Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Showing posts with label My Info. Show all posts
Showing posts with label My Info. Show all posts

Buku 2016 (Dividen / Pulangan Pelaburan)

Alhamdulillah, pagi ni abe berkesempatan menonton Malaysia Hari Ini (MHI). Antara slot MHI pagi ini adalah bersama dengan pakar pengurusan kewangan yang abe sentiasa "follow", iaitu Saudara Shamsuddin Kadir (SK). Mengikut kajian beliau, untuk hidup selesa di Malaysia, kita perlu ada sekurang-kurangnya RM100,000 (umur 30 tahun), RM250,000 (umur 40 tahun) dan RM500,000 (umur 50 tahun). Tambahnya lagi, nilai pelaburan ideal adalah RM1,000,000 (RM1juta) dividen antara RM60,000 - RM120,000 setahun. Wooowww... tapi.. apa yang menarik perhatian abe untuk slot kali ini, ramai di kalangan kita (makan gaji terutamanya), menggunakan sebahagian duit gaji untuk pelaburan, bayar hutang, sara hidup & sebagainya. 

Cara tersebut, bukan salah cuma kais pagi makan pagi & kais petang makan petang.. apa yang kita dapat hujung bulan, hanya untuk bayar hutang & sebagainya.. Mengikut beliau, cara yang sepatutnya ialah, duit gaji hanyalah untuk sara hidup.. Hutang (gaya hidup) ditentukan & dibiayai oleh pelaburan.. 

Saudara SK bagi contoh perumpaan, mana lebih 'suka & sedap', pergi ke kedai makan nasi ayam yang sama, cuma (A) kita yang bayar sendiri & (B) org belanja kita makan.. tentulah kita rasa situasi (B) lagi sedap & suka.. orang belanja. begitulah dengan hutang (gaya hidup) kita, apabila pelaburan (dividen) yang tolong bayarkan.. Bila kita melabur RM1,000,000, dividen (pulangan yg kita akan dapat bila tempoh matang), RM60,000. sebulan RM5,000.. dah boleh cover hutang rumah & kereta.. tapi yg ni utk sejuta.. jika RM100,000, maka RM6,000.. sebulan RM500.. paling kurang kereta myvi/axia.. sape tak suka, duit bulanan kereta dibayar oleh orang lain.. itu adalah contoh.. pokok pangkal, adalah ukur baju di badan sendiri.. terima kasih Saudara Shamsuddin Kadir atas perkongsian di MHI hari ini..

Toyota Unser Abah Terpaksa Dilepaskan..


Date: 1 Disember 2015
Time: Pagi
Info: Proses menjual Toyota Unser Abah. Semoga dipermudahkan urusan penjualan seperti Puspakom, JPJ & pihak Bank. Unser ini sudah berusia 12 tahun (2003-2015) dan masih dalam keadaan elok.



Inspiration Movies Through Food...


Alhamdulillah, abe pernah join TGV movie club.. kali ini TGV hadiahkan 2 free tiket movie + regular set popcorn & air.. ape lagi, rezeki kan.. So, kelmarin abe pergi la redeem movie tu.. Movie yg abe teringin nak tgk ialah "The Hundred-Foot Journey".. 


