Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Dengan Siapa Saya Haram Bersalam


Sumber: Facebook

Isteri Terpelajar Masuk Dapur? Kolotkah itu?

Gambar Hiasan

Oleh: Saiful Nang

Artikel ini saya tulis dengan penuh emosi kerana ia melibatkan orang yang rapat dan saya kenali. Ayah dan arwah ibu saya mungkin bukan orang terpelajar. Emak sekolah curi-curi intai dari tepi tingkap sampai darjah tiga dan tidaklah sampai ke peringkat pandai membaca, hanya sekadar kenal huruf jawi juga huruf rumi tapi tidak pandai membaca sampai hari terakhir arwah emak di dunia. Ayah pula belajar sampai darjah 6 tapi bukanlah seorang pelajar yang baik kerana telahpun bekerja di ladang kopi dari umur 7 tahun lagi.


SOAL PILIH JODOH / MENANTU

Kalau nak ketawa, silakanlah tapi ayah dan arwah emak saya mengamalkan cara tradisional dalam memilih menantu. Ada 2 kriteria utama yang akan dilihat secara keutamaan pada nombor 1 kemudian yang ke-2. Ibu bapa mana yang tak mahu anaknya bahagia. Kriteria pertama kami 4 beradik lelaki akan memperkenalkan pasangan pilihan kami pada ibu bapa kami dahulu. Kes isteri saya, selepas sudah bertunang barulah dapat diizinkan ibu mertua saya untuk bawa isteri saya ke Pahang untuk diperkenalkan pada ibu bapa saya. Alhamdulillah, kriteria pertama dan kedua menepati dan ibu saya sangat sayang dan selesa sekali dengan calon isteri pilihan saya.


Kriteria pertama ialah BERTUDUNG. Walaupun isteri saya bertudung litup, saya pernah juga argue pada ibu bapa saya, terima sahajalah calon yang saya bawa walaupun tidak bertudung, boleh jadi hidayah akan sampai selepas berkahwin nanti. Rupanya, kini saya sedar dan saya silap. Rasionalnya ialah, jika seseorang yang bertudung itu adalah satu gambaran luaran sebelum mengenali hati budi bahawa bertudung itu adalah ciri-ciri seorang wanita yang menjaga kehormatannya dan pastinya selepas berkahwin akan terus menjaga kehormatannya juga maruah suaminya. Secara rasional, pastinya ibu bapa saya tidak mengenali calon isteri yang saya pilih kecuali dinilai dari pandangan pertama. Di sini isteri saya Alhamdulillah melepasi kriteria yang diberi. Bukan sekadar bertudung, pakaiannya juga tidaklah ketat sehingga menampakkan susuk tubuh dan tudungnya pula tidaklah seperti tudung Siti mahupun "Kak Rosmah" kita.


Walaubagaimanapun, sebelum itu, calon isteri yang abang saya bawa tidak menepati kriteria ini. Ibu dan ayah saya tetap positif untuk mempertimbangkan kriteria kedua iaitu...PANDAI MEMASAK.Kakak ipar saya yang gagal menepati kriteria pertama masuk ke peringkat ke-2 dan Alhamdulillah, kakak ipar saya memang seorang wanita yang pandai memasak.


Saya juga pernah argue perkara ini. "Alaa emak dan ayah ni, orang sekarang semua dah ada kerjaya, makan dan minum semua kat kedai jer yang penting hidup cukup makan sudah lah".Ayah saya menjawap "Nanti engkau tahu lah..." dan tidak mengulas panjang. Rupanya kini saya faham, jika calon isteri yang dipilih itu pandai memasak, pastinya telah didik untuk memasak dan memenangi hati Si Suami. Jika untuk survival, saya tak fikir ada wanita yang akan memasak sendiri kecuali berada di luar negara, itupun kerana tiada pilihan. Maka dengan itu, kriteria kedua ini hanyalah satu petanda bahawa seorang calon isteri itu telah dididik untuk mengurus rumahtangga. Selebihnya seperti kerja mengemas rumah, mengasuh anak itu pastinya akan dinilai dari cara memasak, penyusunan, kebersihan dan juga susunan rasa yang dicipta dalam makanan itu sendiri.


