Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Info Kesihatan: Jerawat & Puncanya



Kedudukan jerawat dan info:
  • DAHI:- Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih. Stress.. Kumpulan ini biasanya panas baran. Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak.
  • HIDUNG:- Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi.
  • DAGU:- Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
  • PIPI KIRI:- Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.
  • PIPI KANAN:- Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.
  • PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN):- Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.
Sumber:- hazissac.blogspot.com

11 Doktor Tampil Sahkan 2 Hospital Diserang

Sekumpulan doktor kanan dan pakar perubatan telah mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan berhubung 'serangan polis' ke atas peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu di dua buah hospital.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospitalSehubungan itu, dalam satu kenyataan media yang dihantar kepada Malaysiakinilewat hari ini, doktor berkenaan yang bertugas di Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu berkata mereka akan mengemukakan afidavit bagi menyokong hujah bahawa hospital diserang.

Mereka mendakwa tindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang.

Malah menurut sebeles doktor berkenaan, semasa peperangan hospital juga tidak akan diserang tetapi dalam kes di Malaysia, polis memasuki bangunan hospital bagi mencari peserta yang melarikan diri daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan air berkimia.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka.

Ini adalah reaksi pertama oleh sekumpulan pakar perubatan berikutan penafian pihak polis dan kerajaan bahawa tidak ada gas pemedih mata dilontarkan ke perkarangan hospital berkenaan pada 9 Julai lalu.

Isnin lalu, menteri kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata polis tidak menembak gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0.

azlanKatanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Liow juga berkata sebenarnya polis menembak gas pemedih mata itu ke arah jalan besar dan asap berkenaan mungkin dibawa angin ke arah hospital berkenaan.
Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan.

Kenyataan media itu ditandatangani oleh Datuk Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Jeffrey Abu Hassan, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Ahmad Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Datin Low Low Paik See dan Dr Steve Wong.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

Doktor-doktor itu berkata mereka tidak berhasrat menyertai polemik selepas perhimpunan itu, tetapi sebahagian daripada mereka yang sedang bertugas ketika kejadian, bersedia memberi keterangan bersumpah, jika diperlukan bagi memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.

Jom Layan Malaysia vs Arsenal & Chelsea Online




Pada halaman ini, korang berpeluang menonton perlawanan bolasepak antarabangsa secara online terus dari laptop korang dengan syarat internet korang mestilah laju.

Code untuk live streaming ni aku dapat daripada Wowberita.com. Untuk melihat sesuatu perlawanan, korang hanya pilih mana-mana perlawanan yang korang nak tengok dan pilih link yang sudah tersedia. Kalau ada sebarang masalah tinggalkan komen dibawah








NOTED : Jika ada sebarang perlawanan menarik selepas ni akan aku inform pada entry yang akan datang. CTRL+D untuk bookmark halaman ni supaya korang boleh tengok live perlawanan bolasepak.

Tiada Siaran Langsung Perlawanan Malaysia vs Arsenal




Sah! Tidak akan ada sebarang siaran langsung untuk pertemuan antara Malaysia menentang Kelab Inggeris, Arsenal malam ini.


Sebaliknya, pihak Astro melalui kiriman email kepada pihak media memaklumkan, perlawanan berkenaan akan disiarkan secara tertunda.


14 Julai (Khamis) : Astro Super Sport (811) – Pukul 9 Malam.
15 Julai (Jumaat) : Astro Arena (801) – Pukul 8.30 Pagi dan 4 Petang.


Ketika prestasi bola sepak negara sedang meningkat,media arus perdana seperti televisyen pula tidak memberikan sokongan kepada pasukan HARIMAU MALAYA..apa salahnya jika disiarkan perlawanan tersebut bagi mereka yang tidak dapat hadir ke stadium disebabkan faktor jarak.


Sumber:- facebook.com/aus

Jom Cuba 10 Extension Google Chrome


1. Download Assistant

download assistant
Extension yang membolehkan anda integrate Download Manager seperti IDM dalam Chrome.

