Nuffnang
Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts
Abah Abe - Allahyarham (الله يرحم) Abdul Aziz Bin Tahar
"Ya Allah.. sesungguhnya aku merindui dia.. rindu suara dia.. rindu nasihat dia.. rindu teguran dia.. rindu gurauan dia.. rindu segala-segalanya tentang dia.. Dia pergi dalam sekelip mata.. tanpa ucapan selamat tinggal.. abah.. abe rindu pada abah.. kami semua rindu pada abah.. rindu abah sangat-sangat.."
Insha Allah... abe cuba pikul tanggungjawab abah.. yang abah amanahkan pada abe.. abe akan jaga mama dan adik2 abe, Adik Iqah, Ace, Iyah, Angah & Kak Ipah.. walaupun amat berat sekali amanah ni.. amat berat & besar.. abe akan cuba selagi hayat abe dikandung badan.. abe akan belajar dari kenangan abah bersama kami.. mungkin dulu, abah boleh ajar satu persatu.. tapi sekarang, hanya ingatan & kenangan abah bersama kami sekeluarga menjadi pengajaran sisa hidup abe.. banyak yang abah ajar dulu, walaupun bukan dari segi percakapan, tapi gerak perbuatan abah, yang abe akan ingat sampai bila-bila.. abah adalah satu-satunya abah abe yang terbaik dalam hidup abe.. abah lah kawan abe, sahabat abe.. abah abe selama-lamanya.. terima kasih abah kerana hadir dalam hidup abe..
Abah berehat lah.. tidur lah abah kat sana selama-selamanya..
Al-Fatihah buat Ayahanda abe.. semoga dikau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh disana..
4 Oktober 2015
1:30 petang
Hospital Balik Pulau, Pulau Pinang.
4 Oktober 2015
1:30 petang
Hospital Balik Pulau, Pulau Pinang.
Jom Check Kemampuan Kita Untuk Membeli Rumah
gambar sekadar hiasan
Adakah anda sudah bersedia untuk melompat ke kolam hartanah sebagai
pembeli rumah kali pertama? Dengan kenaikan Cukai Keuntungan Harta Tanah
(RPGT) yang menggalakkan melalui Bajet 2014, mungkin rumah impian anda
kini mampu menjadi realiti
Memandangkan anda sudah bersedia, tahukah anda jenis hartanah dan
titik harga yang anda patut pertimbangkan? Penentuan kemampuan pemilikan
rumah tidaklah semudah yang disangka. Mampukah anda membeli kondominium
baru berdekatan dengan kota? Atau anda hanya mampu membeli apartmen di
pinggir bandar.
Berapa jumlah wang yang anda perlukan untuk membeli hartanah bernilai
RM300,000? Mampukah anda menanggung bayaran pendahuluan atau ansuran
bulanan dengan gaji semasa anda?
Sebelum anda mula menjelajahi senarai hartanah, lihat dengan teliti
keadaan kewangan anda dan tentukan nilai realistik yang anda boleh
bayar.
Berapa nilai kemampuan anda?
Untuk menentukan titik harga mampu milik hartanah pertama anda,
terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan. Ini termasuklah
pendapatan bulanan anda, jumlah wang yang anda punyai dan berapa nilai
yang anda boleh pinjam.
Jumlah pinjaman anda bergantung kepada beberapa faktor, antaranya
nilai pasaran atau harga pembelian rumah anda, jenis hartanah (kediaman
atau komersial), lokasi hartanah, serta profil anda (contohnya umur dan
tahap pendapatan).
Untuk menentukan harga hartanah maksimum yang anda mampu miliki,
adalah baik untuk memastikan jumlah ansuran bulanan untuk semua pinjaman
tertunggak anda, serta bakal pinjaman perumahan tidak melebihi 70% dari
gaji bersih anda. Gaji bersih merujuk kepada pendapatan anda setelah
ditolak caruman KWSP dan cukai pendapatan sebagai contoh.