Kakak Ipar saya berjaya dapat A untuk ini. Sementara isteri saya pula tidak diuji di peringkat ke-2 ini kerana telah lulus cemerlang di peringkat pertama. Cuma sekadar emak dan ayah mengusik mesra mengatakan "Saiful ni suka makan kat rumah, dia tak suka makan kat luar...Intan kenalah memasak nanti"


Intan : Gulppp.... (Senyum sahaja)

Saya : (Senyum jer dalam hati berkata...perlu ke nak memasak?)


Isteri saya orang terpelajar. Sekolah tinggi sampai ke peringkat Ph.D di universiti terbaik dunia di Cambridge University, United Kingdom. Dalam hati saya, saya kurang percaya dan bukanlah satu keperluan untuk saya katakan isteri saya perlu memasak untuk saya nanti selepas berkahwin. Selepas kami berkahwin, selama setahun dapur kami hanya berasap ketika ibu dan ayah saya datang melawat. Arwah emak yang masakkan. Isteri saya tak memasakpun dan emak cuma sekadar mengusik sahaja..."Abang Saiful ni kurus jer dia, Intan kena masak ni bagi dia gemuk sikit" (Padahal ketika itu saya dah masuk dalam kategori awal overweight dah). Saya kurang teliti maksud sebenar kata-kata itu hanya sekadar menganggap itu satu gurauan sahaja.


Selepas ibu saya menghembuskan nafas terakhir, barulah saya sedar antara satu perkara yang paling besar saya hilang ialah masakan airtangan seorang ibu. Sehingga kini saya masih merasakan masakan ibu sayalah yang terbaik dan saya terfikir, apabila isteri saya nanti "pergi" apakah masakan itu tidak langsung menjadi satu ingatan anak-anak saya nanti jika kami meneruskan makan di luar sahaja. Chef ternama dunia yang masakannya pernah saya rasai kehebatannya masih belum dapat menawarkan rasa segar lidah saya memakan masakan arwah ibu yang telah lama pergi.


Selepas dari itu, saya membuat keputusan untuk mengurangkan makan di luar. Lalu, SAYA SENDIRI MEMASAK di rumah. Isteri saya setuju untuk saya memasak dan isteri saya akan mengemas. Kerana saya memasak memang style mamak. Ketung ketang ketung ketang....siap. Tapi dapur dan singki memang sangat huru hara saya buat. Selepas beberapa kali saya memasak di rumah, isteri saya mula turun tangan menolong memotong bawang dan menyediakan bahan. Tidak lama selepas itu, isteri saya mula mengambil inisiatif apabila saya mula lihat beliau mula memuat turun banyak resipi-resipi masakan dari internet. Itu sudah satu petanda bagus. Satu hari, saya pulang kerja saya lihat "DR. INTAN SALWANI, PH.D Cambridge University, Chem. Eng." (Jangan ingat ini nak tayang, tapi sekadar jadi contoh atau analogi golongan yang terpelajar) memasak di dapur. Saya tersenyum dan saya bangga dengan beliau. Masih lagi saya terasa lazatnya gulai MASIN yang beliau masak dan saya dengan senyuman terus memuji..."Sedapnya you masak...kalau hari-hari macam ni, i boleh jadi obes". Selepas beberapa hari isteri saya memasak. Saya bertanya..

"Intan, u masak ni pasal u sayang kat i kan?". Isteri saya menjawab..."Semestinya lah, tapi satu lagi kerana kalau u masak, dapur bersepah i kena buat kerja lebih dari i sendiri yang masak"

Saya : (Senyum...walaupun disindir).

