Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Showing posts with label My S3. Show all posts
Showing posts with label My S3. Show all posts

Abe Lawat Kawasan @ Casa Moderna Bertam

Alhamdulillah..setelah hampir 6 bulan, hari ni abe & keluarga pergi melawat kawasan rumah baru di Bertam, Kepala Batas.. boleh dikatakan hampir 95% sudah siap..




Clean Pro Self-Service @ Taman Sri Serdang

bersih dan selesa..

 harga mampu milik..hehe

terdapat pilihan 9kg (RM4.50), 14kg (RM6.00) & 25kg (RM10.00).. 

mesin "tukar duit syiling".. 

mesin pengering (dryer) sebelah atas (RM4.00).. 

kerusi urut pun ada..hehe

Dr OT: Self-Education in PhD & Kindergarden

self education dalam fotografi..

Ingat tak apa yang kita semua buat selama 15 tahun dari TADIKA sampai undergraduate? Mak ayah kita bergolok bergadai beli buku, beli buku latihan, hantar tuisyen, masuk kem teknik jawab soalan  past year .... diberikan nota dan homework, kitapun hafal, buat nota ringkas, cuba faham dan keluarkan semula dalam exam. Bermula dengan kuiz, ujian dan trial…. Peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan seterusnya. Kita hanya disuapkan dan itulah cara kita belajar.

Bila kita mula mendaftar utk membuat PhD, maka kitapun cuba buat cara yang sama... sebab  itu sahaja cara yang kita tahu. Oleh kerana tiada nota, tiada buku specific untuk dibaca....dan past year questions.... so kitapun mengharapkan coursework untuk membantu kita memahami dunia penyelidikan dan penulisan thesis. Lazimnya walaupun selepas 2 semester mengikuti coursework, kita terus blurr kerana isi kuliah masih lagi diberikan secara umum termasuklah research methodology.

Abih camno?

Aku ingin menyorot kembali pengalaman aku menghantar anak aku ketika itu baru masuk 4 tahun bertadika di Campbell Town Preschool, Adelaide, Australia, semasa aku berkesempatan belajar disana pada 2004.   Kenapa di Adelaide? TADIKA kat Malaysia tak ada ker nak bagi contoh? 


Bukan tak ada tapi kanak-kanak TADIKA kat Malaysia selalunya bawa balik homework sebab ada test.... malah diberikan markah.... sehingga mak bapak berlumba2 dan bersaing utk anak mereka dapat markah 100 dalam semua subjek di TADIKA.... malah ada hari graduasi dan penyampaian hadiah pelajar terbaik..... Jadi anda baca dulu kenapa aku ambil TADIKA di Adelaide sebagai contoh... bukan TADIKA di Malaysia….kerana ada sesuatu yang aku ingin kongsikan iaitu konsep SELF-EDUCATION !

Berikut empat dari pelbagai aktiviti self-education yang aku masih ingat kerana anak aku bercerita mengenainya ketika berada di TADIKA untuk dijadikan contoh iaitu Temasya Olympic, Hari Pos Sedunia, Hari Polis dan hormati haiwan. Banyak lagi aktiviti yang lain tu tapi aku dah tak berapa nak ingat.... maklumlah dah otai....

Temasya Olympic:
Anak aku selama seminggu sibuk dengan temasya Olympic (masa tu Olympic Athen 2004) seperti menyiapkan bendera negara bertanding, medal dan sediakan kawasan pertandingan. TADIKA tersebut dilanda demam olympic  sehingga anak aku secara tidak lansung tahu apa itu olimpic dan kenapa ia berlansung. 

Selama seminggu anak aku bercakap pasal olympic dan terlibat dalam sukan yang dipertandingkan. TADIKA tempat anak aku belajar bertukar menjadi gelanggang Olympic. Anak aku belajar secara indirect apa itu olympic dan semua yang berkaitan dengan olympic ....secara self-education tanpa perlu membuka buku atau menulis dan menghafal apa2. Balik jer rumah anak aku bercerita tentang olympic  !!

Hari Pos Sedunia:
Satu hari anak aku bertanya ada tak postman hantar surat. Aku ingat anak aku buang tabiat. Rupa2nya memang anak aku menunggu surat dari postman. Akupun hairan, bila pulak ada org hantar surat kepada anak aku yang baru 4 tahun di Adelaide pulak tu. 


