Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Showing posts with label My GTab. Show all posts
Showing posts with label My GTab. Show all posts

Spalshtop.. marvelous software

software terbaru yg abe download dari GooglePlay utk GTab abe..Splashtop berfungsi utk kita akses PC atau laptop kita menggunakan tablet..

skrin laptop abe dpt diakses melalui tablet abe..

abe juga dapat melakukan kerja dai tablet abe walaupun dokumen sebenarnya disimpan di laptop abe..


memang sempoi software Splashtop ni..


boleh download di: www.splashtop.com

Abe & Jom Makan Gathering @ Putrajaya

"jadikan PhD, kenangan yang terindah dalam hidup anda.."

Date : 1 July 2012
Time : 4.00 p.m
Place : Eydoss Home Sweet Home, Presint 18, Putrajaya.
Info :
Alhamdulillah, sehari selepas bengkel Dr OT, abe & classmate abe @ GSM UPM, mengadakan sedikit jamuan utk celebrate sempena tamatnya 1st year (class course) & slps ini kiotrg smua akan fokus kpd research & tesis masing2.. dah xde kelas mcm biasa.. so, kitrg dah plan utk wat mkn2 di rumah kak Eydoss @ Putrajaya.. trima kasih byk2 kpd tuan rumah.. ape yg abe boleh simpulkan.. PhD, kenangan yg terindah dalam hidup abe... trima kasih buat smua classmate abe.. walaupun dalam masa yg singkat, byk kenangan yg dpt dikongsi bersama.. jumpa anda semua di puncak kejayaan.. aminn.. 
berkumpul di GSM...

 rombongan yg diketuai oleh DBQ 1...

Jessie & Auntie May... hehe

Firah, Ros, Rozy, Vasu & Izumy...

heroes in GSM, Qairul, Adamu, Ivan, Mervyn, Jahn...

kantoi, popia & satey dari pasar malam...

di dapur bersama selebriti chef Eydoss...

sukanye kak cha dapat memasak...

Interview session.. qualitative method.. hehe... 

 santai & sempoi.. Tharma..

smile...

like grandpa...

sedapnya...

serba kehijauan...



sempat lagi kak Ina buat assignment...

satey...

juadah yang terhidang...macam nak raya lak plk..




1Malaysia...

Abe & Bengkel Dr OT @ UTM Skudai


Date : 30 Jun 2012
Time : 8.00 a.m
Place : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor.
Info :
Alhamdulillah, hujung minggu lepas, abe & classmate abe, Qairul selesai sudah menghadiri bengkel penulisan tesis Dr OT di UTM Skudai. Terima kasih tak terhingga kepada pihak penganjur & Dr OT sendiri atas inisiatif mengadakan bengkel yg bg abe sgt berguna & wajib ke atas seorg researcher / penyelidik utk mengikuti bengkel seperti ini. Syukur, selepas mengikuti bengkel Dr OT ini, baru abe tahu sebenarnya...

               "Tesis bukan mudah, jadi mengapa membuatnya dengan cara yang susah ?"

Dengan idea Dr OT yg simple dan teknik sempoi 1file1thesis dan zero draft.... menerusi aplikasi doc map (MWord 2003 & 2007) dan nav pane (MWord 2010).... di permudahkan dengan Mendeley....Dr OT telah tunjukkan kepada peserta bengkel bahawa penulisan tesis menjadi jauh lebih cepat dan efficient...malah tersusun tanpa mengundang pening kepala yang tidak perlu.
..amin..

Di sinilah berlangsungnya bengkel tersebut..

Samsung Series 9 & Toshiba Qosmio X500...

Dr Yee (Anda + Tesis + Research) & Dr OT (Anda + Research + SV)

jumpa balik kawan lama abe semasa study @ UTM Skudai (Education & Geologist)

dapat jugak snap dgn sifu...

Qairul, time ni la dia nak tido..


3 tahun lepas, abe pernah snap gambar kat sini..(convocation)

stadium UTM yg baru..

PC Expo 2012 @ Mid Valley


Date : 27 Mei 2012
Time : 11.00 a.m
Place : Mid Valley Exhibition Centre (MVEC)


Pendrive 8GB (RM14.90) & 4GB (RM9.90)...

so, abe pun beli pendrive (3 unit, hehe) adik2 abe pesan, USB converter utk GTab abe & soket utk high power electrical consumption.. total xsampai RM100..

Jom Bertukar: Abe & U-Mobile Broadband


Date : 30 April 2012
Time : 2.00 p.m
Place : Berjaya Times Square, K.L
Info : Ari ni abe
pergi register broadband U-Mobile @ Berjaya Times Square.. broadband ni abe gantikan dengan broadband lama abe (Celcom).. dlu abe guna pelan Celcom 6GB dgn kelajuan 3.6 Mbps utk RM98 sebulan.. disebabkan keperluan tertentu, abe perlukan saiz yg lebih dari 6GB.. Celcom ada tawarkan 10GB dgn kelajuan 7.2 Mbps utk RM138 sebulan.. pastu abe ada survey telco lain..mcm U-Mobile tawarkan RM128 sebulan dgn kelajuan 42Mbps tetapi saiznya ialah 20GB.. hmmm.. akhirnya, dapat jgk abe tgkp si U-mobile ni.. so far, mmg puas hati sgt dgn speed & size yg abe dpt dr U-Mobile.. 


