Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Showing posts with label My Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label My Tazkirah. Show all posts

Abah Abe - Allahyarham (الله يرحم) Abdul Aziz Bin Tahar


"Ya Allah.. sesungguhnya aku merindui dia.. rindu suara dia.. rindu nasihat dia.. rindu teguran dia.. rindu gurauan dia.. rindu segala-segalanya tentang dia.. Dia pergi dalam sekelip mata.. tanpa ucapan selamat tinggal.. abah.. abe rindu pada abah.. kami semua rindu pada abah.. rindu abah sangat-sangat.."

Insha Allah... abe cuba pikul tanggungjawab abah.. yang abah amanahkan pada abe.. abe akan jaga mama dan adik2 abe, Adik Iqah, Ace, Iyah, Angah & Kak Ipah.. walaupun amat berat sekali amanah ni.. amat berat & besar.. abe akan cuba selagi hayat abe dikandung badan.. abe akan belajar dari kenangan abah bersama kami.. mungkin dulu, abah boleh ajar satu persatu.. tapi sekarang, hanya ingatan & kenangan abah bersama kami sekeluarga menjadi pengajaran sisa hidup abe.. banyak yang abah ajar dulu, walaupun bukan dari segi percakapan, tapi gerak perbuatan abah, yang abe akan ingat sampai bila-bila.. abah adalah satu-satunya abah abe yang terbaik dalam hidup abe.. abah lah kawan abe, sahabat abe.. abah abe selama-lamanya.. terima kasih abah kerana hadir dalam hidup abe..

Abah berehat lah.. tidur lah abah kat sana selama-selamanya.. 
Al-Fatihah buat Ayahanda abe.. semoga dikau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh disana..

4 Oktober 2015
1:30 petang
Hospital Balik Pulau, Pulau Pinang.

Kuliah Agama @ Rumah Fikir IM Asyraf


Date : 14 Disember 2014
Time : 10 pagi -12 tghri
Info : Kuliah Mingguan Rumah Fikir | Bab : Halal Haram Dalam Islam
Penyampai : Dr Izhar Ariff

Insya Allah, akan datang abe akan join lagi kuliah Dr Izhar di Rumah Fikir lagi..




Munajat Ramadhan


Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu. Perkongsian dari laman sosial Prof Muhaya.

Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.

Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;

MUNAJAT RAMADHAN…

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, Kami yang kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah.. takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmatMu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik.. supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu.. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah… Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat padaMu bila ditimpa kesakitan, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami ingat padaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami.. berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami.. setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami... kau gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman...pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki yang halal kepada keluarga kami... kau gantikanlah dengan keampunan yang membawanya ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang hidup mereka di dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan... Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh… golongkanlah mereka dalam insan-insan yang kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yg baik-baik…dalam keampunan dan rahmatMu ya Allah…

Ya Allah ya azizz…

Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram… hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah diri kami dari sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.

Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah kesakitan mereka ya Allah… agar dapat beribadah bersama-sama kami.. Jika ada di kalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau terkurang di dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yang taat dan berbakti.. sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha mendengar dan mengasihi…Ya Allah ya malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi dberkati.. dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat denganMu.. sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….

Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali utk selama-lamanya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, ketemukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…

Tapi, andai ini takdir ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami yang lalu.. Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr Mu…pilihlah kami di kalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami.. terimalah taubat kami.. ampunkanlah segala dosa kami... amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi… kurniakanlah kepada kami syurgamu yang maha luas nikmatnya…

Amin Ya Rabb..

Perkongsian dari laman sosial FB Prof Muhaya

Keutamaan Bangun Pagi


Keutamaan bangun pagi

1-Ciri golongan bertaqwa.
“Sesungguhnya orang bertaqwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air. Mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam. Dan pada akhir malam (sebelum fajar), mereka memohon ampun (kepada Allah)”. {Az-Zariyat:15-18}

2-Beroleh keberkatan.
Dalam sebuah hadith, Rasulullah mengucapkan doa antara lain seperti berikut:
“Ya Allah, berkatilah umatku di saat mereka bangun pagi”. (Abu Daud)

Adalah satu kerugian bagi orang yang membiasakan dirinya tidur hingga siang hari (dhuha). Mentari telah lama terbit, dia masih berselimut, kemudian setelah dia bangun, dia melihat orang-orang lain sudah sibuk mencari nafkah atau sedang berjerih payah mencari bekalan akhirat.

3-Pembahagian rezeki.
Sebuah hadith dari Fatimah binti Muhammad mengatakan:
Pada suatu pagi, Rasulullah s.a.w melewati di hadapanku dalam keadaan aku sedang berbaring. Lalu baginda membangunkan aku lalu berkata: “Hai anakku, bangun, saksikanlah rezeki Tuhanmu dan janganlah engkau menjadi orang yang lengah kerana Allah membahagikan rezeki kepada manusia di waktu fajar mulai menyinsing hingga matahari terbit”. (Al-Baihaqi)

4-Meningkatkan darjat di sisi Allah.
“Dan pada sebahagian malam, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji”. {Al-Israa:79}

5-Mendapat keampunan dan cinta Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada setiap malam, Rabb kita turun ke langit dunia ketika bersisa sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: “Barangsiapa berdoa kepada Ku, pasti akan Ku kabulkan, dan barangsiapa memohon kepada Ku, pasti Ku beri, dan barangsiapa memohon ampun kepada Ku, pasti akan Ku ampuni”. (HR Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi)

Di dalam buku Mahabbatullah (mencintai Allah), Imam Ibnu Qayyim menyatakan peringkat-peringkat menuju wahana (perantaraan/medium) cinta Allah. Salah satu caranya adalah menyendiri bersama Allah ketika Dia turun ke dunia. Itulah saat yang berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri pada Nya dengan melaksanakan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kata Imam Nawawi, “Pada hadith itu menunjukkan, berpanjangan waktu rahmat dan belas yang sempurna daripada Allah s.w.t sehingga cerah fajar”.