Merujuk kepada profil contoh di bawah, pembeli adalah layak untuk
mendapatkan tempoh maksimum pinjaman perumahan sehingga 35 tahun. Untuk
pembeli yang berumur di atas 30 tahun, tempoh maksimum ini terikat
kepada umur peminjam. Kebanyakan bank menetapkan peminjam untuk membayar
semula pinjaman perumahan mereka secara penuh sebelum mereka berumur 65
atau 70 tahun.
Berikut adalah pecahannya:
Berdasarkan pengiraan di atas, jumlah ansuran bulanan serta komitmen
hutang lain tidak melebihi 70% dari pendapatan bersih bulanan. Maka,
dengan gaji bulanan (bersih) sebanyak RM3,500, anda mempunyai kemampuan
untuk memiliki hartanah bernilai RM400,000.
Lebih memudahkan lagi, anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan
yang disediakan untuk mengira pembayaran balik bulanan pinjaman
perumahan. Berdasarkan ansuran bulanan tersebut, anda akan tahu
kemampuan pemilikan rumah berdasarkan gaji bersih semasa anda.
Bagaimana dengan bayaran pendahuluan?
Semuanya tidak berkisar tentang ansuran bulanan sahaja – kos terbesar
dalam pembelian rumah ialah bayaran pendahuluan ke atas hartanah iaitu
sebanyak 10%. Tapi bukan sekadar itu sahaja.
Pembeli rumah kali pertama mungkin tidak tahu tentang ini; tetapi
pembelian dan pembiayaan sebuah rumah bukan sahaja melibatkan bayaran
pendahuluan dan pinjaman sahaja. Terdapat pelbagai yuran serta caj lain
yang terlibat. Di bawah adalah anggaran* yuran dan caj yang mungkin
perlu ditanggung:
1) Duti setem untuk pemindahan hakmilik (juga dikenali sebagai Memorandum of Transfer atau MOT)
- 1% untuk jumlah RM100,000 yang pertama
- 2% ke atas RM400,000 yang seterusnya
- 3% ke atas jumlah berikutnya
2) Perjanjian Jual Beli (SPA) – Yuran guaman
- 1% untuk jumlah RM150,000 yang pertama
- 0.7% ke atas baki hartanah yang bernilai di bawah RM1 juta
3) Stamping untuk SPA – Kurang dari seratus Ringgit
4) Yuran guaman pembayaran keluar pinjaman SPA – Beberapa ratus ringgit
5) Yuran guaman perjanjian fasiliti pinjaman
4) Yuran guaman pembayaran keluar pinjaman SPA – Beberapa ratus ringgit
5) Yuran guaman perjanjian fasiliti pinjaman
- 1% untuk jumlah RM150,000 yang pertama
- 0.7% ke atas baki hartanah yang bernilai di bawah lingkungan RM1 juta
6) Duti setem untuk pinjaman – 0.5% dari jumlah pinjaman
7) Yuran guaman pembayaran keluar pinjaman untuk Perjanjian Fasiliti Pinjaman – Beberapa ratus Ringgit
8) Yuran pemindahan hakmilik – Beberapa ratus Ringgit
9) Mortgage Reducing Term Insurance – Anggapnya sebagai insurans hayat untuk pinjaman perumahan anda. Ia boleh mencecah sehingga RM1,000 atau lebih, tapi ini mungkin berbeza untuk bank berlainan.
10) Cukai Kerajaan ke atas Perjanjian – 6% dari yuran peguam
11) Yuran pemprosesan pinjaman bank – RM200

*Nota: Yuran dan caj adalah anggaran berdasarkan nombor yang
disyorkan serta nilai purata industri. Angka sebenar mungkin berbeza.
Untuk melihatnya dari sudut perspektif, sebuah rumah yang bernilai
RM400,000 dengan margin pembiayaan sebanyak 90% mungkin akan mengenakan
yuran dan caj sehingga RM20,000 – di mana kos ini perlu ditanggung oleh
anda, iaitu pembeli.
Ianya adalah dinasihatkan supaya anda mempunyai wang lebih selain
daripada wang yang diperuntukkan untuk bayaran pendahuluan sebanyak 10%
sebelum anda membuat apa-apa keputusan untuk membeli hartanah.
Ya, saya sudah bersedia!