Movie ni dah lama dah keluar di wayang.. ni kira masa kecemasan sbb Penang dah tak ditayangkan..KL pun ada dalam 5 wayang je.. Okey, mengenai cerita ini hasil gabungan Oprah Winfrey & Steven Spielberg, mmg tidak mengecewakan.. cerita ini penuh dengan inspirasi dan bakal memberi kesan kepada penontonnya. Walaupun movie ini tidak mempunyai aksi-aksi gaduh, stunt, teknologi canggih, tetapi ia sudah cukup untuk membuatkan abe berasa cuit hati & ber inspirasi.. Antara inspirasi yg abe dapat dalam cerita ini ialah:
  1. Bagaimana menggunakan kegagalan yang ada untuk mencapai kejayaan.
  2. Saya pelajari beberapa Pemasaran Gerilla – contoh sewaktu Papa menarik pelanggan masuk ke restoran yang baru dibukanya.
  3. Berani mengambil risiko – Papa membeli restoran lama yang berhadapan dengan restoran mewah dan terkenal.
  4. Kekuatan dan keharmonian keluarga itu penting.
  5. Restu dari ibubapa itu penting – Papa memberi restu anaknya Hassan untuk bekerja di restoran Madame Mallory
  6. Passion boleh menjadi karier hidup – Hassan suka memasak, minat ini datang dari ibunya
  7. Mencari ilmu itu penting – Hassan belajar cara masakan barat melalui pembacaan buku sahaja kemudian mengembangkan ilmu dengan bekerja di restoran Madame Mallory
  8. Mentor itu penting – Hassan menjadikan ibunya sebagai mentor terawalnya kemudian diikuti mentor Madame Mallory.
  9. Tindakan harus selari dengan matlamat diri – tidak kira apa halangan, Hassan akan cuba yang terbaik untuk menawan hati Madame Mallory dengan masakannya.
  10. Jangan terhadkan potensi diri yang ada, sentiasa mempunyai inovasi terhadap potensi diri – Hassan berjaya menghasilkan masakan baru melalui hasil gabungan dua citarasa negara (India + Barat)
  11. Sejauh mana kejayaan yang dijulang tidak akan bermakna jika kita tidak menghargainya bersama orang tersayang – keluarga Kadam
  12. Dan banyak lagi manfaat tersirat yang terkandung di dalam cerita ini.
Setiap orang mempunyai pandangan yg berlainan & berbeza. Ini adalah pandangan peribadi abe.. Ambil mana yg baik & yg tidak baik jadikan pengajaran.. Movie ini hampir sama genre dengan movie yg abe tgk sebelum ini..penuh dengan inspirasi dengan masakan.. iaitu "Chef"..



Jom Check Kemampuan Kita Untuk Membeli Rumah

gambar sekadar hiasan

Adakah anda sudah bersedia untuk melompat ke kolam hartanah sebagai pembeli rumah kali pertama? Dengan kenaikan Cukai Keuntungan Harta Tanah (RPGT) yang menggalakkan melalui Bajet 2014, mungkin rumah impian anda kini mampu menjadi realiti

Memandangkan anda sudah bersedia, tahukah anda jenis hartanah dan titik harga yang anda patut pertimbangkan? Penentuan kemampuan pemilikan rumah tidaklah semudah yang disangka. Mampukah anda membeli kondominium baru berdekatan dengan kota? Atau anda hanya mampu membeli apartmen di pinggir bandar.

Berapa jumlah wang yang anda perlukan untuk membeli hartanah bernilai RM300,000? Mampukah anda menanggung bayaran pendahuluan atau ansuran bulanan dengan gaji semasa anda?

Sebelum anda mula menjelajahi senarai hartanah, lihat dengan teliti keadaan kewangan anda dan tentukan nilai realistik yang anda boleh bayar.

Berapa nilai kemampuan anda?

Untuk menentukan titik harga mampu milik hartanah pertama anda, terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan. Ini termasuklah pendapatan bulanan anda, jumlah wang yang anda punyai dan berapa nilai yang anda boleh pinjam.

Jumlah pinjaman anda bergantung kepada beberapa faktor, antaranya nilai pasaran atau harga pembelian rumah anda, jenis hartanah (kediaman atau komersial), lokasi hartanah, serta profil anda (contohnya umur dan tahap pendapatan).

Untuk menentukan harga hartanah maksimum yang anda mampu miliki, adalah baik untuk memastikan jumlah ansuran bulanan untuk semua pinjaman tertunggak anda, serta bakal pinjaman perumahan tidak melebihi 70% dari gaji bersih anda. Gaji bersih merujuk kepada pendapatan anda setelah ditolak caruman KWSP dan cukai pendapatan sebagai contoh.

Merujuk kepada profil contoh di bawah, pembeli adalah layak untuk mendapatkan tempoh maksimum pinjaman perumahan sehingga 35 tahun. Untuk pembeli yang berumur di atas 30 tahun, tempoh maksimum ini terikat kepada umur peminjam. Kebanyakan bank menetapkan peminjam untuk membayar semula pinjaman perumahan mereka secara penuh sebelum mereka berumur 65 atau 70 tahun.

