Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Tazkirah Ramadhan: Hari - 11 (Sedarlah Wahai Hati)

indahnya agamu-Mu Ya Allah..

Sabarlah Wahai Hati...

Aku lahir ke atas dunia dengan izin Mu,
Lahirku saat Rasul dan sahabat telah tiada,
Para tabi' dan tabi'in juga telah meninggalkanku,
Zaman ku adalah zaman pemerintahan Islam tidak lagi berkuasa,
Aku terbit di tengah masyarakat Islam,
Namun Islam tiada lagi dalam hati dan hidup mereka,
Namun aku bersyukur kerana masih ada lagi yang mahu melihat Islam bersinar semula,
Aku kuatkan azam untuk menyertai mereka,
Cuba sedaya upaya menggerakkan generasiku yang telah lumpuh ini,
Generasi seusiaku yang sakit,
Lalai dengan hiburan dan asyik memuaskan nafsu,
Sibuk dengan cinta yang penuh noda,
Aku takut aku lemah untuk membimbing mereka kerana aku juga tidak sempurna,
Namun aku sedar bahawa tugas besar ini adalah wajib dan tidak memerlukan insan sempurna,
Kerana tiada manusia yang terlepas dari dosa,
Dan tugasku adalah berusaha,
Gagal jatuh, dicela tak terima itu perkara biasa,
Aku terus berdoa agar aku ditetapkan hati,
Bukan nilaian harta yang aku cari,
Bukan juga kerana nama ingin dikenal sebagai insan baik dan mulia,
Cukuplah RedhaMu sebagai harga,
Bantulah hambaMu ini,
Sedarkanlah semula generasiku ya Rabb,
Bangunkanlah semula umat ini,
Aku yakin Islam pasti kembali dan aku tak akan berhenti.

"Katakanlah inilah jalanku, aku dan org2 yg mengikutiku mengajak kepada Allah dgn yakin, Maha suci Allah, dan aku tidak termasuk org2 musyrik". (Yusuf:108)

Tiga Lelaki Larikan Barang Kemas Bernilai RM3 Juta


BUTTERWORTH: Tiga lelaki yang menyamar sebagai pelanggan melarikan barang kemas bernilai lebih RM3 juta dari sebuah kedai emas dalam pasar raya Carrefour Seberang Jaya, di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang ACP Mohd Nasir Salleh berkata pada kejadian pukul 2.15 petang tadi, tujuh pekerja dan seorang pelanggan berada dalam kedai itu.

Katanya ketiga-tiga lelaki terbabit memasuki kedai emas dan menyamar sebagai pelanggan dengan meminta pekerja kedai emas itu mengeluarkan rantai-rantai emas untuk dibeli oleh mereka.

"Selepas permintaan mereka dilayan, ketiga-tiga lelaki terbabit mengeluarkan tiga pucuk pistol serta mengacukannya kepada pekerja dan seorang pelanggan tadi sambil memberi amaran jangan bergerak," katanya kepada pemberita di sini.

Katanya perompak itu telah menjadikan salah seorang pekerja kedai emas itu sebagai tebusan dengan mengacu pistol di kepalanya manakala pekerja lain diarah memasukkan barangan kemas dalam sebuah beg dengan cepat sebelum mereka melarikan diri.

Mohd Nasir berkata perompak berusia antara 20 hingga 30 tahun terbabit dipercayai warga asing kerana bertutur dalam bahasa Hokkien dan bahasa Melayu yang agak pelat.

Katanya ketika kejadian, seorang pengawal keselamatan berada dalam sebuah bilik kaca di premis itu tetapi tidak sempat buat apa-apa kerana kejadian itu berlaku dengan pantas.

"Tiga lelaki berkenaan menggunakan kesempatan orang ramai yang berada di dalam pasar raya itu untuk melarikan diri ke tingkat bawah pasar raya itu," katanya.Katanya mereka kemudiannya melarikan diri dengan dua buah motosikal bersama seorang lagi rakan yang menunggu di tingkat bawah pasar raya itu.

"Tiada pekerja yang cedera dalam kejadian itu namun mereka masih trauma dengan kejadian itu kerana ia adalah kejadian rompakan ketiga melibatkan kedai emas terbabit," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga masih meneliti rakaman kamera litar tertutup di kedai emas tersebut serta pasar raya besar itu untuk mendapatkan gambaran jelas kesemua suspek.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. -BERNAMA

Tazkirah Ramadhan: Hari - 5 (Mengapa disebut Solat Terawih)

Gambar Hiasan

Solat pada malam bulan Ramadhan itu disebut 'Tarawih' kerana solatnya panjang, raka'atnya banyak dan orang yang melakukannya beristirahat pada setiap selesai menunaikan empat raka'at sebelum menyambungnya lagi. Oleh kerana adanya rehat maka inilah disebut "Tarawih".

Ibnu Manzur dalam kitab 'Lisanul Arabi' menerangkan bahawa 'Altarawih' adalah bentuk jamak daripada 'Tarwihah' adalah isim marrah (Isim yang menunjukkan makna satu kali) daripada 'Ar-rahah'.

Jadi makna 'Tarwihah' itu adalah satu kali istirehat. Hal ini sama dengan kata 'Taslimah' (satu kali salam) yang berasal daripada perkataan 'Assalam'. Disebut 'Tarawih' kerana orang yang melakukannya mengambil beberapa kali istirehat pada setiap kali selesai mengerjakan solat empat raka'at, kemudian dia menerangkan pula bahawa 'Ar-rahah' itu ertinya lega atau segar adalah lawan daripada kata 'at-ta'ab' yang bererti penat.

Didalam sebuah hadith ada diterangkan bahawa apabila masuk waktu solat,Nabi Muhammad s.a.w. berkata pada bilal: "Marilah kita beristirehat dengan solat.'

Maksudnya ialah, azanlah untuk solat, wahai bilal! Maka kita akan beristirehat dengan solat itu, Istirehat Nabi Muhammad s.a.w. menerusi solat kerana didalamnya sebagai munajat kepada Allah s.w.t.. Hal ini sesuai dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Hatiku dan jiwaku menjadi tenteram ketika dalam solat."

Dengan demikian solat Tarawih adalah sunnat yang dilaksanakan dalam kaitannya dengan ibadah pada malam-malam bulan Ramadhan al-Mubarak sebagaimana yang akan diterangkan menerusi hadith-hadith dalam bab seterusnya.

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...