Setelah anda cukup bersedia dan yang paling penting, telah jumpa
rumah idaman anda, inilah masanya untuk mencari pinjaman perumahan yang
menawarkan kadar yang paling kompetetif. Kebanyakan orang terus
mengambil pinjaman perumahan yang ditawarkan pertama kali kepada mereka
dan tidak meluangkan masa untuk melakukan perbandingan dan penyelidikan
lanjut.
Melalui kalkulator pinjaman perumahan
iMoney, anda boleh bandingkan kadar dengan mudah dan pohon di atas
talian tanpa sebarang kos tambahan. Dengan khidmat perundingan percuma,
pembeli rumah kali pertama akan mempunyai keyakinan yang mereka
melakukan keputusan kewangan yang betul apabila membeli rumah baru
mereka.
Sumber: www.imoney.my
Senarai NASI KANDAQ Paling Best @ Penang
gambaq sekadar hiasan..
SENARAI NASI KANDAQ PALING BEST DI PENANG:
Pagi
1. Jelutong (Nasi kandaq Ali Amir) - Jln Jelutong off Jln Tan Sri Teh Ewe Lim)
2. Kampung Melayu (Flat kg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jln Utama)
4. Rahman (4.00pagi - Jln Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
5. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - kakak) org panggil nasi kandar daud
6. Haniffa (isteri arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)

Tengahari
1. Hotel Merlin (Union St off Penang St)
2. Tajuddin Hussain (10am - Queen St)
3. kedai rendah bertentangan Sikh Gudwara (Jln Gudwara)
4. Rahim @ Haniffa (Rahim, abg arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
5. Taat (Pekan Teluk Kumbar)
Malam
1. Shariff (Glugor depan 7-Eleven)
2. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - adik)
3. Nasi Beratur (10.00 mlm - Liaqat Ali - sebelah Masjid Kapitan Kling)
4. Rahman Berkat (kedai cina Jln Jelutong off Jalan Market Jelutong
5. Tajuddin Hussain (6.30pm - Queen St)
6. Rahman Nasi Dalca (Queen St - ini nasi dalca = mcm nasi kenduri)
7. Nasi Kandar Imigresen (5.30pm - Lorong Pasar -stall sebelah kedai cina)
Restoran Deen 24jam (Jln Jelutong sebelah &-Eleven - yg ni sedap & terkenal di kalangan Penangites)
Line Clear - rasa tak menentu, kekadang rempahnya rasa maung tak ditumis betul
Cargas Cafe (Byn Lepas) - cuma terkenal dikalangan pekerja kilang (katogeri "bole makan")
nasik kandar kpg melayu rasanya lain sikit dr nasi kandar kedai lain..especially daging nye...
Speciality lauk Tiap2 Nasi Kandar
Pagi
1. Jelutong (Nasi kandaq Ali Amir) - Jln Jelutong off Jln Tan Sri Teh Ewe Lim)
- ayam ros, daging, sotong & udang (udang besar dijual pd harga yg agak murah)
2. Kampung Melayu (Flat kg melayu - pagi & Desa Mawar - petang)
- daging tempatan, sotong, ayam kicap madu.
3. Sulaiman (6.00am - kedai cina depan bertentangan Jln Utama)
- daging, gulai ikan.
4. Rahman (4.00pagi - Jln Dato Keramat bertentangan Ivory Times Square)
- daging, ayam goreng bawang (kali terakhir makan ayamnya dah tak sedap)
5. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - kakak)
- daging cincang
6. Haniffa (isteri arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
- daging cincang, ayam goreng bawang
Speciality lauk Tiap2 Nasi Kandar
Tengahhari
1. Hotel Merlin (Union St off Penang St)
- nasi tomato, sambal kelapa, ayam ros, sotong.
2. Tajuddin Hussain (10am - Queen St)
- daging kambing, nasi tomato / beryani, ayam ros (best in town), sambal kelapa, cili kering goreng, gulai anak ikan,
3. kedai rendah bertentangan Sikh Gudwara (Jln Gudwara)
- tak ada yg istimewa tapi masakannya panas2.
