Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Jom Review Ultrabook Samsung Series 9


Alhamdulillah, hari ni abe dapat satu "assignment" utk review Ultrabook antara keluaran terbaru Samsung iaitu model NP900X3. Apa sebenarnya Ultrabook ini? Ultrabook adalah panggilan utk laptop yang mempunyai spesifikasi yang canggih, terbaru dan yg paling nipis berbanding laptop biasa (notebook) dan juga si laptop kecil (netbook). Bagi abe, ultrabook adalah kombinasi antara 2 jenis laptop ini (notebook + netbook). Kenapa abe kata mcmni, sbb spesifikasi ultrabook ialah saiz skrin yg biasanya 13 inci ke atas dan mempunyai ciri-ciri yg sama dgn laptop (notebook) biasa, cuma bg model Samsung kali ini tidak mempunyai cakera (optical) kerana utk menjaga ketahanan baterinya.

 Samsung Notebook Series 9 adalah ULTRABOOK yg paling ringan didunia iaitu, 1.31 kg (2,88lbs.)

So, dari segi bateri, ultrabook menggunakan teknologi yg hampir sama dgn netbook (iaitu meminimumkan penggunaan bateri).. Hard disk yg digunakan adalah teknologi terbaru iaitu Flash Hard Disk yg sangat nipis bagi memastikan ketebalan dan keberatan ultrabook ini terjaga. Antara spesifikasi yang lain ialah:
  • Intel i5 2nd Gen 1.4GHz (processor)
  • 4GB (ram)
  • Windows 7 64bit (OS)
  • 128GB Flash Hard Disk
  • Chargeable USB port
  • Backlit keyboard (ni yg paling best..hehe)
 Kenipisan ialah 16.3mm (0.64 inches) saiz skrin 13 inci

Kelebihan model ini berbanding dengan ultrabook yang lain ialah skrin ultrabook ini ialah SUPER bright LED screen (1366x768) dimana skrin yg paling "clear" la bila tgk movie ke, buat keje ke kat bawah matahari..(sape yg nak wat keje macam tu kan..)..tapi punya la nak tunjuk comparison dia..Samsung..Samsung.. pastu satu lagi, bg yg tak suka buat keje terang-terang pada siang hari, boleh la buat keje tgh2 malam.. dalam kegelapan, keyboard dia akan bercahaya (mengeluarkan lampu) secara automatik.. tu yang nama dia blacklit keyboard...



Port USB pulak ada special dia, kita boleh charge HP ke MP3 ke tanpa kita ON power ultrabook ni..hmm, mcm2... 


Dari segi ketahanan battery life, ia boleh capai maksimum 7 jam dengan penggunaan minimal usage. 

dan sebelum abe lupa, body ultrabook ini dibuat dengan material (Duralumin) yg sama utk jet pejuang.. hmm..betul ke x? tu apa yg diorg tulis la..

perfect design..

Harga ultrabook ini, boleh tahan jugak la, iaitu RM4999.. yer la, dah body sama kualiti dgn body jet.. hehe.. nasib baik xboleh terbang je.. Insyallah, nanti abe akan review lagi model ultrabook ini di masa akan datang..mana la tau, sape-sape nak bagi 'test drive' ke..hehe


Sumber: samsung.com

Ombak Setinggi 5 meter di Pdg Kota Lama, Penang

fotoBERNAMA

GEORGE TOWN - Beberapa buah kereta yang melalui ditepi tebing persisiran pantai Padang Kota Lama dibasahi dengan air laut apabila ombak setinggi 5 meter melanda di kawasan itu di sini hari ini.

Keadaan ini berlaku berikutan angin kencang dan laut bergelora.

Orang ramai yang mengunjungi tempat berkenaan tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena berkenaan. 


-- Sinar Harian

Dr OT: 4 Simple Steps to Synthesized in Writing


1. Read: kena baca artikel..... analisis idea2 yang common
2. Write:Tulis ideas tersebut (dalam komputer bukan atas kertas)
3. Rewrite: Tulis semula dgn combine idea2 yang common
4. Revise: Tulis semula dgn sintesis supaya idea2 tersebut menjadi consistent dgn kajian....

Contoh 4 langkah tersebut:

1. Read
Pertama, kena baca.. baca terus dari Mendeley....katakan baca 4 artikel yang relevan dgn kajian..



2. Write
Mula menulis (katakan dalam zero draft) idea yang dianalisis dari 4 artikel berbeza di atas dan tulis di bawah heading yang dah ditentukan...... katakan 4 point / idea yang dianalisis adalah spt berikut:


  • pelajar bermotivasi dgn pengajaran berasaskan komputer (Don, 1999)
  • pelajar seronok bila didedahkan dengan bahan multimedia (Sweller, 2001)
  • multimedia dapat meningkatkan kualiti pengajaran (Jonassen, 2009)
  • animasi meningkatkan domain afektif murid (Rudiah, 2011)

Perhatikan bahawa kesemua pernyataan di atas yang berwarna purple, red and blue tidak konsisten, menggunakan terminologi yang berbeza.... sebab sumbernya pun dah berbeza...