Berikut adalah pecahannya:

housing affordability BM

Berdasarkan pengiraan di atas, jumlah ansuran bulanan serta komitmen hutang lain tidak melebihi 70% dari pendapatan bersih bulanan. Maka, dengan gaji bulanan (bersih) sebanyak RM3,500, anda mempunyai kemampuan untuk memiliki hartanah bernilai RM400,000.

Lebih memudahkan lagi, anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan yang disediakan untuk mengira pembayaran balik bulanan pinjaman perumahan. Berdasarkan ansuran bulanan tersebut, anda akan tahu kemampuan pemilikan rumah berdasarkan gaji bersih semasa anda.

hl-620x100-bm

Bagaimana dengan bayaran pendahuluan?

Semuanya tidak berkisar tentang ansuran bulanan sahaja – kos terbesar dalam pembelian rumah ialah bayaran pendahuluan ke atas hartanah iaitu sebanyak 10%. Tapi bukan sekadar itu sahaja.

Pembeli rumah kali pertama mungkin tidak tahu tentang ini; tetapi pembelian dan pembiayaan sebuah rumah bukan sahaja melibatkan bayaran pendahuluan dan pinjaman sahaja. Terdapat pelbagai yuran serta caj lain yang terlibat. Di bawah adalah anggaran* yuran dan caj yang mungkin perlu ditanggung:

1) Duti setem untuk pemindahan hakmilik (juga dikenali sebagai Memorandum of Transfer atau MOT)
  • 1% untuk jumlah RM100,000 yang pertama
  • 2% ke atas RM400,000 yang seterusnya
  • 3% ke atas jumlah berikutnya
2) Perjanjian Jual Beli (SPA) – Yuran guaman
  • 1% untuk jumlah RM150,000 yang pertama
  • 0.7% ke atas baki hartanah yang bernilai di bawah RM1 juta
3) Stamping untuk SPA – Kurang dari seratus Ringgit
4) Yuran guaman pembayaran keluar pinjaman SPA – Beberapa ratus ringgit
5) Yuran guaman perjanjian fasiliti pinjaman
  • 1% untuk jumlah RM150,000 yang pertama
  • 0.7% ke atas baki hartanah yang bernilai di bawah lingkungan RM1 juta
6) Duti setem untuk pinjaman – 0.5% dari jumlah pinjaman
7) Yuran guaman pembayaran keluar pinjaman untuk Perjanjian Fasiliti Pinjaman – Beberapa ratus Ringgit
8) Yuran pemindahan hakmilik – Beberapa ratus Ringgit
9) Mortgage Reducing Term Insurance – Anggapnya sebagai insurans hayat untuk pinjaman perumahan anda. Ia boleh mencecah sehingga RM1,000 atau lebih, tapi ini mungkin berbeza untuk bank berlainan.
10) Cukai Kerajaan ke atas Perjanjian – 6% dari yuran peguam
11) Yuran pemprosesan pinjaman bank – RM200

*Nota: Yuran dan caj adalah anggaran berdasarkan nombor yang disyorkan serta nilai purata industri. Angka sebenar mungkin berbeza.

Untuk melihatnya dari sudut perspektif, sebuah rumah yang bernilai RM400,000 dengan margin pembiayaan sebanyak 90% mungkin akan mengenakan yuran dan caj sehingga RM20,000 – di mana kos ini perlu ditanggung oleh anda, iaitu pembeli.

Ianya adalah dinasihatkan supaya anda mempunyai wang lebih selain daripada wang yang diperuntukkan untuk bayaran pendahuluan sebanyak 10% sebelum anda membuat apa-apa keputusan untuk membeli hartanah.

Ya, saya sudah bersedia!

Setelah anda cukup bersedia dan yang paling penting, telah jumpa rumah idaman anda, inilah masanya untuk mencari pinjaman perumahan yang menawarkan kadar yang paling kompetetif. Kebanyakan orang terus mengambil pinjaman perumahan yang ditawarkan pertama kali kepada mereka dan tidak meluangkan masa untuk melakukan perbandingan dan penyelidikan lanjut.

Melalui kalkulator pinjaman perumahan iMoney, anda boleh bandingkan kadar dengan mudah dan pohon di atas talian tanpa sebarang kos tambahan. Dengan khidmat perundingan percuma, pembeli rumah kali pertama akan mempunyai keyakinan yang mereka melakukan keputusan kewangan yang betul apabila membeli rumah baru mereka.