6-Ibadah ahli syurga.
Firman Allah dlm As-Sajjadah: 16 yg bermaksud:
“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka berdoa kepada Tuhan mereka dengan rasa takut dan mengharap. Bahkan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka”.

“Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makan, hubungkanlah silaturrahim, dan kerjakanlah sembahyang waktu malam di kala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat”. (HR Tirmidzi)

7-Keteladanan Salafussoleh.
Ibnul Qayyim Al-Jauzy melakukan solat malam, dilanjutkan dengan solat subuh dan kemudian dilanjutkan dengan solat dhuha, setelah itu barulah beliau melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Lalu beliau berkata,”jika hal ini aku tidak lakukan, maka sungguh sangat berat”.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya,”Rasulullah s.a.w bersabda: “Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala sebanyak 3 ikatan, jikalau manusia itu tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi, "engkau memperoleh malam yang panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau manusia itu bangun lalu berzikir pada Allah maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhuk, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya jikalau dia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya sehingga di awal pagi dia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana disebutkan di atas, maka dia di awal pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas”. (Muttafaqun ‘alaih)

Petua Tidur Rasulullah s.a.w:
1-Sebelum dan selepas tidur baca doa
2-Jangan tidur menghadapkan kaki ke arah kiblat
3-Membaca tasbih Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x.
4-Membaca 4 Qul dan tiup ke seluruh badan
5-Niat untuk bangun tahajjud
6-Ambil wudhu sebelum tidur dan solat taubat 2 rakaat
7-Maafkan kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang-piutang sebelum tidur
8-Tidur cara Rasulullah s.a.w dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Bagaimana mudah untuk bangun pagi?
1-Makan malam yang sedikit sekadar mengalas perut supaya tidak lapar
2-Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari
3-Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yg sebenar-benarnya.

Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik, baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah yang sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dair amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.


Wallahu’alam…


Sumber: tarbiyahdiri.blogspot.com

8 Cara Untuk Mencari Masa


Terdapat satu istilah iaitu LLB atau look like busy, buat-buat sibuk. Walaupun, kelihatan sibuk, namun, itu semua adalah lakonan tanpa sedar. Mengapa dikatakan begitu, ini kerana sebagai pekerja kadang-kala kita tidak pandai untuk menguruskan masa dengan baik. Masa bekerja telah dicampur adukkan dengan perkara yang tidak productive. Contohnya, bergosip, minum lama di gerai dan sebagainya.

Sekarang, cabaran pekerja menjadi semakin hebat. Selain bersosial sesama rakan sekerja, mereka juga bersosial di telefon yang semakin 'pintar'. Kewujudan laman sosial seperti facebook, tweeter, Instagram, Wechat dan Line akan memparahkan lagi pengurusan waktu dikalangan pekerja. Menurut laporan Nicholas Cheng dan Rahimy Rahim (2013), di dalam satu artikel di dalam akhbar the Star, pekerja di Malaysia hanya bekerja 4 jam sehari, manakala bakinya dihabiskan untuk 2 jam berlaman sosial dan 2 jam lagi untuk merokok, berehat dan berbual bersama rakan sekerja.

Disini ingin saya berkongsi 8 cara untuk mencari masa:
1.) Bersihkan meja sebelum pulang. (Esoknya jimat masa mengemas meja)
2.) Datang sedikit awal (5-10 minit) untuk membuat perancangan harian. 
3.) Gunakan masa terluang untuk mengemas dan merancang
4.) Kurangkan masa makan tengahari (5-10 minit)
5.) Bawa bekal dan makan di office (Jangan makan di meja, ia akan memberi tekanan)
6.) Tutup semua laman social. Gunakan waktu rehat untuk tujuan itu
7.) Bagi yang menjadi ketua, bahagikan tugas secara bijak
8.) Gunakan teknologi !!!

# Secara kesimpulannya, sebagai pekerja atau pelajar, kita perlu memperbaiki diri untuk menjadi lebih produktif. Produktiviti kita hari ini akan menentukan siapa kita sebulan, 6 bulan, setahun dan 5 tahun dari sekarang. Kalau bukan diri kita yang mulakan, siapa lagi..
 
 

Tatacara Mengqadha Solat Fardhu Di Dalam Solat Tarawih (bagi yang berjemaah)


Qadha solat fardhu ketika berjemaah dengan jemaah yang menunaikan solat terawih:
-Biasanya di masjid akan melakukan solat sunat terawih sebanyak 20 rakaat. Dan ia dilakukan sebanyak tiap-tiap 2 rakaat 1 salam. Jadi bagi mereka yang nak qadha solat subuh, bolehlah mengikut cara yang disebutkan tadi cuma perlulah diniatkan sebagai makmum yakni mengikut imam iaitu melalukan niat qadha solat subuh qadha mengikut imam kerana Allah taala semasa mengangkat takbir.

