Nuffnang
Showing posts with label My PhD. Show all posts
Showing posts with label My PhD. Show all posts
Buku MPWS @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014
Jom dapatkan buku-buku berkualiti terbitan MPWS Rich Publication di:
Kuala Lumpur International Book Fair 2014
(Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 )
Di booth yang bernombor 3006-3007
Dewan Tun Razak 3, PWTC (berdekatan dengan eskalator dan cafe)
24 April – 4 May 2014
Anda juga boleh dapatkan di:
MPWS Training Centre, 63-1, 63-2
JalanKajangImpian 1/11, Taman KajangImpian,
Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Banyak buku yang menarik menanti anda di sana, antaranya:
-Buku Tulis Tesis Pantas
-Buku Mendeley
-Buku ATLAS.ti
-Zero Draft of Thesis (versi Bahasa Malaysia dan versi English)
-dan banyak lagi buku-buku lain yang menarik.
Dan yang paling penting, KAMI MENERIMA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA!!!
Jangan lepaskan peluang ini untuk mempertingkatkan mutu penulisan anda.

8 Cara Untuk Mencari Masa
Terdapat satu
istilah iaitu LLB atau look
like busy, buat-buat sibuk. Walaupun, kelihatan sibuk, namun, itu semua
adalah lakonan tanpa sedar. Mengapa dikatakan begitu, ini kerana
sebagai pekerja kadang-kala kita tidak pandai untuk menguruskan masa
dengan baik. Masa bekerja telah dicampur adukkan dengan perkara yang
tidak productive. Contohnya, bergosip, minum lama di gerai dan
sebagainya.
Sekarang, cabaran pekerja menjadi
semakin hebat. Selain bersosial sesama rakan sekerja, mereka juga
bersosial di telefon yang semakin 'pintar'. Kewujudan laman sosial
seperti facebook, tweeter, Instagram, Wechat dan Line akan memparahkan
lagi pengurusan waktu dikalangan pekerja. Menurut laporan Nicholas Cheng
dan Rahimy Rahim (2013), di dalam satu artikel di dalam akhbar the
Star, pekerja di Malaysia hanya bekerja 4 jam sehari, manakala bakinya
dihabiskan untuk 2 jam berlaman sosial dan 2 jam lagi untuk merokok,
berehat dan berbual bersama rakan sekerja.
# Secara
kesimpulannya, sebagai pekerja atau pelajar, kita perlu memperbaiki diri untuk
menjadi lebih produktif. Produktiviti kita hari ini akan menentukan siapa kita sebulan, 6 bulan, setahun dan 5 tahun dari sekarang. Kalau bukan diri kita yang mulakan, siapa lagi..
Disini ingin saya berkongsi 8 cara untuk mencari masa:
1.) Bersihkan meja sebelum pulang. (Esoknya jimat masa mengemas meja)
2.) Datang sedikit awal (5-10 minit) untuk membuat perancangan harian.
3.) Gunakan masa terluang untuk mengemas dan merancang
4.) Kurangkan masa makan tengahari (5-10 minit)
5.) Bawa bekal dan makan di office (Jangan makan di meja, ia akan memberi tekanan)
6.) Tutup semua laman social. Gunakan waktu rehat untuk tujuan itu
7.) Bagi yang menjadi ketua, bahagikan tugas secara bijak
8.) Gunakan teknologi !!!
Sumber: azminias2.blogspot.com
Jemputan Walimatul Urus Pak Bib (Matri)
Assalamualikum WRBT,
Dengan seikhlas hati mengundang Dato/ Datin/Tuan/ Encik/ Cik serta yang mengenali diri ini, ke majlis walimatul urus Mohamad Habibullah b Yusof & Husnida bt Hj Md Saad
Pada 24 Mac 2013 bersamaan 11 Jamadilawwal 1434H di kediaman ibubapa saya beralamat:
Batu 17 3/4 Kampung Pokok Pauh
Jalan Kubur Panjang
06400 Pokok Sena
Kedah
Diharap kesudian Dato/ Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik dapat memeriahkan lagi majlis undangan ini.
Sekian Terima Kasih
4 Manfaat Sarapan Pagi
Inilah 4 manfaat sarapan pagi untuk kesihatan:
1. Sarapan dapat memenuhi nutrisi.
Menu sarapan seperti sereal dengan susu atau yogurt rendah lemak plus granula akan memberi cukup kalsium dan serat.