Abe & Broadband Internet


Sekarang abe tengah survey & berkira-kira utk bertukar pelan broadband abe.. Buat masa ini, abe menggunakan pelan broadband Advance Celcom yg berkapasiti 6GB, berkelajuan 3.6 Mbps & bulanan abe perlu bayar RM98.. Disebabkan tuntutan "keperluan" yg semakin terhad, abe terpaksa menukar pelan dari 6GB ke 10GB (tak cukup 6GB sebulan.. hehe).. jadi selepas membuat perbandingan dengan beberapa perkhidmatan telco yg lain, mungkin abe juga akan menukar perkhidmatan broadband Celcom abe ke U-Mobile atau pun Digi.. Maxis, abe dah pernah guna & perkhidmatannya di tempat abe tak berapa excellent sangat..

Tawaran perkhidmatan dari U-mobile boleh tahan jika dengan bajet abe sebulan utk Celcom iaitu RM138 utk 10GB dengan kelajuan 7.2 Mbps.. ini kerana u-mobile menawarkan bayaran bulanan sebanyak RM128 utk 20GB (2x) dengan kelajuan 42Mbps.. isshh, betui ka ni.. tapi yg duk risaukan abe iaitu service coverage, takut area tempat abe (Serdang) xbrapa excellent sgt.. tapi bila tgk terms dia, ade masa seminggu kita boleh try (money guarantee) & wang akan dipulangkan jika kita tidak berpuas hati.. why not abe try? Berikut adalah tawaran yg disediakan oleh telco-telco lain utk broadband..


sumber: p1.com.my

Abe & Samsung Galaxy Tab 8.9


Alhamdulillah genap 1/12/2011, Samsung Galaxy Tab 8.9 berkapasiti 16GB telah menjadi koleksi gajet terbaru bagi menggantikan Ipad 2 abe. Design GTab 8.9 ni yang nipis dan seksi ini diserikan lagi dengan lampu flash bagi kamera belakangnya (3mp) yang pastinya memberi gambar yg lebih cantik dan mantap apatah lagi dengan sinaran logo Samsung di depan & belakang skrinnya.

Dengan spesifikasi yang agak sederhana iaitu 1 GHz processor sudah pastinya pelbagai aplikasi dapat dimainkan tanpa sebarang masalah. Microsoft Office yang selama ini terasa agak "berat" di gajet abe yg lama dulu kini menjadi lebih efektif dan dapat loading dengan lebih cepat.

GTab 8.9 ini turut dilengkapi dengan Android version terkini iaitu 3.1. Antara yang menarik mengapa abe bertukar dari Ipad 2 ke GTab 8.9 ialah accessibility iaitu kebolehcapaian abe dlm menggunakan applikasi yg ada sekarang. Contohnya,applikasi yg abe dpt gunakan sekarang tanpa perlu risau sama ada ia adalah demo, trial atau perlu dibeli, ialah Microsoft Office. Banyak kerja yg abe gunakan sekarang menggunakan aplikasi ini secara percuma (xpun cari je dlm blackmarket).

Gambar yg diambil oleh kamera GTab 8.9

Selain itu, GTab 8.9 juga boleh dijadikan sebagai wifi modem utk laptop & PC abe. Jadi lepas ni boleh la abe gunakan satu broadband saja berbanding dua broadband sblm ni.. hurmm, agak2nya mana la yg abe nk tolak, si maxis ke si celcom.. tgk la mcmna performance dlm seminggu ni... hehe.. mn yg xperform baik, kita fired je... Banyak lagi yg perlu di'discover' dlm Android ni.. terlalu byk applikasi dlm market Android..

Abe teringat kata kwn abe ni, "Ipad ni ko guna mcm ko pakai Ferrari, kos terlalu tinggi, takkan ko nak parking Ferrari ko kat car park biasa, xpasal2 calar body Ferrari ko.. paling kurang kena parking kat si Jockey tu..brapa dah sejam.. compare dgn GTab ni mcm ko pakai Toyota ke, Honda ke.. kualiti tu ade cuma tak seteguh, selaju & selesa mcm si Ferrari..tapi ko blh parking car park je.." haha...ade betul jgk kata kwn abe ni..wlpn xsmuanya betul..

Secara keseluruhannya, abe berpuashati dengan "terkorban"nya Ipad 2 abe & insyallah harap2 berbaloi untuk miliki GTab 8.9 ni. Bak kata pepatah khai (oh! media), “Anda guna, anda rasa”. Berikut adalah spesifikasi GTab 8.9 yg abe dapat dari internet:



Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...