2. Goo.gl Shortener

Membolehkan anda membuat short url menggunakan goo.gl dengan mudah dan cepat. Juga menyokong API Google account jadi anda boleh trace jumlah klik pada short url tersebut.

3. All Mangas Reader

Untuk peminat Manga, anda boleh check updates manga kesukaan dan juga boleh baca full chapter manga tanpa perlu tekan next page – previous page. Sangat berguna untuk peminat tegar Naruto, One Piece, Bleach dan manga jepun lain.

4. FastestChrome

FastestChrome membolehkan anda mengakses carian menggunakan keyword yang dihighlight dengan mudah. Keyword yang dihighlight boleh anda buat carian menggunakan google, youtube, wikipedia dan sebagainya. Juga ada fungsi auto-pager iaitu automatik load page seterusnya bila membuka web yang mempunyai banyak pages.
Install FastestChrome

5. FB Photo Zoom

FB Photo Zoom
Memudahkan view photo dalam Facebook tanpa perlu click.
Install FB Photo Zoom

6. Tweetdeck for Chrome

tweetdeck for chrome
Tweetdeck antara twitter client terbaik pernah wujud di muka bumi, untuk twitterer tegar.

7. Seo Status Pagerank

Extension nak check pagerank dan alexa rank. Guna extension ini alexa rank kamu boleh meningkat tahu?

8. Skip Adf.ly links

Benci links adf.ly? Tengok tutorial sini cara nak bypass : http://eins.my/how-to-bypass-adf-ly-links/

9. TooManyTabs

toomanytabs
Extension untuk manage tabs kalau anda buka tabs sampai berbelas-berpuluh tabs sekaligus.

Install TooManyTabs

10. Incredible Startpage

incredible startpage
Incredible Startpage, extension untuk replace homepage default anda kepada lebih menarik dan bergaya.
Sumber:- jomphp.com

Al-Fatihah Untuk Allahyarham Firdaus Mat Isa - exUTM

Allahyarham Firdaus adalah sahabat abe semasa belajar @ UtmKL & juga @ UtmSkudai.. Abe terima berita pemergian arwah melalui fb.. ape yg abe blh kongsi disini ialah minat kami adalah sama, iaitu NASYID.. kami sama2 meminati nasyid terutamanya Hijjaz, Inteam, UNIC dll.. Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin..




Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


matz1990(at)yahoo.com

------------------------------------------------------------------------------------------
Dapatkan lirik-lirik nasyid di http://www.liriknasyid.com


Jom Layan Radio & TV Online @ Blog Abe

Selamat Mencuba.. Channel TV baru beli satu.. tgk la, kalo dpt sambutan MENGHANGATKAN, baru nak tambah ASTRO... hehe..

PROASISR 4 Kini @ Utara Semenanjung



Seruan bg mereka yg sedang bercuti, jom sama berkumpul HS anak-anak Utara di PROASISR 4.. Program ni perkhemahan SISWA/I, boleh google nak tengok berita2 PROASISR yang lepas2.. untuk sahibah, boleh contact Nazihah atau Syafiyah Adzahar.. Jangan lepaskan peluang untuk bersama siswa utara..

Pulau Pinang
Syafiyah binti Adzahar (0194518500)
Zakwan Zulkifli (0135931137)

Perlis
Nor Aishah binti Jasli (0134619021)
Nazri Mohamed Akbar (0134263680)

Kedah
'Aishah binti Abdul Hadi (0134060169)
Anas Mokhtar (0134749732)

Perak
Salsabil binti Zulkefli (0134253002)

Jambatan Pulau Pinang Sesak Kabel TNB Terbakar Lagi


ANGGOTA bomba turun ke lokasi kabel TNB yang terbakar di Kilometer 7.4, Jambatan Pulau Pinang semalam.