2. Sarapan menurunkan berat badan.Cara yang lebih baik adalah konsumsilah jenis berkarbohidrat kompleks seperti oatmeal atau roti gandum murni. Makanan dengan kadar serat tinggi dan rendah gula akan dicerna dengan lambat, sehingga menyediakan energi yang konstan dan membuat Anda tdak cepat lapar.
3. Sarapan tingkatkan kemampuan otak.
Menurut para ahli, glukosa adalah satu-satunya bahan bakar yang diperlukan oleh otak. Tanpa glukosa yang cukup, Anda merasa lelah dan berkunang-kunang.
4. Perlindungan terhadap sakit jantung.
Penelitian 10 tahun yang dilakukan Harvard Nurses Health menyimpulkan bahwa asupan serat tinggi berkaitan dengan penurunan risiko penyakit jantung hingga mencapai 50 persen.
Sumber: medis.com
Haluan Siswa: Pendaftaran Online Seminar Kesejahteraan Ke-11 (SKEMA ’11)
PENDAFTARAN ONLINE SEMINAR KESEJAHTERAAN KE-11 (SKEMA ’11)
OBJEKTIF
1. Melahirkan mahasiswa yang mengambil berat kepada isu-isu kemasyarakatan.
2. Melahirkan mahasiswa yang memiliki sifat-sifat kepimpinan dan berbakti.
3. melahirkan mahsiswa yang berdaya inovatif dalam mencapai kecemerlangan akademik, sahsiah, dan kemasyarakatan.
Tema : Mahasiswa Kompeten Pemangkin Legasi Rabbani
Panel 1 : Encik Razali Ma’arof ( Mahasiswa dan Kehidupan)
- Bekerja di Kolej Teknologi Darul Naim(KTD) dan sekarang sedang menyempurnakan PHD beliau
- Penulis di laman web Langit Ilahi
Panel 2 : Ustaz Muhtad ( Memposisikan Cinta)
- Mudir Ma’had At’Toyyibah Canglun
- Timbalan YDP 1 HALUAN Cawangan Kedah/Perlis.
Panel 3 : Ustazah Fatimah Syarha ( Mahasiswa Rabbani : Antara Dakwah, Tarbiyah dan Akademik)
- Novelis
Penampilan Khas
* Ameen Misran of Langit Ilahi
Tempat :
Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Yuran : RM 15 sahaja
Target peserta :
Mahasiswa sekitar Selangor dan Kuala Lumpur
Mahasiswa sekitar Selangor dan Kuala Lumpur
Pendaftaran boleh dibuat pada nombor berikut :
Hajar (014-8125745)
Omar (014-5318557)
Anjuran bersama:
HALUANSiswa dan Lajnah Jabatan Fiqh dan Usul Universiti Malaya
Website Baru Putra Business School (PBS)
Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan Putra Business School (PBS), boleh klik link dibawah:
wajah baru laman sesawang PBS
Ini merupakan Student Portal untuk pelajar PBS, anda boleh klik link dibawah:
Dr OT: Self-Education in PhD & Kindergarden
self education dalam fotografi..
Ingat tak apa yang kita semua buat selama 15 tahun dari
TADIKA sampai undergraduate? Mak ayah kita bergolok bergadai beli buku, beli
buku latihan, hantar tuisyen, masuk kem teknik jawab soalan past year .... diberikan nota dan homework,
kitapun hafal, buat nota ringkas, cuba faham dan keluarkan semula dalam exam.
Bermula dengan kuiz, ujian dan trial…. Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan
seterusnya. Kita hanya disuapkan dan itulah cara kita belajar.
Bila kita mula mendaftar utk membuat PhD, maka kitapun cuba buat cara yang sama... sebab itu sahaja cara yang kita tahu. Oleh kerana tiada nota, tiada buku specific untuk dibaca....dan past year questions.... so kitapun mengharapkan coursework untuk membantu kita memahami dunia penyelidikan dan penulisan thesis. Lazimnya walaupun selepas 2 semester mengikuti coursework, kita terus blurr kerana isi kuliah masih lagi diberikan secara umum termasuklah research methodology.

Abih
camno?
