Nuffnang
Showing posts with label My Family. Show all posts
Showing posts with label My Family. Show all posts
Abah Abe - Allahyarham (الله يرحم) Abdul Aziz Bin Tahar
"Ya Allah.. sesungguhnya aku merindui dia.. rindu suara dia.. rindu nasihat dia.. rindu teguran dia.. rindu gurauan dia.. rindu segala-segalanya tentang dia.. Dia pergi dalam sekelip mata.. tanpa ucapan selamat tinggal.. abah.. abe rindu pada abah.. kami semua rindu pada abah.. rindu abah sangat-sangat.."
Insha Allah... abe cuba pikul tanggungjawab abah.. yang abah amanahkan pada abe.. abe akan jaga mama dan adik2 abe, Adik Iqah, Ace, Iyah, Angah & Kak Ipah.. walaupun amat berat sekali amanah ni.. amat berat & besar.. abe akan cuba selagi hayat abe dikandung badan.. abe akan belajar dari kenangan abah bersama kami.. mungkin dulu, abah boleh ajar satu persatu.. tapi sekarang, hanya ingatan & kenangan abah bersama kami sekeluarga menjadi pengajaran sisa hidup abe.. banyak yang abah ajar dulu, walaupun bukan dari segi percakapan, tapi gerak perbuatan abah, yang abe akan ingat sampai bila-bila.. abah adalah satu-satunya abah abe yang terbaik dalam hidup abe.. abah lah kawan abe, sahabat abe.. abah abe selama-lamanya.. terima kasih abah kerana hadir dalam hidup abe..
Abah berehat lah.. tidur lah abah kat sana selama-selamanya..
Al-Fatihah buat Ayahanda abe.. semoga dikau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh disana..
4 Oktober 2015
1:30 petang
Hospital Balik Pulau, Pulau Pinang.
4 Oktober 2015
1:30 petang
Hospital Balik Pulau, Pulau Pinang.
JJCM Abe @ Warung Pak Su Mee Ketam Kuala Juru
Date : 13 Mei 2014
Time : 1:30 petang
Place : Warung Pak Su Mee Ketam Kuala Juru, Penang
Info : Alhamdulillah, kelmarin abe sempat singgah makan ketam di Warung Pak Su.. first time datang sini dgn family.. jarak dari rumah abe lebih kurang 16-20 km.. memang terbaik tempat dia, car park pun hampir penuh.. kebetulan hari public holiday (Wesak Day).. ape2 terbaik dari segi rasa, segar & tak lupa juga harga dia.. hehe... biasa la sekali sekala kan..
hari khamis tutup... ingat tu...
mee udang & ketam, nasi goreng udang & ketam.. nasi putih pun ada..
one of my favourite food, kerang bakar.. hehe..
main dish... seekor harga ketam, RM13... pandai2 la kira smuanya..
udang walaupun saiz sederhana, tetapi rasa dia mmg menjilat jari....
Mesej Terakhir Seorang Ayah Kepada Anaknya di Facebook
gambar hiasan
Sekadar kisah...
Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.
Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat
sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di
inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua
dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.
Ditatap isinya,
"Salam.
Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai
kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.
Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.
Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4.
Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan
pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak
kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu
hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja.
Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh
habis ke prepaid tu?
Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila
kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah
seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok
dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak
faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah
dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat
kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.
Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan
abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah.
Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah,
kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk
biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana
tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.
Bila kamu sekolah
menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk
bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan.
Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk
asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila
perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.
Abah tahu, naluri
remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada
kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah
menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu.
Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia
kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih
penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila
kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung
pada kamu sahaja?
Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah
lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak
berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari
raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah,
kamu tak balik cuti.
Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.
Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu
tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.
Abah tak minta banyak...
Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara
tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis
pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu
kecil-kecil dulu.
Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini.
Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.
Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan
pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta
di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu
terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.
Maafkan abah atas segalanya."
Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.
Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.
Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.