Alhamdulillah, sudah lebih 5 tahun kami berkahwin, dan 50% makanan yang masuk dalam perut kami sekeluarga adalah adunan rasa yang dimasak oleh isteri saya sendiri di sebalik kesibukan kerja beliau sebagai seorang pensyarah kanan di UPM. Juga sibuk dengan urusan anak-anak dan kini mengandung anak kami yang ke-3 saya tahu itu semua satu yang kurang praktikal untuk isteri saya lakukan. Saya berkompromi dan tidak pernah memaksa isteri saya memasak untuk kami sekeluarga sekiranya beliau memang tidak larat. Tapi saya hormatinya semangatnya, kerana isteri saya masih menggagahkan diri untuk terus berkhidmat sebagai seorang ORANG DAPUR YANG TERPELAJAR. Juga seorang CIKGU untuk anak-anak saya dan bayaran yang saya berikan hanyalah mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi pada isteri dan anak-anak kami.


Sudah lebih 5 tahun, dengan kesibukan isteri saya juga tidak pernah pula saya memakai baju kemeja tidak diseterika atau pakai baju yang sama dan tidak berbasuh pada dua hari berturut-turut. Jarang sangat hari yang saya balik kepenatan di rumah tiada segelas air sejuk dihidang. Walaupun hanya air sejuk, rasanya sangat manis dengan senyuman isteri yang menghidangkannya. Semuanya diuruskan dan perkhidmatan isteri saya pada saya dan anak-anak adalah satu pengorbanan besar dan saya secara patut pasti akan membalas pengorbanan itu dengan pengorbanan dari diri saya sendiri untuk terus menyayangi isteri saya dan keluarga saya. Alhamdulillah, Kami saling berbagi kami saling faham memahami.


Saya minta maaf jika anda yang kurang sependapat dengan saya, tapi saya rasakan kasih sayang saya pada isteri saya kini jauh lebih hebat berbanding pada tahun pertama kami berkahwin. Saya seronok bila anak-anak menjerit dan melonjak seronok bila CHEF peribadi kami mengumumkan akan memasak menu kegemaran anak-anak kami. Saya sering mahu menitiskan airmata kerana saya melihat diri saya sendiri pada anak-anak saya apabila arwah ibu saya dahulu mahu memasakkan menu yang saya sukai. Saya masih terasa ia hanya berlaku semalam sahaja bila saya dijamu makanan kegemaran saya setiap kali saya balik ke rumah bercuti dari sekolah berasrama. Saya mula faham mengapa ibu dan ayah saya begitu menitik beratkan perkara ini. Jika memasak itu dapat diaturkan, disiplin dalam pemasakan itu juga membentuk rumahtangga ibu bapa kami.


Ibu dan bapa saya seumpama timur dan barat yang tidak sehaluan dalam banyak perkara. Mereka bertengkar hampir setiap hari tetapi tidak pernah sehingga ibu saya meninggal, ayah meninggalkan ibu saya tidur bersendirian. Gaduh, merajuk dan memujuk semuanya berlaku apabila ibu saya tetap tidak melupakan tanggungjawab memasak dan ayah saya akan balik semula dan berbaik di meja makan kami.


Sesibuk mana pun saya, saya sentiasa cuba meluangkan makan malam dan sarapan bersama sekeluarga. Saya kini jelas dan faham mengapa dahulu orang-orang lama meletakkan 2 kriteria di atas dalam memilih pasangan hidup. Rupanya ia bukanlah mengada-ngada tetapi ia masih praktikal pada zaman moden sekarang ini.


Betul orang tua berkata, pikat hati suami, menangilah perutnya dahulu. Ia kelihatan kelakar tetapi tidak sama hasil airtangan orang yang memikirkan laba dan untung berbanding penyediaan makanan yang dibuat secara terbaik oleh seorang ibu untuk anak-anak dan suaminya yang semuanya dimasak dengan teliti. Tidak perlu nasi tangas, tidak perlu pizza hut, tidak perlu makan di restoran mahal...jika ia datang dari orang yang kita sayang, makanan masin pun enak dikunyah.


