Nuffnang
Antara Gambar Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011
p/s: Ini bukan blog politik, hanya sekadar berkongsi gambar dgn pembaca blog abe ttg Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011..
Cuti Umum 7 Julai Sempena Hari Warisan Georgetown
GEORGETOWN: Kerajaan negeri mengisytiharkan cuti umum pada 7 Julai sempena Hari Bandar Warisan George Town di negeri ini, menurut Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Zainal Rahim Seman.
Beliau berkata, cuti umum ini sebagai meraikan hari pengisytiharan Bandar George Town sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai tahun lalu.
"Penetapan 7 Julai sebagai Hari Cuti Umum ini telah diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 17 Disember 2009 dan Surat Pekeliling mengenai perkara ini telah dikeluarkan kepada semua Ketua Jabatan, Agensi Persekutuan dan Negeri serta Ketua Pengarah Pelajaran bagi memaklumkan perkara itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, surat pekeliling yang sama juga telah dihantar kepada Persatuan Pekilang-Pekilang, Persatuan Bank-Bank, Persatuan Hotel-Hotel, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan juga pertubuhan parti politik di negeri ini.
Zainal Rahim berkata, bagaimanapun hari kelepasan am itu tidak menjadi “cuti berbayar” mengikut Seksyen 60D (1)(a) Akta Pekerjaan (Akta 265) kecuali jika majikan bersetuju berbuat demikian dengan pekerja mengikut Seksyen 60D(1A) Akta 265.
Akta itu menetapkan bahawa empat hari iaitu Hari Jadi Yang Dipertua Negeri, Hari Jadi Yang di-Pertuan Agong, Hari Kebangsaan dan Hari Buruh mesti diiktiraf oleh majikan daripada 10 hari cuti awam di mana baki enam hari lagi adalah atas budi bicara majikan.
"Walaupun cuti umum itu tidak mewajibkan semua majikan mematuhinya, namun kerajaan negeri berharap majikan dapat memberi kerjasama dengan memberi kelepasan am bagi memberi peluang kepada pekerja mereka mengambil bahagian meraikan sambutan Ulang Tahun Pengiktirafan Bandar Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia yang dianjurkan kerajaan negeri," katanya. - BERNAMA
Kenyataan Rasmi dari KFC Berhubung Isu Ayam Di Tapak Kasut
Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.
Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.
Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.
KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.
Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.
Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd
Video: Sapu Ayam di Kaki Sebelum Dimasak

SEBUAH video panas dihantar oleh salah seorang pembaca MiLo SuaM. Video ini merakamkan aksi kurang ajar salah seorang staff restoran makanan segera Kentuky Fried Chicken, KFC yang tidak disiarkan lokasinya.
Rakaman video ini menunjukkan bagaimana staff tersebut menyapu ayam mentah yang sudah dilumur dengan tepung ke tapak kasut sebelum dipercayai akan dimasak atau melalui proses seterusnya untuk dijual kepada para pelanggan.
Diharap pihak pengurusan KFC Holding mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kualiti Ayam Goreng KFC yang mahal harganya terus terjamin, Halal, Sedap dan Bersih.
ReJaM© "Patut kena pasang CCTV, barulah pekerja kurang ajar ni takut nak buat jahat"
source: milosuam.blogspot.com
Syabas! Malaysia Ke Pusingan Kedua
KUALA LUMPUR - Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan sekalipun tewas 2-3 kepada Taiwan, semalam.
Dengan agregat yang terikat 4-4, dua gol yang dijaringkan di Stadium Perbandaran Taipei sudah cukup untuk meletakkan skuad Harimau Malaya menempah pertemuan seterusnya dengan Singapura pada 23 Julai ini.
Anak-anak buah Datuk K. Rajagobal bakal menentang pasukan jiran di Singapura dalam aksi awal manakala perlawanan kedua dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai ini.
Perlawanan semalam, menyaksikan skuad senior kebangsaan tumpas buat pertama kali sejak menjuarai Piala Suzuki AFF pada tahun lalu.
Kekalahan itu wajar dijadikan satu pengajaran berguna buat barisan pemain Malaysia memandangkan lawan yang bakal mereka tentang selepas ini bukan calang-calang pasukan.
Ketika ditemu-ramah oleh Astro Arena, Rajagobal berkata, walaupun skuad kebangsaan berjaya ke pusingan kedua, namun, beliau masih tetap tidak berpuas terhadap persembahan yang dipamerkan anak-anak buahnya.
"Memang kita layak tetapi saya tidak berapa puas hati dengan persembahan mereka. Namun, bukan secara keseluruhan kerana ada masanya pemain kita bermain baik.
"Saya dapat lihat mereka mampu serang dengan baik tetapi masih banyak yang perlu diperbaiki" katanya.
Sementara itu, pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Subahan Kamal pula memberitahu, kekurangan yang masih dimiliki oleh para pemain Malaysia ialah fizikal mereka.