Then selang sehari, memang sampai satu surat atas nama anak aku.... Rupanya di TADIKA anak aku menulis surat utk diri sendiri, kemudian dia dan kawan2nya dibawa ke pejabat pos berdekatan, beratur membeli stem, dan melekatkannya sendiri di sampul surat then ramai2 berjalan ke letterbox utk  memasukkannya ke dalam peti surat. Sekali lagi berlakunya SELF-EDUCATION, anak aku faham bagaimana surat diposkan selama ini. Dan paling penting dia sgt excited sebab dapat surat sendiri – tak ubah macam Mr Bean !!

Hari Polis:
Pada hari tersebut, datang satu kereta peronda police (yang telah dijemput oleh TADIKA) dan semua kanak2 keluar bermesra dengan police sambil explore kereta peronda tersebut. Balik jer dia kata “Constable Hill came today… he is a goooood policeman” Sekali lagi berlakunya SELF-EDUCATION  bila anak aku memaklumkan bahawa polis menjaga keamanan dan polis baik2 semuanya (bukan menakutkan kita spt yang mak2 kita ajar dahulu). 

Salinan xerox photo anak aku bersama peronda polis yang masih aku simpan... (anak aku 3 dari kiri...)

Hormati haiwan:
Ada satu hari datang sebuah mini zoo bergerak (van yang bawa beberapa haiwan dari zoo of Adelaide) ke TADIKA. Anak-anak diajar menyayangi haiwan, cara memegang haiwan seperti rabbit and blue tongue lizard. Balik jer rumah anak aku akan kata macam ni lebih kurang “don’t tap the cage cos it will scare the animal and make them stress…”  Inilah SELF-EDUCATION. Banyak contoh yang mengajar anak-anak memahami dunia ini bukan melalui exam.

Apa kaitan dengan PhD? Peringkat PhDlah sepatutnya berlakunya SELF-EDUCATION secara ketara kerana tiada “exam” sepanjang anda siapkan research dan thesis. 

Aku tak bermaksud nak bandingkan TADIKA dengan PhD tetapi konsep SELF-EDUCATION itu sangat releven dengan calon PhD dan master. Kalau di TADIKA, object yang dipelajari dibawa kepada kanak-kanak tetapi bagi calon PhD, anda sendiri perlu mencarinya... saya ulang.... perlu mencarinya sendiri !! Inilah yang membezakan anda sebagai calon PhD dan pelajar TADIKA !!  

Kecanggihan era wifi dan komputer membolehkan self-education berlaku dengan lebih mudah.  Aku tak boleh bayangkan apabila ada pelajar atau calon master dan PhD bertanya soalan seperti....

Apa beza kajian quali dan quanti?
Camner nak tahu normality sesuatui data?
Betul ker cara aku tulis dapatan t-test aku?

Apa yang disoal mudah diperolehi dan difahami dari pelbagai sumber on-line.... kenapa tak explore dan lakukan self-education? Jika anda search t-test sahaja anda boleh dapat jutaan bahan untuk dibaca.  Jika anda juga masih bergantung kepada SV dan takut nak mulakan sesuatu, anda  belum layak menjadi calon PhD. 

Anda perlu memulakan pembacaan yang intensive dan extensive sebelum penulisan… …. dan hanya berjumpa SV untuk review apa yang anda buat berada pada landasan yang betul, dan ketahuilah ada bahagian tertentu yang  anda buat dan faham maybe tidak pernahpun dibuat apatah lagi difahami oleh SV anda. 

Jika anda gagal melaksanakan SELF-EDUCATION... terlalu mengharapkan dan menunggu SV utk memimpin tangan anda dari awal menulis proposal sehingga siap thesis anda, maka anda meletakkan diri anda lebih rendah dari kanak-kanak TADIKA !! Emmm.....

Shamsuddin Kadir: "Nanti apa kata orang?"

gambar hiasan.. hehe


Dari kajian yang kami buat, majoriti orang yang lebih banyak duit ataupun orang yang tidak banyak berbelanja adalah orang yang tidak suka ikut gaya hidup orang lain. Di mana mereka berbelanja mengikut apa yang mereka fikirkan yang memberi manfaat kepada mereka, bukan kerana ingin mendapat perhatian orang lain.

Manakala, majoriti orang yang menanggung bebanan hidup yang berlebihan, adalah orang yang hidup dengan kata-kata keramat di bawah:

"Nanti apa kata orang?"

Apa sahaja yang ingin dilakukan, dinilai dahulu nanti apa kata orang lain.

Sehingga, sekarang sudah ada orang merasakan malu untuk tidak membeli kuih raya bagi dihidangkan kepada tetamu walaupun ketika itu tuan rumah sebenarnya tidak ada duit yang berlebihan.

Kini, bertambah-tambah anak-anak muda berkahwin dengan mengambil pinjaman peribadi supaya majis perkahwinan nanti di buat selepas mengambil kira 'nanti apa kata orang lain'.