Saya kembali pada fahaman tradisional orang lama. Saya kurang pasti anda juga begitu.  Jika saya masih lagi segar dan masih terasa di lidah mengunyah makanan ibu yang telah lama pergi, anak-anak saya juga pasti akan merindui masakan ibunya TIDAK KIRA SEJAUH MANA MEREKA BERADA nanti.


Makanan bukanlah satu perkara besar, tetapi ia seakan-akan satu pengikat kasih dalam rumahtangga. Semasa saya menaip ini, saya sedang merasakan kehebatan airtangan hidangan isteri walau hanya segelas air sejuk dan ada juga yang telah berumahtangga lama tetapi tidak pula merasakan apa yang saya rasakan. Rumahku, syurgaku.

Terima kasih ibu dan ayah yang telah memberikan kami satu pelajaran hidup yang sangat besar ertinya setelah pelajaran itu saya laluinya sendiri dan merasainya sendiri. Walaupun ayah dan emak tidak terpelajar, pada hari ini saya tetap bangga dengan emak dan ayah. Saya bangga dibesarkan oleh emak dan ayah walaupun dalam keadaan serba miskin, tetapi emak dan ayah tak pernah miskin kasih sayang. Sekarang apabila saya tanyakan kembali kenapa 2 kriteria itu jadi keutamaan, ayah minta saya jawap sendiri. Jika sudah mampu menjaga diri dan kehormatan diri pasti pandai menjaga maruah suami, pasti pandai menjaga suami. Jika suruhan Allah boleh dipatuhi, taat kepada suami juga adalah salah satu suruhan Allah yang seorang isteri perlu buat disamping solat dan puasanya, selebihnya isteri boleh ke syurga dengan mana-mana jalan yang dimahukan. Jika kriteria pertama BELUM dipenuhi, kriteria ke-dua menandakan isteri sudah bersedia untuk memberi perkhidmatan pada suaminya sebagai isteri yang taat. Pasti jika suaminya seorang yang beriman, kriteria pertama akan mudah diikuti jika itu dari seruan Si Suami. Contoh terdekat ialah kakak ipar saya sendiri yang lantas bertudung kerana suami (Abang sulong saya) mahukan aurat isterinya menjadi tatapan ekslusif beliau dan muhrimnya sahaja.


Ada logiknya dan sangat-sangat logik untuk difahami. Kini baru saya fahaminya mengapa orang tua berfahaman sebegitu tradisional. Rupanya ia untuk mewujudkan satu suasana syurga dalam rumahtangga dengan anak dan isteri menjadi bidadari-bidadarinya.


Jika anda rasa artikel ini baik untuk anda kongsikan. Jangan segan jangan malu...klik sahaja LIKE dan SHARE kan sahaja pada orang yang anda rasa baik untuk anda berkongsi.


Salam bahagia semua.


Sumber: facebook.com/saiful-nang

Keutamaan Hari Jumaat

Gambar Hiasan

Hari Jum’at memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis Nabi, diantaranya:

Pertama. Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya.

Kedua. Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga.

Ketiga. Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.

[3] Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة .

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.[HR Muslim, no. 854]

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu 'anhu dengan lafal:

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ .......

"Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jum’at ; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini pula hari kebangkitan"

[4] Keempat. Hari Jum’at merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى.

"Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari Jum’at). Maka hari (Jum’at) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani".[HR Muslim, no. 855]

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu dengan lafadz:

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ.

Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jum’at, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jum’at. Maka Allah menjadikan hari Jum’at, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk" [HR Muslim, no. 856]

Kelima. Pada hari Jum’at ini terdapat saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Ashar. Berdasarkan riwayat dari Abu Hurairah bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ.