Saja bagi kaler... supaya jgn panik ..... then kita boleh MERGE term2 yang berbeza tu sebab asasnya sama....dan yang tergantung2 tu kita tambah ler dengan ayat sendiri.... sempoi...


  • motivasi = seronok
  • komputer = animasi= multimedia
  • kualiti - kembangkan term ni supaya tak tergantung..
  • afektif - ko kembangkan term ini dgn pasangannya kognitif

3. Rewrite:

Ini adalah percubaan awal nak sintesis... dgn menjadikan idea di atas dalam bentuk ayat sendiri.... so sambung2 jer lah...

Kajian lepas menunjukkan bahawa pelajar yang didedahkan dengan aktiviti pengajaran berasaskan komputer dan multimedia mempunyai motivasi tinggi untuk terus belajar (Don, 1999;  Sweller, 2001).  Sementara itu guru sekolah yang sering menggunakan multimedia berupaya  memperbaiki kualiti pengajaran (Jonassen, 2009). Oleh itu pengajaran berasaskan  animasi mampu meransang  domain afektif murid (Rudiah, 2011). 

Perhatikan term dalam ayat yang TIDAK CONSISTENT dan TAK COHERENT dan spt ringkasan dari petikan kajian lepas yang dicantum2kan begitu saja. Paragraph macam ni kalau dalam proposal masih boleh diterima lagi....tapi kalau dalam tesis.... memang patut kena "fire" mcm dalam kelas seminar ari tu....hehe


4. Revise (for synthesis)

Kemudian dgn pemahaman & pembacaan yang makin baik....maklumlah semakin banyak  membaca...... maka sepatutnya dengan BERANI dan penuh SELAMBA boleh mensintesis dgn membina  paragraph dgn term yang CONSISTENT dan ayat yang COHERENT sambil memasukkan idea dan pemahaman sendiri.

Kajian lepas menunjukkan motivasi pelajar untuk belajar meningkat apabila didedahkan kepada aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer (Don, 1999; Sweller, 2001). Bukan itu sahaja, aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer juga berupaya meningkatkan kualiti pengajaran guru (Jonassen, 2009). Hal ini terjadi kerana aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer menggunakan bahan pengajaran multimedia yang efektif hasil gabungan elemen animasi, suara, text, grafik dan video. Elemen-elemen ini bukan sahaja dapat mempengaruhi domain kognitif hasil dari persembahan aktiviti pengajaran yang berasaskan komputer yang menarik, interaktif dan mudah difahami, tetapi juga dapat meningkatkan domain afektif pelajar (Rudiah, 2011)

Cuba bandingkan 2 paragraph di atas, dan amati perbezaannya. Kita tak ubah maksud, point atau idea dalam petikan asal tetapi mensintesis semula seperti ayat kita sendiri yang menggunakan term yang konsisten dgn kajian sendiri.....seperti "pengajaran berasaskan komputer" dan memasukkan "suara kita" dalam ayat tersebut sambil mengembangkannya ...barulah kritis.... Paling penting jangan takut utk menulis, masukkan idea sendiri.... kita bukan budak tadika.... dah buat master atau PhD.... tulis jer !

Terima kasih Dr OT.. lepas faham post ni, jom kita praktik sama-sama..

L'apprenti @ Putra Restaurant Kiosk

gambar hiasan


L'apprenti@Putra Restaurant Kiosk already opened at GSM Students' Lounge starting Monday (4th June 2012).

L'apprenti@Putra Restaurant Kiosk operation hours:
Monday - Friday: 5 pm - 9 pm
Public Holidays: Closed


Kenduri Kahwin: Syafiq Haruna (ex-UTM) & Pasangan @ Batu Caves, Selangor

gambar ehsan dari DikWan..

Date : 3 Jun 2012
Time : 12.00 p.m
Place : Sungai Kertas, Batu Caves Selangor
Info : Ari ni abe, che mat, fik & wan syafiq pergi kenduri kawan abe di sungai kertas, kat2 area Batu Caves.. akhirnya, Syafiq Haruna telah sah menjadi suami org.. dia secara rasmi dah kluar kelab kitorg yg msh membujang ni.. isteri Syafiq ni org Klang..mmg sama padan, sama cantik kedua2 belah mempelai.. kat sana pun abe dapat jumpa Radin & isteri, Zaizi, Zulhaimi, Shida, Hanim & Suami, Yeen, Azrul, Dik Wan, dan xlupa juga si Pengapit, Fadhli Sulaiman.. Alhamdulilah, majlis berjalan dengan lancar… mudah2an Allah berkati perkahwinan Syafiq dengan pasangannya.. amin..

ketibaan raja & permaisuri sehari..



Radin & isteri..

Member Syafiq, Kadir.. Che'mat, Wan Syafiq..

Dik wan yg tgh makan, Fik yg kepanasan.. fadhli, si pengapit yg profesional.. (part time job, hehe)..