4. Rahim @ Haniffa (Rahim, abg arwah Malik - Jln Byn Lepas - dekat dgn simpang Jln Garuda)
- ayam goreng bawang
5. Taat (Pekan Teluk Kumbar)
- gulai ikan
Speciality lauk Tiap2 Nasi Kandar
Malam
1. Shariff (Glugor depan 7-Eleven)
- daging, gulai ikan
2. Teluk Kumbar (kedai cina pekan lama - mami yg jual - adik)
- gulai ikan talang kering, sotong
3. Nasi Beratur (10.00 mlm - Liaqat Ali - sebelah Masjid Kapitan Kling)
- daging, telur dadar (rasa mcm murtabak), sambal kelapa
4. Rahman Berkat (kedai cina Jln Jelutong off Jalan Market Jelutong
- ayam goreng bawang, daging
5. Tajuddin Hussain (6.30pm - Queen St)
- daging kambing, nasi tomato / beryani, ayam ros (best in town), sambal kelapa, cili kering goreng, gulai anak ikan,
6. Rahman Nasi Dalca (Queen St - ini nasi dalca = mcm nasi kenduri)
- gulai ayam, daging kambing.
7. Nasi Kandar Imigresen (5.30pm - Lorong Pasar -stall sebelah kedai cina)
- nasi dimakan bersama bawang goreng
THE LIGHT Waterfront @ IJM - Future of Green Building in Penang
Perkongsian dari seorang kawan abe yang berjaya memiliki rumah di The Light Waterfront @ Penang Island. Kat mana rumah kondo mewah nie? Senang je, kalau lalu Jambatan Pertama dari Butterworth ke Penang Island, sebelah kanan nak sampai pulau, nampak kondo mewah betul-betul tepi pantai. Harga confirm memang dah enam (6) angka... antara sekitar RM1.5 juta hingga RM4 juta..
antara free gift yg customer dapat bila beli kondo mewah nie.. hehe
Munajat Ramadhan
Doa selepas Tarawih yang menusuk kalbu. Perkongsian dari laman sosial Prof Muhaya.
Selepas solat Witir tadi, imam membacakan doa dalam Bahasa Melayu. Memang amat jarang sekali kita dengar imam baca doa dalam Bahasa Melayu. Amat tersentuh, menitis air mata apabila imam membacakan doa. Sewaktu moreh saya tanya imam, ambil mana doa tadi, JAKIM ke, Majlis Agama ke fikir saya dalam hati? Dia kata dia buat sendiri. Lalu saya minta dia hantarkan doa tersebut untuk tatapan kita, semua.
Sila baca dengan teliti dan penuh syahdu. Di bawah doanya;
MUNAJAT RAMADHAN…
Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…
Dalam dakapan Ramadhan yang suci ini, dengan rasa rendah diri, Kami yang
kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepadaMu ya Allah…
semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah
Tuhan yang Maha Mendengar.
Ya Fattahu ya alim…
Ajarkanlah kami
yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu
kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada
kejadian dan takdirmu. Ya Allah.. takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami,
Janganlah kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah
pintu-pintu rahmatMu untuk kami ya Allah…
Ya Allah Rabbul Jalil….
Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yang baik.. supaya dengannya kami dapat
beribadah kepadaMu.. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami
terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah… Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami
ingat padaMu bila ditimpa kesakitan, Kami lupa kepadaMu ketika senang, kami
ingat padaMu bila datang kesusahan. Kami lupa kepadaMu disaat kami gembira, Kami
ingat kepadaMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan
keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sudah tua, ..justeru
ya Allah...ampunilah semua dosa kami.. berilah kekuatan kepada kami untuk
melawan hawa nafsu dan dunia yang sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu
ya Allah…
Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…
Ampunkanlah dosa
kedua ibubapa kami.. setiap titik susu ibu yang mengalir dalam diri kami... kau
gantilah dengan kebajikan untuknya yang boleh membawanya ke syurgaMu ya
Allah...ya Rahman...pada setiap keringat yang mengalir pada tubuh ayah kami dalam
mencari rezeki yang halal kepada keluarga kami... kau gantikanlah dengan keampunan yang membawanya
ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu
kami membalasnya. Bahkan terkadang hidup mereka di dalam kesusahan dan
kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan... Justeru
kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu ya
Allah…..