Aku ingin menyorot kembali pengalaman aku menghantar anak aku ketika itu baru masuk 4 tahun bertadika di Campbell Town Preschool, Adelaide, Australia, semasa aku berkesempatan belajar disana pada 2004. Kenapa di Adelaide? TADIKA kat Malaysia tak ada ker nak bagi contoh?
Bukan tak ada tapi kanak-kanak TADIKA kat Malaysia selalunya bawa balik homework sebab ada test.... malah diberikan markah.... sehingga mak bapak berlumba2 dan bersaing utk anak mereka dapat markah 100 dalam semua subjek di TADIKA.... malah ada hari graduasi dan penyampaian hadiah pelajar terbaik..... Jadi anda baca dulu kenapa aku ambil TADIKA di Adelaide sebagai contoh... bukan TADIKA di Malaysia….kerana ada sesuatu yang aku ingin kongsikan iaitu konsep SELF-EDUCATION !
Berikut empat dari pelbagai aktiviti self-education yang aku masih ingat kerana anak aku bercerita mengenainya ketika berada di TADIKA untuk dijadikan contoh iaitu Temasya Olympic, Hari Pos Sedunia, Hari Polis dan hormati haiwan. Banyak lagi aktiviti yang lain tu tapi aku dah tak berapa nak ingat.... maklumlah dah otai....

Temasya Olympic:
Anak aku selama seminggu sibuk dengan temasya Olympic (masa
tu Olympic Athen 2004) seperti menyiapkan bendera negara bertanding, medal dan sediakan kawasan
pertandingan. TADIKA tersebut dilanda demam olympic sehingga anak aku secara tidak lansung tahu
apa itu olimpic dan kenapa ia berlansung.
Selama seminggu anak aku bercakap pasal olympic dan terlibat dalam sukan yang dipertandingkan. TADIKA tempat anak aku belajar bertukar menjadi gelanggang Olympic. Anak aku belajar secara indirect apa itu olympic dan semua yang berkaitan dengan olympic ....secara self-education tanpa perlu membuka buku atau menulis dan menghafal apa2. Balik jer rumah anak aku bercerita tentang olympic !!

Hari Pos Sedunia:
Satu hari anak aku bertanya ada tak postman hantar surat. Aku ingat anak aku buang tabiat. Rupa2nya memang anak aku menunggu surat dari postman. Akupun hairan, bila pulak ada org hantar surat kepada anak aku yang baru 4 tahun di Adelaide pulak tu.
Then selang sehari, memang sampai satu surat atas nama anak aku.... Rupanya di TADIKA anak aku menulis surat utk diri sendiri, kemudian dia dan kawan2nya dibawa ke pejabat pos berdekatan, beratur membeli stem, dan melekatkannya sendiri di sampul surat then ramai2 berjalan ke letterbox utk memasukkannya ke dalam peti surat. Sekali lagi berlakunya SELF-EDUCATION, anak aku faham bagaimana surat diposkan selama ini. Dan paling penting dia sgt excited sebab dapat surat sendiri – tak ubah macam Mr Bean !!

Hari Polis:
Pada hari tersebut, datang satu kereta peronda police (yang
telah dijemput oleh TADIKA) dan semua kanak2 keluar bermesra dengan police
sambil explore kereta peronda tersebut. Balik jer dia kata “Constable Hill came
today… he is a goooood policeman” Sekali lagi berlakunya SELF-EDUCATION bila anak aku memaklumkan bahawa polis menjaga
keamanan dan polis baik2 semuanya (bukan menakutkan kita spt yang mak2 kita
ajar dahulu).
![]() |
| Salinan xerox photo anak aku bersama peronda polis yang masih aku simpan... (anak aku 3 dari kiri...) |
Hormati haiwan:
Ada satu hari datang sebuah mini zoo bergerak (van yang bawa
beberapa haiwan dari zoo of Adelaide) ke TADIKA. Anak-anak diajar menyayangi
haiwan, cara memegang haiwan seperti rabbit and blue tongue lizard. Balik jer
rumah anak aku akan kata macam ni lebih kurang “don’t tap the cage cos it will scare the animal and
make them stress…” Inilah SELF-EDUCATION.
Banyak contoh yang mengajar anak-anak memahami dunia ini bukan melalui exam.
Apa kaitan dengan PhD? Peringkat PhDlah sepatutnya berlakunya SELF-EDUCATION
secara ketara kerana tiada “exam” sepanjang anda siapkan research dan thesis.