Tetapi bagi mereka yang hendak qadha solat Zuhur, Asar dan Isya', begini caranya:

-Hendaklah dia berniat untuk qadha solat Zuhur/Asar/Isya' sebagai makmum (mengikut imam). Solatlah seperti biasa mengikut imam, tetapi apabila imam memberi salam, kita tidak boleh mengucapkan {melafazkan salam adalah rukun solat} salam juga, jika tidak, solat kita akan menjadi batal (kerana salam adalah tanda habisnya sesebuah solat yang didirikan). Jadi berniatlah untuk mufarakah daripada mengikut imam (yakni berniat untuk tidak lagi mengikut imam) dan kekalkan keadaan diri anda dalam keadaan tahiyat awal, ini kerana anda perlu bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk bangun mengikut imam semula.

Sesiapa yang hendak menggerakkan kepala sedikit hanya semata-mata isyarat untuk salam (supaya makmum disebelah kita tidak mengesyaki apa-apa kerana pelik dengan tindakan kita yang tidak memberi salam mengikut imam) maka lakukanlah kerana pergerakan itu tidak membatalkan solat (selagi anda tidak melafazkan salam atau mengalihkan dada dari arah kiblat).

Sekarang doa dibacakan oleh imam dan para makmum, anda pula sedang dalam keadaan tahiyat awal. Maka bersabarlah sebentar untuk mereka habiskan bacaan doa itu, kemudian apabila imam bangun untuk solat 2 rakaat yang seterusnya, sebaik sahaja imam habis melafazkan takbir, niatkanlah (masukkan semula niat anda untuk mengikut imam kerana sebentar tadi anda telah berniat mufarakah dengannya) untuk mengikut imam untuk menyelesaikan 2 {rakaat terakhir} daripada 4 rakaat yang perlu dihabiskan untuk menyempurnakan solat fardhu qada 4 rakaat anda.

Apabila imam memberi salam, pada waktu ini barulah anda boleh memberikan salam kerana anda sudah selesai menunaikan solat fardhu qada 4 rakaat.

(Perlu diingatkan, niat masuk-keluar-masuk daripada menjadi makmum kepada seorang imam ini hanya dibolehkan di dalam mazhab Syafie selagi solat imam itu tidak terbatal kerana najis/tersalah bacaan/lafaz dll.)

Kemudian, lakukanlah solat qadha fardhu 4 rakaat bagi rakaat yang seterusnya. Sekurang-kurangnya anda boleh menyelesaikan sebanyak 5 solat waktu untuk 20 rakaat solat terawih dan 1 solat maghrib untuk witir (solat witir didirikan dengan 3 rakaat 2 salam) yang sesuai untuk qadha solat Maghrib kerana bilangan solat witir yang ganjil.

-----------------------------------------------
Ini adalah untuk rujukan mereka yang menerima hukum dalam mazhab Syafie secara putus. Bagi mereka yang cenderung kepada pendapat Ibnu Hazm atau Ibn Taimiyyah, sila hormat kepada pentaqlid-pentaqlid mazhab Syafi'e dalam masalah ini.

Admin menganggap post2 seperti ini perlu supaya kita umat Islam sentiasa menjaga solat yang merupakan ibadah yang utama sebagai hamba yang beriman kepada Allah.

InsyaAllah, kita qadha sedikit demi sedikit. Kita raikan sebarang pendapat tidak kira dalam mazhab-mazhab yang empat. InsyaAllah..

Selamat beramal.

Dalil:
----
Sila rujuk qaul-qaul yang dinukilkan daripada kitab "KITABUL FIQH ALA MAZAHIBIL ARBAAH":

1) Tersebut didalam “KITABUL FIQH ALA MAZAHIBIL ARBAAH” (Kitab fiqh bagi 4 mazhab) bagi Syeikh Abdul Rahman AL-JAZAIRI dalam bahasa Arab. Juzu 1 (Kitabus Solah) dari 7 juzu .

MengQada solat yg difardukan yang mana telah luput(ditinggalkan), Wajib diQada dengan segera. Sama ada luput dengan uzur atau luput dengan ketiadaan uzur. Tidak harus melambatkan Qada melainkan dengan ada keuzuran seperti bekerja mencari rezeki dan mencari ilmu yang wajib atasnya(fardhu ain). Dan tidaklah terangkat(hilang) dosa tinggal solat dengan hanya bertaubat sahaja. Tidaklah bermakna solat yg ditinggalkan dahulu itu tidak perlu diambil kira. Cuma menuju kehadapan sahaja. Lalu bersungguh-sungguhlahlah dia melaksanakan solat sunat dan ibadah sunat.

Dari sudut Mazhab Syafi’e

HARAM atas orang yang ada diatasnya sembahyang Qada yang mana wajib atasnya mengQada sembahyang itu dengan segera bahawa dia menyibukkan diri dengan sembahyang sunat Mutlak (apa jua sembahyang sunat), sama ada solat sunat Rawatib atau yang lainnya (sembahyang raya,terawih) hinggalah lepas tanggungannya daripada sembahyang Qada.

Dari sudut Mazhab Hambali

Haramlah diatas orang yang diatasnya itu ada sembahyang Qada bahawa dia sembahyang solat MUTLAK. Kalaulah solat ia,tidak akan terikat (tidak sah). Jika solat yang berkait seperti Solat Rawatib dan Witir maka harus baginya. Akan tetapi yang terutama baginya tinggalkan sembahyang sunat, buat sembahyang Qada.

Dari sudut Mazhab Maliki

HARAM diatas orang yang diatasnya ada sembahyang Qada bahawa ia sembahyang sesuatu daripada sembahyang sunat melainkan Sunat Fajar(subuh),Witir dan Sunat Raya. Maka apabila dia sembahyang sunat selain dari yang ini seperti sunat Tarawih adalah ia diberi pahala dari sudut diri sembahyang(suatu ketaatan) dan BERDOSA dari sudut arah melambatkan Qada. Maliki meringankan sedikit bagi Sunat Tahiyatul Masjid dan sunat Rawatib.