Sumber: www.imoney.my
 

THE LIGHT Waterfront @ IJM - Future of Green Building in Penang

Perkongsian dari seorang kawan abe yang berjaya memiliki rumah di The Light Waterfront  @ Penang Island. Kat mana rumah kondo mewah nie? Senang je, kalau lalu Jambatan Pertama dari Butterworth ke Penang Island, sebelah kanan nak sampai pulau, nampak kondo mewah betul-betul tepi pantai. Harga confirm memang dah enam (6) angka... antara sekitar RM1.5 juta hingga RM4 juta..



 
















 






antara free gift yg customer dapat bila beli kondo mewah nie.. hehe



JJCM Abe @ Warung Pak Su Mee Ketam Kuala Juru


Date : 13 Mei 2014
Time : 1:30 petang
Place : Warung Pak Su Mee Ketam Kuala Juru, Penang
Info : Alhamdulillah, kelmarin abe sempat singgah makan ketam di Warung Pak Su.. first time datang sini dgn family.. jarak dari rumah abe lebih kurang 16-20 km.. memang terbaik tempat dia, car park pun hampir penuh.. kebetulan hari public holiday (Wesak Day).. ape2 terbaik dari segi rasa, segar & tak lupa juga harga dia.. hehe... biasa la sekali sekala kan..


 hari khamis tutup... ingat tu...

mee udang & ketam, nasi goreng udang & ketam.. nasi putih pun ada..

one of my favourite food, kerang bakar.. hehe..

main dish... seekor harga ketam, RM13... pandai2 la kira smuanya..

udang walaupun saiz sederhana, tetapi rasa dia mmg menjilat jari....

Bantal Sejuk Cool Fever Abe


Produk ini dihasilkan oleh bahan cecair ubat tradisi, tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang menyakiti badan kita dan permukaan bantal adalah anti bakteria.

Fungsi utama bantal sejuk kesihatan ialah mengurangkan kepanasan badan yang disebabkan lebih makan barang gorengan atau pedas. Kesibukan harian menyebabkan keletihan badan, tekanan sosial atau pekerjaan yang menyebabkan sakit kepala, kekurangan tidur, sembelit, kesakitan otot-otot, pinggang, tangan, kaki dan bahagian leher.

Bantal ini juga boleh menolong mengubati tekanan darah tinggi dan mengurangkan sakit-sakit sengal. Bantal sejuk kesihatan ini tidak boleh dijemur dibawah matahari dan perlulah dijauhi daripada benda tajam.

 

Fungsi :
Sejak ianya dikeluarkan, banyak kegunaan telah dibuktikan dan keberkesanannya. Diantara fungsi-fungsi dan kegunaanya adalah:


1. Mengatasi perjalanan darah disamping memperkuatkan daya tahan serangan penyakit.
2. Mengatasi keletihan dan ketenangan badan kita.
3. Mengatasi kesusahan tidur dan tekanan sosial yang menyebabkan kesakitan kepala.
4. Kesibukan harian menyebabkan kesakitan otot-otot di tengkok, pinggang, kaki dan tangan.
5. Menolong mengubati tekanan darah tinggi dan sakit sengal atau sendi-sendi..

 

Ciri-ciri:
Cecair merupakan air garam bukit dan herba, ianya dan mudah di bawa ke mana-mana.

Siapa yang sesuai memakainya?

Amat sesuai untuk semua peringkat umur .. kanak2, Remaja , Dewasa.

Cara-cara penggunaan:

Letakkan di kepala : Susah tidur, sakit kepala, keletihan, ketenangan dan tekanan darah tinggi.

1. Kesakitan otot-otot pinggang, tengkok, kaki tangan dan bahu, letakkanlah di bahagian-bahagian yang perlu.
2. Wanita yang hamil dan penyakit asma, gunakan dibahagian kaki sahaja.
3. Bantal ini perlulah dijauhi daripada dijemur dibawah matahari, benda-benda panas, benda tajam dan api.

Berfungsi seperti "Cool Fever" mampu menyerap kepanasan badan , Sakit Kepala seperti Migrain.  



Nak order: Jangan segan2 singgah di website ni:


 

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...