Aku tak
bermaksud nak bandingkan TADIKA dengan PhD tetapi konsep SELF-EDUCATION itu
sangat releven dengan calon PhD dan master. Kalau di TADIKA, object yang
dipelajari dibawa kepada kanak-kanak tetapi bagi calon PhD, anda sendiri perlu
mencarinya... saya ulang.... perlu mencarinya sendiri !! Inilah yang membezakan anda sebagai calon PhD dan pelajar TADIKA !!
Kecanggihan era wifi dan komputer membolehkan
self-education berlaku dengan lebih mudah. Aku tak boleh bayangkan apabila ada pelajar atau calon
master dan PhD bertanya soalan seperti....
Apa beza kajian quali dan quanti?
Camner nak tahu normality sesuatui data?
Betul ker cara aku tulis dapatan t-test aku?
Apa yang disoal mudah diperolehi dan difahami dari pelbagai sumber on-line.... kenapa tak explore dan lakukan self-education? Jika anda search t-test sahaja anda boleh dapat jutaan bahan untuk dibaca. Jika anda juga masih bergantung kepada SV dan takut nak mulakan sesuatu, anda belum layak menjadi calon PhD.

Anda perlu
memulakan pembacaan yang intensive dan extensive sebelum penulisan… …. dan hanya
berjumpa SV untuk review apa yang anda buat berada pada landasan yang betul, dan
ketahuilah ada bahagian tertentu yang anda buat dan faham maybe tidak pernahpun dibuat
apatah lagi difahami oleh SV anda.
Jika anda gagal melaksanakan SELF-EDUCATION... terlalu mengharapkan dan menunggu SV
utk memimpin tangan anda dari awal menulis proposal sehingga siap thesis anda, maka
anda meletakkan diri anda lebih rendah dari kanak-kanak TADIKA !! Emmm.....
Sumber: drotspss.blogspot.com
Shamsuddin Kadir: "Nanti apa kata orang?"
gambar hiasan.. hehe
Oleh Shamsuddin Kadir
Dari kajian yang kami buat, majoriti orang
yang lebih banyak duit ataupun orang yang tidak banyak berbelanja adalah
orang yang tidak suka ikut gaya hidup orang lain. Di mana mereka
berbelanja mengikut apa yang mereka fikirkan yang memberi manfaat kepada
mereka, bukan kerana ingin mendapat perhatian orang lain.
Manakala, majoriti orang yang menanggung bebanan hidup yang berlebihan, adalah orang yang hidup dengan kata-kata keramat di bawah:
"Nanti apa kata orang?"
Apa sahaja yang ingin dilakukan, dinilai dahulu nanti apa kata orang lain.
Sehingga, sekarang sudah ada orang merasakan malu untuk tidak membeli kuih raya bagi dihidangkan kepada tetamu walaupun ketika itu tuan rumah sebenarnya tidak ada duit yang berlebihan.
Kini, bertambah-tambah anak-anak muda berkahwin dengan mengambil pinjaman peribadi supaya majis perkahwinan nanti di buat selepas mengambil kira 'nanti apa kata orang lain'.
Kini, bertambah-tambah orang yang menukarkan perabot rumah, langsir ketika raya, kerana risau nanti apa kata orang lain.
Kini, berlumba-lumba sebahagian ibu bapa mengejar anak-anak mereka supaya mendapat 5A UPSR takut nanti apa kata orang lain, kalau anak mereka tidak dapat 5 A. Walaupun sudah terdapat banyak sangat kajian yang mengatakan ciri-ciri orang yang berjaya dalam kehidupan mereka kelak, bukannya orang yang mendapat semua A di dalam peperiksaan.
Kini, bertambah-tambah orang menukarkan handfon bagi mendapatkan 'smartphone' takut nanti apa kata orang lain, walaupun handfon lama masih elok dan tiada keperluan menukarkan yang baru.
Kini, berlumba-lumba sebahagian rakyat yang menukarkan kereta 1 - 2 bulan sebelum perayaan, takut nanti apa kata orang apabila masih pakai kereta yang sudah lama.
Hidup ini kosnya tinggi, apabila kita ingin hidup dengan perasaan takut nanti apa kata orang lain.
Lain sekolah, lain pula ajarannya. Hormati perbezaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)