GEORGE TOWN - Ratusan kenderaan terkandas hampir dua jam di laluan masuk dan keluar di Jambatan Pulau Pinang dan sekitar bandar itu apabila kabel elektrik Tenaga Nasional Bhd. (TNB) di bawah jambatan itu terbakar petang semalam.
Jurucakap Penang Bridge Sdn. Bhd. (PBSB) berkata, kesesakan itu menjadi serius ekoran kejadian kebakaran kabel itu berlaku pada waktu puncak iaitu pada pukul 5.30 petang.
Bagaimanapun keadaan jalan beransur pulih pada 7 malam setelah kerja-kerja pembaikan kabel dan memadam kebakaran selesai dijalankan.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Demi Mengelakkan Bersih 3.0




Alhamdulillah, BERSIH2.0 sudah selesai bermula.
Ada beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan kepada kabinet Najib Razak agar BERSIH 3.0 dapat dielakkan.
PERTAMA, BN mesti menguasai Kementerian Pelajaran dan menambah usaha agar sistem pelajaran negara berorientasikan peperiksaan. Pastikan semua murid menjadikan koleksi A di dalam UPSR, PMR (sebelum dimansuhkan) dan SPM menjadi satu-satunya agenda murid sekolah kita. Pemikiran kreatif jangan diajar. Gam persatuan-persatuan dan galakkan kelab catur menjadi badan induk sekolah. Paling penting, lakukan ini di sekolah agama.
KEDUA, tambah bajet dan sokongan lain kepada industri hiburan seni. Pastikan program-program realiti yang memberi jalan pintas kepada rakyat menjadi artis, tidak tergugat. Mungkin boleh pertimbangkan agar subjek seni vokal dan tari sebagai subjek wajib sekolah menggantikan subjek Sejarah, Tasawwur Islam dan Bahasa Melayu.
KETIGA, galakkan juga industri hiburan sukan sebagai tumpuan utama rakyat. Apabila sukan dan seni menjadi hiburan yang ‘the in thing’, rakyat akan sentiasa bahagia, menyanyi dan menari, tanpa menyedari apa-apa yang tidak kena di sekeliling mereka. Golongan ini akan menunjukkan sikap sentiasa sangat bersyukur dengan apa yang ada ‘a.k.a zuhud ke qanaah ke apa, entah!
KEEMPAT, ramaikan lagi alim ulama ‘Saudi Oriented’ menganggotai badan-badan agama. Ugut mereka bahawa mereka Wahabi dan pengganas, kemudian mereka akan mencari perlindungan dengan menyertai UMNO dan menyerang pembangkang dengan hujah-hujah al-Quran dan al-Sunnah yang sahihah. Bukan senang nak dapat tu.
KELIMA, galakkan anak muda untuk lemah stamina minda dan mudah rungsing dengan politik semasa. Gambarkan kepada mereka politik akan mengganggu kelas, kafe dan katil mereka. Mungkin dengan kempen berstrategi dalam hal ini, akhirnya mereka malas hendak mengambil tahu malah berkemungkinan besar tidak mendaftar sebagai pengundi. Berleluasanya mereka tidak mengundi akan menyebabkan dengan sendirinya kuasa undi Melayu akan terhakis tetapi, so what?!
KEENAM, banyakkan lagi klinik 1Malaysia, sarapan 1Malaysia yang menyediakan hidangan sarapan RM2. Kempen 1Malaysia mesti lebih hebat daripada kempen Filem Dua Alam tempoh hari. Pastikan rakyat jelas akan jasa satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat yang terhutang budi akan sangat berbudi.
KETUJUH, pastikan rakyat terus bodoh, tiada common senseself centered dan seterusnya sentiasa percaya kepada media arus perdana. Ajar mereka menggunakan internet agar pornografi membantu Malaysia berada di tempat ketiga dunia dalam carian Google. Tentu dengan corak seperti ini mereka akan malas membaca blog politik dan sumber alternatif.
KELAPAN, berdoalah kepada Allah (kalau berani, lah), agar strategi-strategi itu diberkati-Nya.
Semua itu memerlukan belanja yang besar serta strategi yang susah. Namun sudah tentu ia lebih mudah daripada Barisan Nasional berubah.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang
Sumber:- saifulislam.com

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...