Ya Allah….
Kami juga memohon ampun untuk kaum
kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yang terlebih dahulu pergi
meninggalkan kami ke alam barzakh… golongkanlah mereka dalam insan-insan yang kau
redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau
ambillah kami dalam keadaan yg baik-baik…dalam keampunan dan rahmatMu ya Allah…
Ya Allah ya azizz…
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram… hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah diri kami dari sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianat.
Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..
Jika
ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah
mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang
bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di
kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka,
dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji
dengan sakit, maka kau sembuhkanlah kesakitan mereka ya Allah… agar dapat beribadah
bersama-sama kami.. Jika ada di kalangan kami mereka yang derhaka kepada ibubapa atau
terkurang di dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami
anak-anak yang taat dan berbakti.. sesungguhnya Engkaulah tuhan yang maha
mendengar dan mengasihi…Ya Allah ya malikal mulk…
Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi dberkati.. dan jadikanlah dengan rezeki
itu kami semakin dekat denganMu.. sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan
yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.
Ya Allah….
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali utk selama-lamanya.. jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepadaMu dengan jiwa yang tenang….
Ya Allah ya zal jalali wal ikram…
Ya Allah….Janganlah kau jadikan ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, ketemukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, andai ini takdir ramadhan terakhir buat kami, jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangMu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami yang lalu.. Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr Mu…pilihlah kami di kalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami.. terimalah taubat kami.. ampunkanlah segala dosa kami... amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi… kurniakanlah kepada kami syurgamu yang maha luas nikmatnya…

Bantal Sejuk Cool Fever Abe
Produk
ini dihasilkan oleh bahan cecair ubat tradisi, tidak mengandungi
sebarang bahan kimia yang menyakiti badan kita dan permukaan bantal
adalah anti bakteria.
Fungsi utama bantal sejuk kesihatan ialah mengurangkan kepanasan badan yang disebabkan lebih makan barang gorengan atau pedas. Kesibukan harian menyebabkan keletihan badan, tekanan sosial atau pekerjaan yang menyebabkan sakit kepala, kekurangan tidur, sembelit, kesakitan otot-otot, pinggang, tangan, kaki dan bahagian leher.
Bantal ini juga boleh menolong mengubati tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit-sakit sengal. Bantal sejuk kesihatan ini tidak boleh dijemur dibawah matahari dan perlulah dijauhi daripada benda tajam.

Fungsi :
Sejak ianya dikeluarkan, banyak kegunaan telah dibuktikan dan keberkesanannya. Diantara fungsi-fungsi dan kegunaanya adalah:
1. Mengatasi perjalanan darah disamping memperkuatkan daya tahan serangan penyakit.
2. Mengatasi keletihan dan ketenangan badan kita.
3. Mengatasi kesusahan tidur dan tekanan sosial yang menyebabkan kesakitan kepala.
4. Kesibukan harian menyebabkan kesakitan otot-otot di tengkok, pinggang, kaki dan tangan.
5. Menolong mengubati tekanan darah tinggi dan sakit sengal atau sendi-sendi..
Ciri-ciri:
Cecair merupakan air garam bukit dan herba, ianya dan mudah di bawa ke mana-mana.
Siapa yang sesuai memakainya?
Amat sesuai untuk semua peringkat umur .. kanak2, Remaja , Dewasa.
Cara-cara penggunaan:
Letakkan di kepala : Susah tidur, sakit kepala, keletihan, ketenangan dan tekanan darah tinggi.
1. Kesakitan otot-otot pinggang, tengkok, kaki tangan dan bahu, letakkanlah di bahagian-bahagian yang perlu.
2. Wanita yang hamil dan penyakit asma, gunakan dibahagian kaki sahaja.
3. Bantal ini perlulah dijauhi daripada dijemur dibawah matahari, benda-benda panas, benda tajam dan api.
Berfungsi seperti "Cool Fever" mampu menyerap kepanasan badan , Sakit Kepala seperti Migrain.
Nak order: Jangan segan2 singgah di website ni:
Subscribe to:
Posts (Atom)