Dari Sudut Mazhab Hanafi

Menyibukkan sembahyang sunat tidak menafikan segera sembahyang Qada. Hanya sesungguhnya yang terutamanya perlu sibuk dengan Sembahyang Qada yang luput dan tinggalkan solat sunat melainkan sunat Rawatib,Dhuha,Tasbih,Tahiyatul Masjid,4 rakaat selepas zohor dan 6 rakaat selepas maghrib.

Pesan Guruku, yang dikatakan boleh sembahyang sunat oleh Mazhab yang selain Syafi’e ialah jika ia dibuat bersama dengan sembahyang Qada . Jika sunat Tarawih 20 rakaat,perlu sembahyang Qada juga 20 rakaat. Mana munasabah jika Tarawih 20 rakaat,sembahyang Qada 2 rakaat sahaja bahkan ada juga yang tidak membuat sembahyang Qada.


2) Tersebut juga didalam kitab “KASYFUL LISAM” diterjemah dari versi arab oleh Alalim Alalamah Syeikh Zainul Abidin Ibnu Muhammad Fathani, dan pengarang asalnya memindah masalah2 itu daripada kitab2 yang besar seperti TUHFAH bagi Ibnu Hajar, NIHAYAH bagi Ramli, dan SYARAH MINHAJ bagi Mahalli. Didalam juzu 2 (ms 22, 7 baris dari pihak bawah) dicetak di Darul Ihya Al-Kitab, Kaherah,Mesir.

Masalah – Ditanya tentang seseorang yang ada atasnya beberapa sembahyang fardhu yang luput dengan tiada uzur, maka bercita-cita ia hendak Qada selepas bulan Ramadhan dan ia hendak mengerjakan didalam bulan Ramadhan itu Sunat Tarawih. Adakah boleh ia lambatkan Qada’ nya sebab azamnya hendak Qada selepas Ramadhan.

Jawabnya – Wajib mengQada’kan solat dengan segera dan tiada harus ia berbuat TARAWIH dan sunat lainnya. Kecuali sebab tinggal solat itu dengan uzur. Jika ditinggalkan tanpa uzur(sengaja) tidak boleh dilambatkan Qada’nya, perlu disegerakan.

3) Tersebut juga didalam kitab Al-Hujaj Al-Qath’iyyah Fii Shihhah Al-Mu’taqadaat Wa Al-Amaliyyaat Al-Nahdhiyyah dalam bahasa arab dan FIQH TRADISIONALIS(bahasa indon) oleh KH Muhyiddn Abdusshomad, pengasuh Pesantren Nurul Islam(NURIS) Antirogo Jember.

Sila rujuk Hadis dari:

Diriwayatkan dari Anas RA, ia berkata Rasulullah SAW telah bersabda, “Apabila salah seorang dari kamu tertidur atau lupa sehingga meninggalkan solat, maka solatlah kamu ketika ingat. Kerana Allah SWT berfirman “tegakkan Solat untuk mengingati-KU”.” Kitab SHAHIH MUSLIM (no hadis 1104)

Dalam hadis lain, Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda “barangsiapa yang lupa(sehingga) sehingga meninggalkan solat, maka hendaklah ia mengerjakan solat itu manakala ia telah ingat”. Kitab SHAHIH AL-BUKHARI (no hadis 562)

Dua hadis diatas menjelaskan bahawa yang wajib mengQada’kan solat hanya orang yang meninggalkan solat kerana tidak sengaja. Sedangkan orang yang meninggalkan solat tanpa ada uzur seakan-akan tidak wajib mengganti solatnya.Tetapi sebenarnya maksud Hadis tersebut tidak seperti itu. Orang yang sengaja tidak melaksanakan solat juga berkewajipan untuk mengQada’kan solatnya. Sebagaimana yang dikatakan oleh IMAM NAWAWI dalam kitabnya:

“Sabda NABI SAW, “Barangsiapa yang lupa melakukan solat,maka hendaklah mengerjakannya manakala ia ingat”. Hadis ini menunjukkan kewajipan mengQada’kan solat yang ditinggalkan,baik kerana ada uzur misalnya tidur atau lupa atau tanpa keuzuran. Hadis ini (sengaja) membatasi dengan kata “nisyan(lupa)” kerana ada tujuan dan maksud tertentu. Iaitu untuk memberitahu bahawa jika orang yang meninggalkan solat kerana uzur masih wajib mengQada’kan solatnya, maka apatah lagi orang yang meninggalkan solatnya tanpa alasan yang dibenarkan, tentu mereka lebih wajib mengQada’kan solatnya. Masalah dalam Hadis ini termasuk pada perbahasan “menyebut sesuatu yang lebih rendah, tapi dimaksudkan sebagai peringatan kepada perkara yang lebih tinggi (al-tanbih bi al-adna ‘ala al-a’la). SYARAH AL-NAWAWI ALA MUSLIM, juzu 5,ms 183

Disamping itu,solat merupakan kewajipan seorang muslim kepada Allah SWT. Apabila tidak dilaksanakan,berarti seseorang mempunyai kewajipan hutang yang harus dibayarkan kepada ALLAH SWT. Sebagaimana Hadis Nabi SAW.

Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata “suatu hari seorang laki-laki mendatangi Rasulullah SAW. Dia bertanya, “Wahai Rasulullah,ibu saya telah meninggal dunia dan dia mempunyai hutang puasa.Apakah boleh saya menggantikannya?. Rasulullah SAW menjawab, “Ya Boleh,sebab hutang kepada ALLAH SWT lebih berhak untuk dilunaskan”. Kitab SHAHIH AL-BUKHARI (no hadis 1817)

Dapat kita ketahui bahawa betapa solat 5 waktu itu Wajib dikerjakan. Dalam keadaan apapun ia ditinggalkan, maka harus diganti. Bahkan jika ditinggalkan dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan, ia wajib segera menggantikan solat yang ditinggalkan itu, dan lagi tidak dibenarkan mengerjakan perbuatan lain, meskipun perbuatan sunat sebelum habis mengQada’kan solat yang ditinggalkannya..

Sayugialah para pembaca dapat mengambil manfaat dari tulisan saya ini, dan apa yang ditulis bukanlah pendapat saya sendiri, tetapi mengambil nas-nas dari kitab2 Fiqh yang Muktabar.

Wallahu A'Alam….sesungguhnya hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI…

Oleh: Lukisan Dakwah Islam 

Shamsuddin Kadir: "Nanti apa kata orang?"

gambar hiasan.. hehe


Dari kajian yang kami buat, majoriti orang yang lebih banyak duit ataupun orang yang tidak banyak berbelanja adalah orang yang tidak suka ikut gaya hidup orang lain. Di mana mereka berbelanja mengikut apa yang mereka fikirkan yang memberi manfaat kepada mereka, bukan kerana ingin mendapat perhatian orang lain.

Manakala, majoriti orang yang menanggung bebanan hidup yang berlebihan, adalah orang yang hidup dengan kata-kata keramat di bawah:

"Nanti apa kata orang?"

Apa sahaja yang ingin dilakukan, dinilai dahulu nanti apa kata orang lain.

Sehingga, sekarang sudah ada orang merasakan malu untuk tidak membeli kuih raya bagi dihidangkan kepada tetamu walaupun ketika itu tuan rumah sebenarnya tidak ada duit yang berlebihan.

Kini, bertambah-tambah anak-anak muda berkahwin dengan mengambil pinjaman peribadi supaya majis perkahwinan nanti di buat selepas mengambil kira 'nanti apa kata orang lain'.

Kini, bertambah-tambah orang yang menukarkan perabot rumah, langsir ketika raya, kerana risau nanti apa kata orang lain.

Kini, berlumba-lumba sebahagian ibu bapa mengejar anak-anak mereka supaya mendapat 5A UPSR takut nanti apa kata orang lain, kalau anak mereka tidak dapat 5 A. Walaupun sudah terdapat banyak sangat kajian yang mengatakan ciri-ciri orang yang berjaya dalam kehidupan mereka kelak, bukannya orang yang mendapat semua A di dalam peperiksaan.

Kini, bertambah-tambah orang menukarkan handfon bagi mendapatkan 'smartphone' takut nanti apa kata orang lain, walaupun handfon lama masih elok dan tiada keperluan menukarkan yang baru.

Kini, berlumba-lumba sebahagian rakyat yang menukarkan kereta 1 - 2 bulan sebelum perayaan, takut nanti apa kata orang apabila masih pakai kereta yang sudah lama.

Hidup ini kosnya tinggi, apabila kita ingin hidup dengan perasaan takut nanti apa kata orang lain.

Lain sekolah, lain pula ajarannya. Hormati perbezaan.

Kisah Benar Pengorbanan Seorang Ayah

gambar hiasan
Sedih hati baca kisah ni kerana rata-rata dari kami di Oh! Media ini datang dari keluarga yang susah suatu ketika dahulu tapi punyai azam yang kuat untuk mengubah nasib diri dan keluarga ='(

Ikuti kisah berikut:

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

Dipetik dari perkongsian cerita, kukubesi manipulasi.
Sumber: facebook.com/ohmedianetwork

4 Pilihan Kos Perkahwinan

Oleh: Shamsuddin Kadir

"hidup ini adalah pilihan, hendak kahwin supaya dapat pahala dari Allah pun boleh, hendak kahwin supaya dapat restu dari nenek moyang (adat) pun boleh, isu suka hati kerana yang menanggungnya adalah kita secara individu"

