Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Showing posts with label My Movie. Show all posts
Showing posts with label My Movie. Show all posts

Inspiration Movies Through Food...


Alhamdulillah, abe pernah join TGV movie club.. kali ini TGV hadiahkan 2 free tiket movie + regular set popcorn & air.. ape lagi, rezeki kan.. So, kelmarin abe pergi la redeem movie tu.. Movie yg abe teringin nak tgk ialah "The Hundred-Foot Journey".. 


Movie ni dah lama dah keluar di wayang.. ni kira masa kecemasan sbb Penang dah tak ditayangkan..KL pun ada dalam 5 wayang je.. Okey, mengenai cerita ini hasil gabungan Oprah Winfrey & Steven Spielberg, mmg tidak mengecewakan.. cerita ini penuh dengan inspirasi dan bakal memberi kesan kepada penontonnya. Walaupun movie ini tidak mempunyai aksi-aksi gaduh, stunt, teknologi canggih, tetapi ia sudah cukup untuk membuatkan abe berasa cuit hati & ber inspirasi.. Antara inspirasi yg abe dapat dalam cerita ini ialah:
  1. Bagaimana menggunakan kegagalan yang ada untuk mencapai kejayaan.
  2. Saya pelajari beberapa Pemasaran Gerilla – contoh sewaktu Papa menarik pelanggan masuk ke restoran yang baru dibukanya.
  3. Berani mengambil risiko – Papa membeli restoran lama yang berhadapan dengan restoran mewah dan terkenal.
  4. Kekuatan dan keharmonian keluarga itu penting.
  5. Restu dari ibubapa itu penting – Papa memberi restu anaknya Hassan untuk bekerja di restoran Madame Mallory
  6. Passion boleh menjadi karier hidup – Hassan suka memasak, minat ini datang dari ibunya
  7. Mencari ilmu itu penting – Hassan belajar cara masakan barat melalui pembacaan buku sahaja kemudian mengembangkan ilmu dengan bekerja di restoran Madame Mallory
  8. Mentor itu penting – Hassan menjadikan ibunya sebagai mentor terawalnya kemudian diikuti mentor Madame Mallory.
  9. Tindakan harus selari dengan matlamat diri – tidak kira apa halangan, Hassan akan cuba yang terbaik untuk menawan hati Madame Mallory dengan masakannya.
  10. Jangan terhadkan potensi diri yang ada, sentiasa mempunyai inovasi terhadap potensi diri – Hassan berjaya menghasilkan masakan baru melalui hasil gabungan dua citarasa negara (India + Barat)
  11. Sejauh mana kejayaan yang dijulang tidak akan bermakna jika kita tidak menghargainya bersama orang tersayang – keluarga Kadam
  12. Dan banyak lagi manfaat tersirat yang terkandung di dalam cerita ini.
Setiap orang mempunyai pandangan yg berlainan & berbeza. Ini adalah pandangan peribadi abe.. Ambil mana yg baik & yg tidak baik jadikan pengajaran.. Movie ini hampir sama genre dengan movie yg abe tgk sebelum ini..penuh dengan inspirasi dengan masakan.. iaitu "Chef"..



Jom Layan Filem Sherlock Holmes II: A Game of Shadows


Sherlock Holmes lakonan Robert Downey, Jr sedang menyiasat satu siri yang seolah-olah tidak berkaitan jenayah di seluruh Eropah. Akan tetapi mereka mempercayai semua yang berlaku ada kaitan dengan Profesor Moriarty lakonan Jared Harris, perancang utama jenayah yang sama pintar dan bijaknya dengan Holmes. Selepas Moriarty mengatur pembunuhan lain, dia racun Irene Adler (Rachel McAdams), bertujuan untuk Holmes membalas dendam akan kematian kekasihnya. Sementara itu, Holmes mengambil Dr Watson lakonan Jude Law dengan Mycroft saudaranya (Stephen Fry) dan juga watak tambahan bagi SH II ini, gipsi bernama Sim (Noomi Rapace). Holmes bertemu dengan Moriarty dan memberi amaran Holmes bahawa jika dia terus menyiasat beliau, Watson akan menjadi sasarannya seperti Irene. Lalu, Holmes menyertai Watson dan isteri barunya Mary (Kelly Reilly) ke kereta api untuk ke destinasi bulan madu mereka dengan menyamar seorang perempuan. Dalam salah satu adegan, Holmes terpaksa menolak Mary keluar dari pintu kereta api dan diselamatkan oleh saudaranya, Mycroft. Manakala dia dan Watson, bertempur dengan orang-orang Moriarty. Cerita kali ini dilakonkan di Perancis, Switzerland dan juga di sekitar Eropah.
 