“Sesungguhnya pada hari Jum’at ada saat-saat, iaitu seorang muslim tidaklah ia berdiri sholat dan meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya.” Lalu Beliau berkata,”Dan saat-saat tersebut adalah saat yang singkat.” [HR Muslim, no. 852] Dalam riwayat Jabir Radhiyallahu 'anhu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ. "

(Siang) hari Jum’at itu dua belas jam. Tidaklah didapati seorang hamba muslim pada saat-saat ini meminta sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya. Maka carilah pada akahir saat-saat tersebut setelah Ashar"

[5]. PERKARA-PERKARA YANG DISYARI’ATKAN PADA HARI JUM’AT Hari Jum’at, disamping memiliki keutamaan sebagaimana telah disebutkan di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan syari’at khusus untuk hari ini, yaitu;

Pertama : Sholat Jum’at. Mengenai sholat Jum’at ini akan dikupas beberapa hal berikut ini. a). Kewajiban menunaikan sholat Jum’at. Hal itu berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسَعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ.

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sholat pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [Al Jumu’ah: 9]

Kewajiban ini bersifat fardhu ‘ain atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali lima golongan iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh), orang sakit dan musafir. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat berikut. Dari Thariq bin Syihab dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الْجُمْعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِيْ جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةٌ: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ.

"(Shalat) Jum’at itu adalah wajib atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali empat (golongan) iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh) atau orang sakit" [6] Dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ

"Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) sholat Jum’at" [HR Ad-Daruquthni.II/4] b). Keutamaan menunaikan sholat Jum’at. Tidaklah syari’at memerintahkan suatu perkara, melainkan diiringi dengan janji berupa balasan kebaikan, keutamaan dan pahala sebagai pendorong bagi orang-orang yang mau menunaikan perintah tersebut. Diantaranya, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَخْلُوَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ.

"Barangsiapa mandi (wajib) kemudian mendatangi (sholat) Jum’at, lalu ia sholat –sunnat- (sebelum imam datang) sekuat kemampuannya, kemudian diam seksama (mendengarkan imam berkhuthbah) sampai selesai dari khutbahnya, lalu sholat bersamanya, maka akan diampuni (dosanya) antara Jum’at tersebut dengan Jum’at lainnya (sebelumnya) ditambah tiga hari". [HR Muslim, no. 857] Dalam hadits yang lain Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ.

"(Antara) sholat lima waktu, Jum’at ke Jum’at dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar." [HR Muslim, no. 233] c). Ancaman terhadap orang yang meninggalkan sholat Jum’at. Disamping menjelaskan tentang keutamaan menunaikan sholat Jum’at, syari’at juga menjelaskan ancaman terhadap orang-orang yang meninggalkan sholat Jum’at kerana meremehkannya. Dalam hal ini terdapat beberapa hadits dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, diantaranya: Sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوْبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُوْنُنَّ مِن الْغَافِلِيْنَ.

"Sungguh hendaknya orang-orang itu berhenti dari meninggalkan sholat Jum’at atau (kalau tidak maka) Allah akan mengunci hati-hati mereka kemudian mereka akan menjadi orang-orang yang lalai."[ [HR Muslim, no. 856] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلاً يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَحْرَقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُوْنَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوْتَهُمْ.

"Sungguh saya bertekad untuk memerintahkan seseorang mengimami sholat bagi manusia, kemudian saya bakar rumah orang-orang yang meninggalkan (sholat) Jum’at." [HR Muslim, no. 652] Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُناً بِهَا طَبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ. "Barangsiapa meninggalkan sholat Jum’at sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, maka Allah akan mengunci hatinya." [7] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمُنَافِقِيْنَ.

"Barangsiapa meninggalkan tiga kali sholat Jum’at tanpa uzur, maka dia tercatat sebagai golongan orang-orang munafik." [8] d). Waktu pelaksanaannya. Waktu pelaksanaannya adalah pada waktu Dhuhur, berdasarkan riwayat dari Anas Radhiyallahu 'anhu,

أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يُصَلِّي الْجُمُعَةَ حِيْنَ تَمِيْلُ الشَّمْسُ.