Tazkirah Jumaat: Sedarkah Kita Terhadap PeringatanNya

sumber dari Internet

Kebanyakan peristiwa tanah runtuh yang mengakibatkan rumah tertimbus dan mengorbankan manusia berlaku di kawasan lereng bukit yang dibangunkan untuk tujuan tertentu seperti projek perumahan.
Sesungguhnya menebus guna kawasan bukit atau hutan seolah-olah mengundang bencana.
Ini kerana alam sekitar adalah amanah Allah kepada manusia dan dianugerahkan untuk dijaga serta dimanfaatkan dengan bijaksana.
Namun, manusia selalu rakus dan lalai dengan amaran Allah. Itulah ‘bayaran’ yang terpaksa ditanggung akibat kealpaan kita.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan tumbuh-tumbuhannya dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi) sebagai pancang pasak yang menetapkannya (semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu.” (Surah An-Naziaat ayat 30-33)
Demikian Allah ciptakan untuk kemudahan dan kesenangan manusia di bumi ini.
Sehubungan itu, kita perlu insaf apa saja di bumi ini bukan dijadikan begitu sahaja oleh Allah, sebaliknya terdapat hikmah dan manfaatnya.
Sebab itulah Allah memberi peringatan yang jelas kepada umat manusia supaya menjaga dan memelihara khazanah di bumi dengan baik.
Ini sebagaimana terdapat dalam Firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya.” (Surah Al-A’Araat ayat 56).
Daripada ayat itu, Allah memberi amaran kepada manusia agar tidak merosakkan apa yang Allah ciptakan. Ini kerana semua itu terhampar untuk manfaat manusia untuk kehidupan tenteram dan sejahtera.
Tetapi, masa berubah, manusia semakin mengejar pembangunan material sehingga seolah-olah tidak lagi mengingati peringatan Allah dalam al-Quran.
Manusia tidak lagi amanah untuk memelihara dan menjaga alam sekitar. Kawasan bukit dan lereng gunung yang sebelum ini indah dan hijau mata memandang bertukar wajah dan fungsi
Deretan kawasan perumahan dibina manakala di lereng bukit dan gunung dijadikan lebuh raya.
Sebenarnya mengejar pembangunan dan kemajuan memang dituntut Islam. Malangnya manusia bertindak melampaui batas dan rakus dalam menggunakan khazanah alam tanpa memikirkan kesan buruk kemudian hari.
Inilah fenomena yang lazim berlaku.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Dunia ini hijau dan cantik dan Tuhan melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat Muslim).
Maksudnya alam ini dipenuhi kawasan pokok hijau dan cantik pemandangannya dan menjadi tugas manusia untuk menjaga dan memelihara agar keadaan itu kekal untuk manfaat manusia.
Kawasan bukit atau gunung menyediakan sumber air dan mempunyai sistem ekologi untuk manusia.
Atas dasar mengaut keuntungan, elemen alam diketepikan malah amaran Allah dipandang remeh.
Ingatlah, Allah mengingatkan implikasi sikap rakus manusia membawa kepada kerosakan di bumi. Ia jelas terpapar dalam Surah Ar-Rum ayat 41: “Sudah timbul kerosakan di darat dan lautan disebabkan perbuatan tangan manusia.” Sebagai manusia, kita perlu selalu mengambil peringatan Allah dengan insaf supaya kejadian buruk seperti tanah runtuh tidak berulang.
Sebaliknya, manusia mesti memakmurkan sumber alam dengan mengikut garis panduan Islam.
Allah berfirman dalam Surah Hud, ayat 51 bermaksud: “Dia menciptakan bumi (tanah) dan menjadikan pemakmurnya.”
Yang menjadi pemakmur ialah manusia yang dijadikan sebagai khalifah di bumi.
Dalam perspektif pembinaan tamadun Islam, hubungan manusia dengan alam menjadi satu prinsip utama selain hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia.
Manusia seharusnya menjadi makhluk pemakmur sebagaimana yang diamanahkan Allah dan mengelakkan menjadi ‘makhluk perosak’ kepada apa yang terbentang di bumi ini.
Sebenarnya banyak peristiwa berlaku sepatutnya menginsafkan manusia, tetapi begitulah sikap manusia yang mudah lupa.


Lantas sikap lalai dan rakus kembali berleluasa menguasai jiwa. Oleh itu, tugas melestarikan alam sekitar menjadi tanggungjawab manusia supaya dapat hidup tenteram, aman dan sejahtera sepanjang masa serta dapat mewariskannya kepada generasi akan datang.
Beringat sebelum kena. Janganlah sudah terantuk baru terngadah.
Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda bagi orang berakal (iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa neraka.” (Surah Ali Imran ayat 190-191).



Sumber: penerangan.gov.my

Tips Mengelak Kerja Tertangguh


Oleh: Saiful Izzuan Hussain

Masalah bertangguh atau dalam Bahasa Inggerisnya 'procastination' merupakan satu ancaman kronik bagi ramai umat Islam di Malaysia mahupun seluruh dunia.

Oleh kerana terbiasa dengan sikap bertangguh, sesuatu matlamat atau tujuan itu sukar untuk direalisasikan dengan sempurna dan cemerlang.

Berikut kami kongsikan tips untuk mengatasi masalah ini.

1. Kenal pasti sebab penangguhan sesuatu tugasan
Tanya kepada diri anda, adakah anda takut akan gagal dalam tugasan tersebut? Ataupun, anda seorang yang mementingkan kesempurnaan yang hanya akan memulakan kerja setelah semuanya selesai? Ataupun anda seorang yang mudah terganggu dan tidak fokus dalam melangsaikan sesuatu tugasan?

2. Kenal pasti tugasan anda dan bahagikannya kepada tugasan yang lebih kecil
Satu tips motivasi pernah dikongsikan, untuk makan seeokor gajah, caranya adalah dengan memotong daging gajah itu kepada ketulan kecil daging.

3. Letakkan tarikh akhir untuk tugasan anda
Cuba berikan tarikh dan masa untuk sesebuah tugasan. Contohnya, anda meletakkan matlamat untuk menghabiskan membaca sebuah buku dalam masa 1 minggu.

4. Bekerja dalam blok masa yang kecil tetapi kerap daripada bekerja dalam satu blok yang mengambil masa yang panjang
Contohnya apabila belajar, rehatlah sebentar selama 10 minit untuk setiap 1 jam atau 30 minit setelah belajar selama 2 jam.

5. Mulakan dengan tugasan yang mudah dulu
Ini bertujuan untuk memberi momentum kepada anda untuk bergerak. Hal lain seterusnya akan menjadi mudah kerana momentum yang sedia ada.

6.  Mulakan dengan tugasan yang anda rasa sukar
Ini bercanggah dengan tips 6. Manfaat tips ini adalah untuk memberikan psikologi kelegaan kepada anda. Selepas anda berjaya menyelesaikan sesuatu tugasan yang sukar, anda akan merasa sangat selesa kerana merasakan sebuah beban telah berjaya dialih. Tips ini memberi kepuasan kepada diri.