Jalan cerita tidak membosankan sehinggalah ke saat akhir kerana penonton telah menyangkakan Holmes meninggal dunia akibat pergelutan dengan Moriarty yang mana kedua-dua mereka jatuh dari luar balkoni ke dalam air terjun. Beberapa waktu kemudian, Watson dan Mary bersiap sedia untuk pergi berbulan madu lain manakala Watson selesai bertulis kes terakhir dengan Holmes. Penghantaran peranti pernafasan oksigen Mycroft amaran Watson bahawa Holmes terselamat, dan dia berjalan untuk soalan Mary tentang penghantaran manakala Holmes mendedahkan sendiri disembunyikan dalam bilik Watson, bergegas ke mesin taip dan menambah "?" selepas perkataan "The End".

Bagi abe filem ini 5 bintang kerana sangat menarik dan perlu ditonton oleh mereka yang gemar penyiasatan seperti dalam Sherlock Holmes I yang menggabungkan pengetahuan sains dan logik dalam penyiasatan dalam sesuatu jenayah.

p/s: study, study jgk.. skali skala layan filem zaman Eropah dulu2, blh dapat input utk essay Research Methodology Prof Arfah yang byk fokuskan zaman epistemology, ontology & lain-lain seangkata dengannya.

Aktiviti Abe & Adik2 @ Hujung Minggu..


jom layan nasi ayam + ayaq nyioq & pisang goreng..


layan movie RIO...

TGV Cinemas @ 1st Avenue..


jom layan Burger King...


Posted by abe for blogspot by Nokia 5800

Filem Faster

Gambar Hiasan

Sinopsis :

Filem yang sudah ditayangkan pada 13 Januari 2011 bertajuk FASTER dibintangi oleh Dwayne Johnson ( lebih dikenali sebagai The Rock dalam arena gusti ) berkisarkan mengenai seorang bekas banduan yang telah di penjara selama 10 tahun akhirnya bebas dan dia hanya mempunyai satu sahaja matlamat iaitu membalas dendam untuk kematian saudaranya dalam rompakan bank yang tidak sempurna lalu menyebabkan dia dipenjara. Filem yang dibintangi oleh Dwayne Johnson sebagai Driver. Dia memulakan misinya setelah dikejari oleh seorang veteran polis yang akan bersara dan seorang lagi pembunuh upahan. Bermulalah cerita misteri ini dengan penemuan butiran-butiran baru yang berkait rapat dengan pembunuhan saudaranya, menyebabkan matlamat akhirnya mungkin tidak lengkap.

Filem ini dibintangi sepenuhnya oleh Dwayne Johnson (Gridiron Gang, The Scorpion King, The Mummy Returns), Billy Bob Thornton (Eagle Eye, Bad Santa, Monster’s Ball) dan pendatang baru Oliver Jackson-Cohen juga Carla Gugino (Watchmen), Maggie Grace (Taken) dan Moon Bloodgood (Terminator Salvation) dalam Faster, produksi di antara CBS Films, dan Sony Pictures Worldwide Acquisitions Group. Filem yang diarahkan oleh George Tillman Jr. (Notorious, Men of Honor, Soul Food) menggunakan skrip yang direka oleh Joe dan Tony Gayton. Filem ini dikeluarkan oleh Castle Rock Entertainment’s Martin Shafer and Liz Glotzer dengan kerjasama Tony Gayton dan Robert Teitel. Joe Gayton dan Dara Weintraub sebagai executive producers. 

Sumber :- sinopsis.blogspot.com

Posted by abe for blogspot by Nokia 5800

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...