"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at ketika matahari tergelincir (yakni masuk waktu Zuhur)." [HR Al-Bukhari, no. 862] Sebahagian ulama membolehkan pelaksanaannya –beberapa saat- sebelum masuk waktu Zuhur (sebelum matahari benar-benar tergelincir). Mereka berdalil dengan riwayat dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu ketika ia ditanya, “Bila Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan sholat Jum’at?” Dia menjawab,”(Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam) pernah menunaikan sholat Jum’at, kemudian (selesai sholat) kami pergi menuju unta-unta kami untuk mengistirahatkannya ketika matahari tergelincir." [HR Muslim, no. 858] (Bererti Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah sholat Jum’at sebelum matahari tergelincir). Kedua. Khuthbah Jum’at. a). Hukumnya. Khutbah Jum’at hukumnya wajib, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkannya, dan berdasarkan keumuman sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ.

"Sholatlah sebagaimana kalian melihat aku shalat." [HR Al-Bukhari, no. 605] Khuthbah Jum’at ini termasuk dalam rangkaian pelaksanaan sholat Jum’at yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam melakukannya sebelum sholat.
 
Sumber: facebook.com/shamkamikaze

Harus Memiliki 3 "Kunci" Sebelum Bernikah


Bismillah, perkongsian ini dimajukan.

Paparan berita di media cetak, elektronik dan maya hari ini serba sedikit menarik perhatian kita sejenak. Tajuknya yang mungkin sensitif  bagi sebahagian kita, tetapi itulah realiti yang ada. Menurut kajian yang dibuat oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) seramai 2.5 juta penduduk di negara Malaysia yang berumur 25 tahun ke atas tidak berkahwin dengan beberapa faktor yang dinyatakan.



Saya terfikir dan merenung seketika pagi tadi. Akal berfikir jauh seolah-olah mengamati realiti itu. Ya. Sebenarnya soal jodoh, perkahwinan dan pembentukan keluarga itu sangat-sangat dekat dengan kita semua. Semua orang punyai impian, hasrat dan harapan untuk melalui fasa-fasa itu bukan?

Anda pula bagaimana?

Tengah harinya, saya seperti biasa keluar makan tengahari bersama rakan-rakan di kedai makan beramai-ramai. Biasalah, banyak juga perkara yang kami sembang-sembang dan bual-bualkan. Tiba-tiba, salah seorang daripada kami berkongsi sesuatu.

“ Sebelum berkahwin, biasanya seseorang itu perlu ada tiga “kunci”,” Kata seorang sahabat saya. Ajuan pertanyaan kepada kami semua yang ada.

“ Apa tiga kunci itu?,” Sampuk seorang daripada kami.

“ Haa.. cuba teka,” Katanya.

Semua berfikir-fikir sambil berusaha menjawab. Bicara kami diteruskan sambil menikmati juadah rojak ayam dan nasi ayam di kedai D’Bagan yang sangat menyelerakan.


Terus dia berkata :

“ Pertama, kunci pejabat,”

“ Kedua, kunci kereta,”

“ Ketiga, kunci rumah,”


Kemudian dengan spontan saya berkata, :

“ Ada satu lagi, cuba teka?,”

“ Kunci Syurga!,” Ada yang cuba menambah.


Saya tersenyum sambil menyuap makan ke mulut.

“ Ada satu lagi, tahu apa dia ?,”

“ Kunci spare!,” Kata Saya.

Masing-masing ternaik kening dan riak muka sedikit teruja. – Smile -


Kita, kita dan Perkahwinan

Saya menerima beberapa perkongsian, pertanyaan dan diskusi daripada beberapa orang adik-adik dan sahabat-sahabat agar dapat share sedikit berkaitan alam rumah tangga. Menariknya, ada dikalangan mereka begitu bersemangat untuk melangkah ke fasa persediaan untuk mendirikan rumahtangga serta alam pertunangan. Alhamdulillah, ia adalah suatu mind setting yang baik.

“ We get married to increase our iman,” Itulah kata-kata Hisham Al-Awady yang memikat hati saya.

Sebelum mendirikan rumahtangga, itulah yang tertanam dalam jiwa saya bahawa perkahwinan yang akan dilalui itu adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Alhamdulillah, antara perkara yang saya perolehi yang paling ketara selepas berkahwin ialah ibadah yang lebih khusyuk dan tenang.