Sumber: tengoktvonline.blogspot.com
Jom Kita Sama-Sama Praktik Financial Family Planning
Hari ini abe ingin kongsikan tips financial family kawan abe (suami bekerja sebagai financial advisor & si isteri bekerja sebagai seorang doktor) yg boleh kita apply sedikit dalam rumah tangga kita; antaranya:
1. Selepas berkahwin, 3 bulan pertama, sebaik sahaja isteri pulang bekerja (penat ke ape), saya akan spend satu jam berceramah pasal planning 3-5-10 tahun melibatkan kewangan dan keluarga selain isteri berbincang pasal pesakit di hospital. Di sini, 2 way learning berlaku; medical and finance.
2. Selepas beberapa bulan, sy bawa isteri ke seminar-seminar kewangan atau pelaburan, yang mana yg sempat. Bukan nak suruh belajar tapi amik 'feel' dan naikkan minat. Isteri saya cerdik, so cepat pick up.
3. Libatkan isteri dalam decision bisnes atau pelaburan. Kadang-kadang, perbincangan 2 hala memudahkan saya membuat keputusan yg lebih baik.
4. Jika saya ingin pergi jauh dalam bidang saya, saya juga mahukan isteri saya pergi jauh sebagai seorang doktor pakar. Saya bawa dia kenali bidang bisnes, kewangan dan pelaburan adalah supaya dia dapat menjadi doktor pakar yg ada 'kebebasan masa' dan 'kebebasan dalam menyumbang lebih banyak kepada masyarakat'. Bukan hanya mengharapkan duit gaji semata-mata.
5. Saya takkan kedekut utk berikan isteri sy makanan yg sihat, perubatan, education yg bagus tetapi hal-hal lain, saya kedekut mcm Haji Bakhil. Isteri panggil sy 'cheapskate'; whateverlah. Asal isteri dan anak2 bahagia di masa depan.
6. Banyakkan solah berjemaah dan baca Al-Quran sama2. Yang ini kdg2 kami jarang dapat buat sama2 atas masalah masa tetapi cuba usahakan. Insyallah tautan hati lebih rapat, dengan isteri dan Allah swt. Rezeki yg kita mahupun dari Allah swt, jadi banyakkan la solah Dhuha dan tahajud.
Couple-couple yg baru kahwin, banyak-banyakkan ta'aruf dan berkongsi. Masing-masing kene saling tingkatkan diri utk berjaya dunia akhirat.
1. Selepas berkahwin, 3 bulan pertama, sebaik sahaja isteri pulang bekerja (penat ke ape), saya akan spend satu jam berceramah pasal planning 3-5-10 tahun melibatkan kewangan dan keluarga selain isteri berbincang pasal pesakit di hospital. Di sini, 2 way learning berlaku; medical and finance.
2. Selepas beberapa bulan, sy bawa isteri ke seminar-seminar kewangan atau pelaburan, yang mana yg sempat. Bukan nak suruh belajar tapi amik 'feel' dan naikkan minat. Isteri saya cerdik, so cepat pick up.
3. Libatkan isteri dalam decision bisnes atau pelaburan. Kadang-kadang, perbincangan 2 hala memudahkan saya membuat keputusan yg lebih baik.
4. Jika saya ingin pergi jauh dalam bidang saya, saya juga mahukan isteri saya pergi jauh sebagai seorang doktor pakar. Saya bawa dia kenali bidang bisnes, kewangan dan pelaburan adalah supaya dia dapat menjadi doktor pakar yg ada 'kebebasan masa' dan 'kebebasan dalam menyumbang lebih banyak kepada masyarakat'. Bukan hanya mengharapkan duit gaji semata-mata.
5. Saya takkan kedekut utk berikan isteri sy makanan yg sihat, perubatan, education yg bagus tetapi hal-hal lain, saya kedekut mcm Haji Bakhil. Isteri panggil sy 'cheapskate'; whateverlah. Asal isteri dan anak2 bahagia di masa depan.
6. Banyakkan solah berjemaah dan baca Al-Quran sama2. Yang ini kdg2 kami jarang dapat buat sama2 atas masalah masa tetapi cuba usahakan. Insyallah tautan hati lebih rapat, dengan isteri dan Allah swt. Rezeki yg kita mahupun dari Allah swt, jadi banyakkan la solah Dhuha dan tahajud.
Couple-couple yg baru kahwin, banyak-banyakkan ta'aruf dan berkongsi. Masing-masing kene saling tingkatkan diri utk berjaya dunia akhirat.