Azrul yg sudah jd bapak budak, Abe & Fadhli..

  Zaizi, Zulhaimi & Yeen...

Shida serta Hanim & suaminya..

1 June 2012: Alhamdulillah, Supervisory Committee Abe Diluluskan

so now, officially abe dah ada Supervisor & Co-Supervisor.. baru semangat nak "tukar" gear..sebelum ni guna gear 2 & 3 je.. skrg kena tukar 4 & 5 dah.. chaiiyoookk ;)

Abe Rindu Kampung Halaman..

Gambar yg adik abe kirimkan time makan malam di kampung malam nie... budu, tempoyak..ikan goreng.. diorg balik kampung cuti sekolah..bestnyer...

daging bakar..

paksu abe yg mmg pakar masak..

Ringkasan Dari Siri 1 Dr. OT: Mainstream Journal


Berikut adalah senarai 9 sumber international journal yg artikelnya adalah peer-reviewed dan established utk kita buat sebagai rujukan/references utk research kita berdasarkan pengalaman dari Dr OT.

1. EBSCOhost - world's foremost research database service (link boleh klik DISINI)



2. Emerald - the world's leading scholarly publisher of journals and books (link boleh klik DISINI)



3. ProQuest - provides archives of sources such as dissertations and theses (link boleh klik DISINI)



4. SAGE on-line journal - publishes more than 560 journals (link boleh klik DISINI)



5. Springer Link - online peer-reviewed journals (link boleh klik DISINI)



6. JSTOR - a digital archive of over one thousand academic journals (link boleh klik DISINI)



7. Taylor & Francis Group - publishes books and academic journals (link boleh klik DISINI)



8. Wiley InterScience - offers over 3 million articles from 1400+ journals (link boleh klik DISINI)



9. ScienceDirect - an online collections of published scientific research (link boleh klik DISINI)



Nak senang, bagi student UPM, boleh layari UPM Library Website utk serve jurnal-jurnal diatas.. (UPM dah subscribe jurnal-jurnal tersebut walaupun BUKAN SEMUA)


Link utk ke UPM Library (klik DISINI)

1. Mula-mula LOG IN dulu ID & Password kita (register dulu di library utk first time user)


 2. Pastu, boleh la kita klik mana-mana jurnal yang UPM Library dah subscribe.. (percuma.. yer ke percuma, rasanya dah bayar dalam Yuran Pengajian kan..so, rugila kalo kita jarang guna..)



Sumber: www.siap-tesis-cepat.com

Ringkasan Dari Siri 1 Dr. OT: 10 Perkara Sebelum Tentukan Tajuk Kajian

gambar hiasan: ashraf rayyan yg sedang membaca "artikel"..

10 Perkara Sebelum Tentukan Tajuk Kajian:
  1. Wajib membaca 20-30 artikel dari establish leading journal seperti terbitan SAGE, ScienceDirect, Wiley dll.. bagi keluaran 3 tahun kebelakangan yang menepati bidang kajian masing-masing, katakan "risk managament".
  2. Pastikan ada beberapa artikel tempatan, bagi mendapatkan konteks kajian di Malaysia.
  3. Cuba dapatkan beberapa tesis dalam bidang yang sama.
  4. Baca dan teliti research gap, theory, methodology, sampling frame yg digunakan supaya sesuai dgn kajian kita.
  5. Bagi novice researcher, kita perlukan artikel yg paling relevan yg dinamakan oleh Dr OT sebagai pilot article supaya dgn artikel tersebut menjadi asas dalam LR dan yg plg penting utk kita snowball rujukan lain.
  6. Setelah membaca artikel-artikel dan tesis tersebut, kita dpt mengenalpasti research gap yg diperolehi dari cadangan isu future research yg ditulis oleh previous researcher.
  7. Setelah mendapat research gap, kita akan bina Research Framework menggunakan templat RFOT dan cuba bincangkan dgn SV kita.
  8. Cadangkan tajuk kajian kepada SV
  9. Bincang dan jelaskan keseluruhan kajian kita berdasarkan RFOT kerana Research is about filling the gap.. NOT about finding the title..
  10. Pastu baru kita mahirkan dgn kemahiran penulisan pantas document map, 1File1Thesis, Write and Cite While U Read dgn menulis proposal 3 chapters dgn SERENTAK..
Ini adalah ringkasan yang abe dapat buat hasil bacaan abe dari Buku Dr OT Siri 1. Mari sama-sama kita praktik kan dalam journey kita.. kita tidak akan sampai ke puncak jika tidak memulakan langkah pertama..

"Office" Abe @ UPM

abe @ Resource Center (RC) Graduate School Management

abe @ Carrel Room, UPM Library

Karel KC1..

tempat baru abe utk semester ni, Anjung Siswazah..

Waktu Perkhidmatan Anjung Siswazah

mmg terbaik.. 5 Star.. so study pun kena 5 Star jgk la..aminn...



Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...