Fasa-fasa yang dilalui dalam kehidupan bermula daripada bayi, kanak-kanak, remaja dan seterusnya melangkah ke alam dewasa menjadi sesuatu yang akan dilalui bagi setiap insan di dunia ini. Fasa-fasa ini adalah titik perubahan yang meninggalkan pengaruh, kesan dan bekas kepada setiap manusia yang mengalaminya.

Begitu juga, dalam konteks alam rumah tangga. Setiap manusia yang normal, secara fitrahnya memiliki hasrat dan keinginan untuk mendirikan rumah tangga. Impian untuk mempunyai pendamping hidup, peneman dan insan yang dikasihi serta disayangi secara lebih dekat itu dengan suasana hidup secara bersama. Mereka ingin dikat serta berkongsi hidup secara halal, suci, bersih dan sah. Namun, suatu persoalan yang harus jelas tertanam dalam benak kita ialah apakah sebenarnya tujuan kita mendirikan rumahtangga ini?

Sejujurnya, saya sendiri tidak pasti sebelum ini adakah saya benar-benar bersedia atau tidak di saat melangkah kaki ke alam rumah tangga. Namun, dengan ilmu serta pengalaman yang amat-amat sedikit dan terbatas saya melalui dengan penuh usaha untuk lakukan yang terbaik serta meletakan sepenuhnya pergantungan hanya kepada Allah SWT. Kepada-Nya jualah diri ini kembali.

Dan, selain itu juga hasilnya ialah tanggapan saya tentang dunia perkahwinan sebelum berkahwin amat berbeza dengan tanggapan saya tentang alam perkahwinan selepas melaluinya.

Mungkin benarlah, apa yang murabbi saya sebut : “ Lalui dunia perkahwinan dengan persepsi yang sederhana, dan di saat-saat melaluinya teruslah belajar dan belajar serta perbaiki diri dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.”

Justeru, apakah yang seharusnya kita lakukan?

Wallahu’alam, berdasarkan bual bicara bersama mereka-mereka yang telah lama dalam fasa ini – bersedialah bersungguh-sungguh sebelum melangkah ke alam berumah tangga. Ia meliputi minda, hati, fizikal dan rohani. Saya ringkaskan ia berdasarkan apa yang pernah dikongsikan oleh murabbi saya melalui cetusan pandangan oleh Sheikh Hisham al-Wady. Katanya 3 kunci persediaan yang harus ada bagi bakal pengantin sebelum mendirikan rumah tangga iaitu :

(1) Memahami dan mendalami Deen Islam sebagai cara hidup
(2) Mengamati dan fahami perbezaan antara lelaki dan perempuan (Serius : Hal ini sangat-sangat penting & ramai yang terlepas pandang)
(3) Mengutip kefahaman sedalamnya tentang dunia perkahwinan itu sendiri

Dan, antara persediaan dan persiapan yang paling penting ialah persediaan kejiwaan. Di sinilah titik kekuatan yang paling utuh dan ampuh dalam menghadapi segala ujian, dugaan dan cabaran alam rumahtangga kelak.

Di masa mendatang, saya berhajat untuk kongsikan buku-buku serta bahan bacaan yang amat sesuai untuk dijadikan rujukan sebagai persiapan sebelum mendirikan rumahtangga. InsyaAllah, ia akan disusun, dirumuskan dan dikongsikan nanti.

Sekadar itu sahaja yang mampu saya kongsikan saat ini, semoga ianya bermanfaat.
Kunci terpenting dalam mendirikan rumah tangga ialah
 memiliki kunci hati sendiri

Nota : Setelah setahun berkahwin, saya lebih berhati-hati dan cermat dalam menulis tentang dunia perkahwinan. Di sana terdapat banyak perkara yang semakin hari semakin banyak perkara yang saya timba, belajar dan telusuri. Banyak perkara yang saya tidak tahu, tidak tahu dan tidak tahu. Setiap hari ada debaran bagi pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga. Itu perasaan saya. Wallahu’alam.