7. Memberitahu orang lain tentang tugasan anda
Contohnya, anda memberitahu kepada orang lain bahawa anda akan menyiapkan sesuatu tugasan dalam tempoh yang ditetapkan. Ini akan menimbulkan rasa tanggungjawab di dalam diri anda untuk melunaskan tugasan tersebut.

8. Elakkan berada di tempat yang mampu mengganggu anda
Contohnya anda boleh memilih untuk belajar di perpustakaan atau tempat lain yang lebih sunyi jika anda bimbang anda akan leka dengan internet.

Sumber: iluvislam.com 

Jom Kita Sama-Sama Amalkan..


Antara Sunnah-Sunnah Rasulullah S.A.W yg boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian:


  1. Menjaga Wudhu
  2. Tahajud & Witir
  3. Solat Berjemaah
  4. Tadabur Al-Quran
  5. Solat Dhuha
  6. Puasa Sunat (Isnin & Khamis)
  7. Sedekah

Abe @ Konvensyen Belia Relawan Haluan (KOBAR 2012)


Date : 3-4 November 2012
Time : 8.00 Pagi
Place : Dewan Konvokesyen Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

Info : Alhamdulillah, hujung minggu ni abe dan beberapa sahabat abe dari Haluan terutamanya dari batch Matri abe, berpeluang menyertai sebuah konvensyen yg dianjurkan oleh Haluan Malaysia di KUIS yg bertemakan Belia Pemacu Perubahan.. Seramai lebih kurang 1000 peserta yang hadir ke konvensyen yang julung-julung kalinya diadakan.. Tahniah abe ucapkan kepada peserta yang hadir dan tidak lupa juga kepada urusetia konvesyen tersebut.. Antara panel-panel hebat yg menyampaikan kuliah ialah Ust Darus Senawi, Tn Hj Rosdi Baharom (KTD), Dr Ir. Hj Solehuddin Shuib (USM), Dr. Akram Dahlan (UUM), Prof Madya Dr. Azizan Ahmad (UKM), Sir Abdoh (Matri), Ust Muhtad, Ust Umar Aiman, En Razali Maarof & Saudara Siddiqi (Haluan)..  Alhamdulillah.. konvensyen berjalan dengan lancar & jayanya..Insyallah, kita akan berjumpa lagi di masa akan datang..

Bertemakan Belia Pemacu Perubahan, konvensyen ini diharapkan akan berjaya menarik minat serta semangat kesukarelawanan di kalangan belia memandangkan terlalu banyak tugasan kemasyarakatan yang harus dilunaskan oleh HALUAN demi memperbaiki kualiti hidup dan akhlak masyarakat samada yang Muslim atau yang belum Muslim. “Semoga penyampaian para panelis akan dihadamkan oleh peserta dan menaikkan kesedaran bahawa mereka ada kekuatan terselindung yang mampu menjadi pemacu kekuatan Islam,”

majlis perasmian oleh Ust Darus Senawi..


Sir Abdoh..

senyuman murabbi, akhi muhtad.. :)

setelah 10 tahun tidak berjumpa.. Hasanul Bakhtiar.. 

Dr. Akram..

antara sahabat-sahabat yang hadir..

peserta KOBAR 2012..

bersama Pengarah KOBAR, Tn Hj Hasri Ahmad..

Alhamdulillah, sepat jugak pi pekena Nasi Arab kat area Bangi dgn sahabat-sahabat.. 



Chicken Magloba Regular adalah pilihan abe..

sahabat abe ni la yg open table mlm tu..

blogger Hami Ashraff pun ada.. 

Pakdin & Munzir.. org kuat Imam Muda..

Sumber: haluan.org.my, facebook.com/abu.u.sp

Seminar Kesejahteraan Mahasiswa Ke-10 (SKEMA 10)



Assalamualaikum warahmatullah..


SEMINAR KESEJAHTERAAN MAHASISWA KE-10 (SKEMA 10),  yang bertemakan "Mahasiswa Bersinergi Pemangkin Legasi"


21 Oktober 2012 (Ahad)
8.30 pagi - 5.00 petang
Main Auditorium, Kulliyah Senibina (KAED), UIAM GOMBAK

Dengan penampilan -

IMAM MUDA Asyraf, 
Hilal Asyraf & Abu Ridhwan (Langit Ilahi), 
Pn. Mazlina Ghazali (Pensyarah UIAM), 
Sir. Irwan Affendi, Pensyarah Bahasa di Kolej Teknologi Darulnaim (KTD)

Yuran hanya RM15.
Daftar online sama ada menggunakan aplikasi scan QR Droid (di bawah poster) atau terus ke http://goo.gl/cjOd6



  *Program kerjasama IIUM Journalism Club dan Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa)

sila ke link berikut untuk maklumat lanjut:
blog: http://jc-iium.blogspot.com/2012/10/skema-10-seminar-kesejahteraan.html
facebook: https://www.facebook.com/IiumJournalismClub/


Jangan Jadikan FB Si Pencuri Masa Anda


Sekadar Renungan..(Petikan Dari Blog Dr OT)

Aku nak kongsi 10 scenario berikut dgn pembaca termasuk pelajar PhD dan Master yang perlu berhati2 supaya FB yang mula dilancarkan sejak 2004 tak menjadi pencuri masa anda…. Dgn membuat sesuatu yang unnecessarily…dan tak signifikan kepada progress kajian dan penulisan thesis 

Pertama:
Mula2 wujud rasa rasa ketinggalan zaman bila semua org mengguna dan bercakap pasal fb, sedangkan kita masih tak ada fb.

