pakjo pun ada..

Sahabat Ziarah Mughirah (ex-Matri)

Sahabat-sahabat ziarah, Mughirah Abdullah @ Kemaman, Terengganu.. Hari tu abe dah pi ziarah beliau @ HKL sebelum beliau menjalani rawatan chemoteraphy buat kali pertama.. Alhamdulillah, keadaan beliau semakin positif.. Terus doakan beliau.. Keadaan beliau:        
                                 1)sangat tabah
                                 2)kakinya dah surut sikit dari bengkak
                                 3)akan menjalani chemoteraphy kali kedua hujung minggu ini


Abe & ReUnion Aretsains 2012 (selepas 10 tahun)


Date: 10 Mac 2012
Time: All Day
Place: Rumah Barakah Putrajaya + Futsal Bangi
Info:
Hari Sabtu lepas, bertempat di rumah barakah sahabat abe, Hatim & Munzet, berlangsunglah reunion kami dari Matri tahun (Tingkatan 1) 1998 - (Tingkatan 5) 2002.. Cetusan idea ini bermula dari 2 minngu yg lepas apabila Salman Said yg berada di Tawau, Sabah akan pulang ke Semenanjung atas urusan keluarga.. Memandangkan kami mempunyai group dalam facebook, maka dpt berhubung dgn shbt2 yg jauh utk organized reunion kali ini... kali terakhir reunion besar-besaran ini dibuat tak silap abe di Langkawi.. tapi xsemua yg pergi... dan ada jugak reunion kecil2lan dibuat seperti time kenduri kawin shbt2..Sungguh tak disangka, ramai jugak yg datang.  Out of 30 org yg konpem datang, rupa2 nya kedatangan adalah melebihi 30 orang! Biasalah kan, kalau dah kumpul ramai2 tu, kitaorg pun pelan main futsal malam tu.. & lepak jup di restoran seafood Soho @ Bangi.. Alhamdulillah, smua berjalan lancar.. Insyallah, walaupun rumah barakah @ Putrajaya akan tinggal dlm kenangan minggu depan (tuan rumah akan berpindah), abe & sahabat2 akan meranacang aktiviti lain di masa hadapan..

Chef Munzet & Ali sedang sibuk memasak...

manakala...

ayam masak kurma....

macam pizza abe tgk telur dadar ni.... ;)

terbaik.....

sedapnya...

berkumpul sebelum bertolak ke court Futsal @ Bangi..

Selepas solat isyak berjemaah di rumah barakah Putrajaya...
ukhuwah fillah...

mmg xberadab Zont...

Hatim tgh beraksi...

Kapten tak sabar nak main...

abang (injured) diurut oleh pakjo...

open table yg paling panjang kat Soho... jazakallah khair sahabat2 yg dpt hadir...



Tokey kedai, Bukhari & Dawie & jgk Ali Ilman...

Ammar, Aqil & Pakca..

Model Pizza pun mai, Muzakkir.. Salman, Saii, Miqdad, Rushdan & Sam (member Putrajaya)...

Ja, Munzet & A'un mai jgak...

Topeq, Zont & Pa'an pun dtg...

Annas, Islam, Arin (tgh gelak sakan), Pakjo & Abang duk sembang apa..

Syafiq Rashid, slps 10 tahun xberjumpa.. Badri, segak mcm dlu.. haha

bersama tuan rumah @ Putrajaya.. lepas ni dah xblh lepak kat sana dah.. ;(

selamat menjamu selera...


lepak di Soho Seafood slps penat bermain futsal..

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...