Kini, bertambah-tambah orang yang menukarkan perabot rumah, langsir ketika raya, kerana risau nanti apa kata orang lain.

Kini, berlumba-lumba sebahagian ibu bapa mengejar anak-anak mereka supaya mendapat 5A UPSR takut nanti apa kata orang lain, kalau anak mereka tidak dapat 5 A. Walaupun sudah terdapat banyak sangat kajian yang mengatakan ciri-ciri orang yang berjaya dalam kehidupan mereka kelak, bukannya orang yang mendapat semua A di dalam peperiksaan.

Kini, bertambah-tambah orang menukarkan handfon bagi mendapatkan 'smartphone' takut nanti apa kata orang lain, walaupun handfon lama masih elok dan tiada keperluan menukarkan yang baru.

Kini, berlumba-lumba sebahagian rakyat yang menukarkan kereta 1 - 2 bulan sebelum perayaan, takut nanti apa kata orang apabila masih pakai kereta yang sudah lama.

Hidup ini kosnya tinggi, apabila kita ingin hidup dengan perasaan takut nanti apa kata orang lain.

Lain sekolah, lain pula ajarannya. Hormati perbezaan.

Jalan-Jalan Dengan Sepupu @ Bukit Bendera


Date : 1 Disember 2012
Time : All Day Long
Place : Bukit Bendera
Info : Abe, adik2 abe & sepupu2 abe (paksu abe sebelah abah) sempat pergi jalan-jalan di Bukit Bendera.. kalo depa xmai, mmg abe & adik2 xmai sini la setelah sekian lama..dulu dah mai dah.. tp masa kecik2 la dgn abah & mama.. mmg dah lain sgt la Bukit Bendera skrg ni.. hehe

tunjuk MyKad, dapat harga tiket, RM8.. 



Penang Hill Mosque


tu la gambar kereta api baru Bukit Bendera..

Day 4: Travel Abe @ Langkawi November 2012


Date : 16 November 2012
Time : All Day Long
Place : Durian Perangin Waterfall – Tg Rhu – Pasir Hitam – Cable Car, Gunung Mat Cincang – Pantai Kok
Info : Abe & Pali sempat pusing satu pulau Langkawi dengan menaiki kereta yg ktorg sewa.. ktorg sempat breakfast kat air terjun.. mmg sempoi la mkn nasi dkt air terjun.. hehe pastu ktorg pergi Tanjung Rhu, Pasir Hitam & last skali naik cable car yg terletak di Gunung Mat Cincang… yg ni je berbayar, RM 15 (MyKad holder price).. yg lain tadi, semua free.. hehe

abe di Durian Perangin Waterfall..


abe di Tanjung Rhu..

abe di Pasir Hitam..



abe di Kaki Gunung Mat Cincang..



terasa macam kat Korea la plak..

suasana yang mendamaikan..

sedang menunggu giliran utk menaiki cable car..

sampai jugak..buat kali kedua..

sky bridge masih under construction.. :(

you are now at 700M above sea level.. 


sebelum balik hotel, pekena dulu pessembur di Pantai Kok..

Day 3: Travel Abe @ Langkawi November 2012


Date : 15 November 2012
Time : All Day Long
Place : Underwater World – Taman Agro Mardi – Pemandangan Indah – Uptown Langkawi
Info : Pagi ini abe bertolak dari One Helang Hotel ke Underwater World di Pantai Cenang.. alhamdulillah, cuaca sangat baik hari ini… selepas sarapan pagi.. kami semua bertolak dengan kereta sewa (kancil) yang kami tempah…perjalanan dari hotel ke Underwater World ambil masa 30 minit lebih kurang… tiket masuk ke Underwater World adalah RM 28 (dewasa).. lepas tu, ktorg hantar Ivan ke airport utk flight dia pukul 1.. so, petang tu abe dgn Pali pergi jln2 di Taman Agro Mardi.. mmg puas hati sebab dgn tiket masuk RM 5 (tunjuk MyKad utk dpt harga ni), ktorg blh mkn puas2 buah2an yg diorg sediakan.. lepas tu, ktorg balik hotel & mlm tu ktorg jln2 di Uptown Langkawi..



happy feet...






percuma je... sila la makan..

alhamdulillah... fresh sungguh buah2an kat sana..

perghh... mmg besar belimbing ni...

 Pali pun tak tahan...

bro ni mmg kreatif.. 

si kembar abe yg hensem..

anggur hijau pun ada..

uptown Langkawi yg terletak di pekan Kuah..

jom try Aiskrim Goreng Coklat..

Chicken Chop Langkawi..

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...