"Fizikal juga amat penting kerana selain mental dan taktikal kita memerlukan kekuatan fizikal. Sebab itu, saya berasakan pendedahan bermain dengan pasukan gergasi seperti Arab Saudi, Bahrain dan Jordan diperlukan oleh skuad Malaysia," ujarnya.
Apa yang penting selepas ini, Rajagobal perlu segera mencari 'tonik' baru bagi memastikan pemain-pemain bimbingannya bersedia menghadapi cabaran Singapura.
Pertemuan kedua-dua negara jiran itu yang disifatkan sebagai pertembungan dua musuh tradisi sudah pasti menghidangkan satu perlawanan menarik yang menyaksikan kekuatan seimbang 50-50.
Singapura yang mendapat sentuhan jurulatih Serbia, Radojko Avramovic turut diperkuatkan dengan barisan 'awang import' yang diberi status kewarganegaraan.
Antara pemain tersebut ialah Goncalves dari Brazil, pemain kelahiran Croatia, Mirko Grabovac, Itimi Dickson dari Nigeria dan pemain Yugoslavia, Aleksandar Duric.
Kali terakhir Harimau Malaya bertemu Singapura pada 29 November 2008 di Stadium MPPJ, Kelana Jaya menerusi perlawanan persahabatan yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2.
Pada perlawanan semalam, skuad kebangsaan mendapat sepakan percuma apabila kapten, Safiq Rahim dijatuhkan dan pemain pertahanan Aidil Zafuan Abd. Razak tidak mensia-sia peluang meledakkan gol sulung hasil jaringan cantik pada minit ke-7 menewaskan penjaga gol Taiwan, Lee Po Cheng.
Gol penyamaan diperoleh tuan rumah menerusi Chang Han yang mengambil kesempatan kekalutan yang berlaku di depan pintu gol skuad negara untuk menolak masuk dengan kaki kirinya pada minit ke-30.
Namun, jaringan itu tidak mematahkan semangat para pemain kebangsaan apabila Malaysia sekali lagi berjaya membolos gawang tuan rumah menerusi Safiq yang menggegarkan pintu gol Taiwan untuk meletakkan Malaysia di depan 2-1.
Taiwan yang mendapat sokongan padu penyokong tempatan, meraih gol penyamaan pada minit ke-44 melalui Che Po Liang yang menyempurnakan sepakan penalti setelah Mahali Jasuli menjatuhkan pemain tuan rumah.
Tuan rumah yang terdesak mencari dua lagi gol, sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil Vietnam, Goh Minh Tri apabila pertahanan Malaysia, Fadhli Shas menjatuhkan pemain lawan, namun rembatan yang diambil Po Liang kali ini berjaya diselamatkan Sharbinee pada minit ke-61.
Ingauan buruk berterusan menimpa skuad kebangsaan, setelah pengadil yang dilihat berat sebelah kepada Taiwan buat kali ketiga menghadiahkan penalti yang mudah disempurnakan oleh Xavier Tsan pada minit ke-74 untuk mengatasi dengan keputusan 3-2.
Sumber:- Utusan Online
Jom Layan Durian Balik Pulau
Date : 1 Julai 2011
Time : 7.15 p.m
Info : Ptg tadi.. abe dan famili dapat pekena Durian Balik Pulau… Nyum nyum sedapnya rezeki Allah berikan kepada manusia.. Ergh Alhamdulilah.. Kenyang sampai ke ke tengah mlm..
Kuning Keemasan...
dapat wat Pulut Durian, sedap jugak nie...
Fresh....
Terbaik punyer...
GSB Tagline Competition 2011
The Graduate School of Business is looking for an official tagline.
In our endeavour to become a sustainable business school, we invite our
stakeholders to suggest the most appropriate TAGLINE that will reflect GSB's
identity, image and branding.
Tagline criteria to be observed:
1) Not more than FIVE words in total
2) Simple but creative and meaningful
3) Reflect GSB's identity (sustainable business school)
4) Good selling point
Entry rules to be observed:
1) Each contestant can submit only ONE entry
2) Each entry can propose from one to five tagline suggestions only
3) Once an entry has been submitted, any other subsequent entries by the
same contestant will not be evaluated.
4) Use only the attached Entry Form for submission
5) Submissions are open now until 30 July 2011
6) All entries will be evaluated by our Industry Advisory Panel
7) The winner will receive a token of appreciation
8) Submit entry via email to: fazril_ezwan@usm.my
Thank you.
Jom Semak Status Daftar Pemilih Kita

Anda boleh mengesahkan sendiri bukti ini. Sila semak di website daftar pemilih SPR dengan memasukkan nombor-nombor kad pengenalan di bawah ini. Rujuk sini [Daftar Pemilih]
source: milosuam.blogspot.com
Subscribe to:
Posts (Atom)





