Nenek Pergi Buat Selama-Lamanya
Bismillah..
Alhamdulillah, dah lama abe tak update blog abe ni. Sebenarnya ada kisah duka yg abe harungi utk bulan Mei tahun 2013 ini. Tanggal 6 Mei 2013, nenek kesayangan abe telah pergi ke rahmatullah tepat jam 11.05 pagi di rumah family abe @ Penang setelah hampir 2 tahun, arwah sakit stroke. Siti Lijah Bt Awang bukanlah org lain dlm hidup abe. Dialah seorang ibu, dialah seorang nenek & satu-satunya nenek yg sempat abe menumpang kasih sejak kecil lg di dunia ini. Dan pemergiannya sangat dirasai oleh abe sekeluarga terutama mama abe, anak sulung & perempuan tunggal dlm adik beradiknya. Semoga nenek bersama dikalangan org yg beriman & tenang di sana, Al-Fatihah..
Jalan-Jalan Dengan Sepupu @ Bukit Bendera
Date : 1 Disember 2012
Time : All Day Long
Place : Bukit Bendera
Info : Abe, adik2 abe & sepupu2 abe (paksu abe sebelah abah) sempat pergi jalan-jalan di Bukit Bendera.. kalo depa xmai, mmg abe & adik2 xmai sini la setelah sekian lama..dulu dah mai dah.. tp masa kecik2 la dgn abah & mama.. mmg dah lain sgt la Bukit Bendera skrg ni.. hehe
tunjuk MyKad, dapat harga tiket, RM8..
Penang Hill Mosque
tu la gambar kereta api baru Bukit Bendera..
Ziarah Abah Abe Do @ Hospital Kuala Krai
Alhamdulillah, abe baru sampai dari kampung abe, Kelantan petang tadi. Abe balik kampung dengan abah dgn mama je.. Adik2 abe xbalik sbb minggu ni masih bersekolah. Abe balik bertujuan untuk ziarah bapa saudara abe (abang kepada Abah abe). Abe doakan abah (panggilan abe kpd bapa saudara abe) cepat sembuh & sihat.. amin..
Allaahumma ‘aafinii fii badanii, Allaahumma ‘aafinii fi sam’I,
Allaahumma ‘aafinii fii bashari. Allaahumma innii ‘auudzubika minal
kufri wal faqri. Allaahumma innii ‘auudzubika min ‘azaabil qabri. Laa
ilaaha illaa anta.
Doa kesihatan diri
Allaahumma ‘aafinii fii badanii, Allaahumma ‘aafinii fi sam’I,
Allaahumma ‘aafinii fii bashari. Allaahumma innii ‘auudzubika minal
kufri wal faqri. Allaahumma innii ‘auudzubika min ‘azaabil qabri. Laa
ilaaha illaa anta.
Ertinya :“Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya
Allah, sembuhkanlah pendengaranku. Ya Allah, sembuhkanlah
penglihatanku. Ya Allah, sesungguhnya aku berllindung kepadaMu dari
kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari sisa
kubur. Tiada Tuhan selain Engkau”(H.R. Abu Daud dan Al Hakim)
Hari Ketujuh Abe @ Hospital Pulau Pinang
Date : 21 Oktober 2012
Time : 5.00 Petang
Place : Bilik 1, Tingkat 5, Blok A, Hospital Pulau Pinang
Info : Alhamdulillah.. hari ni genap seminggu nenek abe masuk Hospital Pulau Pinang.. Alhamduillah, setiap hari ada peningkatan & keadaan nenek semakin stabil.. Hari ini keluarga kakak sebelah abah dtg ziarah nenek ditemani anak (sepupu abe & suaminya, abe din).. mereka dtg dari kelantan..dua hari lepas, kakak abah (teh & ayah sid) pun ada dtg ziarah.. mudahan Allah permudahkan urusan perjalanan pergi dan balik mereka semua.. & mudah-mudahan nenek kembali sihat hendaknya... Umur nenek dah menjangkau 74 Tahun dah... Mudahan umurnya diberkati olehNya amin..
nurse-nurse yg sentiasa menjaga nenek abe siang dan malam..
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