Kedua:
Oleh kerana tak mahu ketinggalan zaman, mulalah berjinak2 dgn fb…. Mulalah membaca post orang lain…. Then excited ler pulak……dan sedikit tercabar….Emmm….

Ketiga:
Mulalah aktif dgn fb ni…. tunjuk pic sempoi2….. then pic anak kalau dah ada anaklah…..then pic kat rumah tgh masak asam pedas….then pic kat ofis… pic pergi shopping….pic pergi picnic… pic pergi obersi…. Pic itu dan ini……lama-lama…pic kucing tido, pic buat cekodok pun nak di post kan......wujud perasaan “aku nak tunjukkan aku buat ini dan itu, dapat ini dan itu, pergi sini dan situ…”

Keempat:
Bila setiap post mendapat pujian, “like” tanpa disedari akan wujud sedikit perasan “wow” dalam diri….

Kelima:
Dalam masa yang sama apabila membaca post orang lain…. Yang nampak “dasyat” akan mencuit perasaan sendiri sehingga wujud semacam satu “competition” sapa yang boleh tunjukkan sesuatu yang “dapat menarik perhatian” orang lain membacanya… bagi mendapatkan banyak NOTIFICATIONS, MESSAGES dan FRIEND REQUEST.....mulalah persaingan secara tak sedar….. supaya pembaca membaca post tersebut…semuanya utk satu tujuan….”impress” kan orang lain kepada diri sendiri!!

Keenam:
Jgn tak tahu bro… ada yang setiap saat up date status dalam FB dengan memaparkan apa sahaja yang dia buat…. Bangun tidor… gosok gigi… siapkan sarapan…. tersekat dalam jam… makan tengahari….dapat hadiah….. makan malam…. Phew…. sehinggalah sampai cerita "Aku dan hubby nak masuk tido.. he he..." mujurlah tak ada kisah dalam selimut….Dan setiap kerja yang dibuat mesti otak berlegar2 camner nak di “facebook” kan ….Dah macam program reality ….. semuanya supaya dibaca oleh orang lain secara “real-time” fuhh!!

Ketujuh:
Bila buka komputer jer….. WAJIB buka facebook dulu….. jika tidak tak boleh buat kerja lain…. Betul tak?




Kelapan:
Dulu ada pic kita simpan jer….. buat tatapan sendiri.,, syok sendiri….sekarang, senang2 boleh share pic tersebut bila post kat wall facebook sendiri atau wall kawan…. Emmm… incredible… contohnya seperti sengaja post ucapan selamat tinggal kepada kereta lama (sebab nak bagi tau semua orang “aku beli kereta baru”) atau sengaja post pic baju raya anak2 (sebab nak bagi tau “baju anak2 aku semua branded”) atau post kan lauk pauk atas meja (sebab nak bagi tau “aku pandai masak – ko pandai ker?”) dan lain2…. Ko tambahlah sendiri…. Semua ini terselit rasa “gah” pada diri sendiri …Jangan tak tahu bro…. ada yang mengambil pic bukan utk tatapan sendiri tetapi mengambil pic khas utk dipaparkan dalam fb dan tag segala kawan yang dikenali !!

Kesembilan:
Ini adalah satu tahap yang mana pengguna fb merasakan spt satu "kewajipan" utk update status dan melaporkan setiap yang dibuat di fb! Rasa resah jika tiada yang boleh dikongsi dalam fb dan terasa bersalah jika ini berlaku. Akhirnya bukan fb lagi menjadi wacana berkomunikasi dan berkongsi maklumat tapi akhirnya menjadi "beban" ciptaan sendiri yang akhir tidak mendatangkan apa2 yang signifikan pun kepada research dan kemajuan tesis anda, kepada pembaca selain.... membuang masa.....dan mengundang gloating showoff.... tanpa disedari....wpun ada yang pasti tak setuju dengan aku... 

Kesepuluh:
Paling best wujud kumpulan yang mula2 "just for fun" dan "saja isi masa lapang" dan "boring tak buat apa" tapi tak disedari akhirnya  kemaruk fb.... ko tulis aku komen... sebab bila aku tulis ko pun rajin komen... he he. Ini ditambah dengan sekumpulan yang tak suka post tapi suka baca... dan suka komen... apalagi naik tochanglah kumpulan kemaruk tu...sampai tunjuk dalam fb benda pelik2 termasuklah berus gigi anak, stokin suami yang lusuh, baju tidor.... patutlah sampai ada kes ibu suruh anak kecik gi kedai sendirian sebab asyik dengan fb... mudah2 tak sampai ler ke tahap itu...

Abis bro... fb ni tak baik lah?

Yang tak baik bila dah kemaruk.... bukan setakat kat rumah, kat ofispun asyik tersengeh melayari FB.... dan tak hairanlah byk ofis dah sekat FB....bayangkan sambil menaip surat sambil layan FB....  jika tidak sekat FB ni.... bangkrup ler company.... dan ko jgn tak tahu... selain temuduga utk pekerja baru...employer dah mula siasat FB bakal2 employee... dan kalau bakal2 employee ni kemaruk FB.... mintak maaf ler..... "you are fired" wpun belum dapat kerja tu lagi.....memanglah asalnya Fb ni mmg baik dan informatif jika dikendalikan secara wajar....sama macam makan nasi... wajar makan nasi ketika lapar... tapi kalau makan tak henti-henti.....dari meja makan bawak ke bilik tidor.....boleh bawa mudarat ....mati terlebih makan..... mudah2an jadi peringatan bersama....

Sumber: OT

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...