BroHamzah
9 Mei 2012
Semakin Hari Semakin Sayang - Menuju Usrah Cinta 

Sumber rujukan: brohamzah.blogspot.com

Berita Sawit: Edisi 5 Mei 2012


Antara tajuk utama edisi Berita Sawit kali ini ialah:
  1. Perladangan komoditi perlu distruktur semula (lebih berkesan & kompetitif)
  2. Misi kukuhkan dagangan komoditi di Filipina berjaya
  3. Dr. Ravigadevi terima Pingat Emas Rotary
  4. Minyak masak Malaysia dijual di pasar raya S&R Manila, Filipina
  5. Dato' Hamzah ketuai delegasi ke Itali bincang Tenaga Boleh Diperbaharu
  6. 97 peserta sertai program interaksi Khidmat Nasihat Teknikal (TAS) industri sawit
  7. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dipelawa ceburi perniagaan sabun sawit
  8. Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Program (PAC) perkukuh program penyelidikan MPOB
  9. Kuota minyak masak mencukupi
  10. MPOB sedia bantu pekebun Kalabakan
  11. India destinasi utama eksport sawit
  12. Penubuhan koperasi untuk pekebun kecil sawit beri manfaat kepada industri sawit


Sumber: Berita Harian

Jom Breakfast Kawan-Kawan



Speedtest: Test Kelajuan Broadband UMobile Abe @ Kolej 14, UPM


Ptg2 weekend nie abe test kelajuan internet broadband UMobile abe… mmg laju jgk.. mmg puaih ati :) shabas betty syabas betty :) … lokasi tempat ialah kolej kediaman abe @ Kolej 14 Serumpun, UPM Serdang Selangor..

Antara Menu Baru @ Pizza Hut

mcm biasa, Pizza Super Supreme, fav abe.. ;)

xingat nama dia, ** platter..

tempura..

yg ni menu baru jgk, chicken chop..

yg ni pun sama.. Pizza Hut ade jual nasi goreng..huhu

Keychain & Travel..

Bagaimana utk mengingati masa kita pergi bercuti dimana2..atau pun ada kawan2 yg pergi travel or melancong somewhere yg mungkin kita tak dapat pergi disebabkan kekangan masa dan duit.. Mulai tahun ini, 2011 abe akan mula mengumpul keychain sbg salah satu dr hobi abe..dan inilah cara yg plg murah dan berkesan selain dr gmbr2 sebagai kenangan atau hadiah dr kwn2 abe.. trima kasih smua..

Made in: Bali, Indonesia
Info:
Dihadiahkan oleh classmate PhD abe, Mr. Mervyn yang baru balik dr honeymoon di Bali, Indonesia.. thank you very much..

Made in: France
Info: 
Ada 2 set, 1 silver & lg 1 gold..abe pilih yg silver & anwar pilih yg gold.. dihadiahkan oleh classmate abe, Azanie ms dia pergi travel kat Europe.. thank you so much..


Made in: Terengganu, Malaysia
Info: dihadiahkan oleh adik abe, Angah a.k.a Afina yg skrg study di UNISZA atau sblm ni dikenali UDM / KUSZA.. dia study dalam jurusan Diploma in Nursing Science...thanks Angah :)


Made in: Japan


Made in: Kuala Lumpur, Malaysia
Info: keychain ni ditempah khas utk ahli SNB + Docker bg projek Business Communication ms abe study Diploma dulu kat UtmKL.. aBADi sELAmEnYa..


Made in: Singapore
Info: dihadiahkan oleh classmate yg pergi Singapore utk Project Management.. trima kasih renee..

Made in: Pakistan
Info: abe beli keychain ni ms pi pakistan ari tu.. suatu pengalaman yg abe xdpt lupakan.. trima kasih GSB krn bg abe peluang dpt travel ke sana..


Made in: Bandung, Indonesia
Info: dihadiahkan oleh classmate yg pergi melancong ke sana baru2 ni...

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...