Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Pertama Kali Salji Turun di Lahore, Pakistan







This is view of Lahore on 26 Feb 2011, when citizens of Lahore might have witnessed the snow in their city perhaps far the first time in their life. the snow cover was 2-6inches at places. Lahore has been considered warm city where even winter temperature hardly range between 4-8 degrees Celsius, and that too for 2-3 weeks only. And to hear something like "Lahore's streets are filled with snow" is something extremely unbelievable for anyone who is familiar with this vibrant city.
p/s: abe skg berada di Lahore, Pakistan. alhamdulillah, smlm slps habis competition kat LUMS, abe, anwar, ruben & dr. sofri kluar jln2 pusing sekitar Lahore..ms nak kuar, hjan dh turun renyai2, tapi yg lainnye, hujan tu mula2 turun ais kecik2...pastu dlm 1/2 jam, jln2 smua dh penuh dgn salji..ktprg smua sempat jln2 dkt area town je..byk jln tutup & sesak dgn keta..culture kat sni, hon keta msti kena slalu tekan...mmg diorg kurang sabar skit..asyik2 tekan hon...pengalaman bru abe di negara org..

Pertemuan skuad Malaysia dan Pakistan (2 in 1)




PETALING JAYA - Bukan kemenangan semata-mata yang mahu dicari Malaysia apabila menentang Pakistan malam ini, tetapi keputusan selesa untuk dibawa ke Lahore pada pertemuan kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012.
Itu sasaran utama jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee (gambar) menjelang pertemuan skuad Olimpik Malaysia dan Pakistan di Stadium Shah Alam, dan beliau yakin anak-anak buahnya mampu menggempur lawan habis-habisan.

Menegaskan moral dan tahap kecergasan pemain di tahap terbaik, Kim Swee percaya tiada sebab mereka tidak boleh mencatat kemenangan jika semua pemain mempamerkan permainan cemerlang.

''Jika saya perlu meletakkan tujuh atau lapan penyerang sekali pun, saya akan buat asalkan kita menang dengan selesa pada perlawanan hari esok (hari ini)."

''Kita mesti mendapatkan seberapa banyak gol di sini dan saya harap semua pemain buat yang terbaik walaupun saya tidak dinafikan Pakistan adalah lawan yang baik daripada apa yang saya lihat semasa mereka mengadakan perlawanan persahabatan di Thailand baru-baru ini," katanya di Wisma FAM.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan di sini, semalam.
Turut hadir Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelly Sathiraj dan ketua jurulatih Pakistan, Tariq Lutfi.

Skuad Olimpik Malaysia malam ini akan diperkuatkan dengan kehadiran empat pemain luar dari pasukan Harimau Muda A iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Shakir Ali dan Mohd. Faizal Abu Bakar.
Ditanya mengenai pemilihan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek sebagai kapten pasukan, Kim Swee menjelaskan Apek merupakan salah seorang pemain contoh dan layak memikul tugas berkenaan.

''Semua orang tahu kualiti yang ada pada Khairul Fahmi dan dia kini dianggap role modelkepada bola sepak negara.
''Dia mempunyai kualiti sebagai ketua dan mampu membimbing rakan-rakan yang lain di atas padang semasa perlawanan, " katanya.

Dalam masa sama, dia yakin jentera serangan negara mampu menyengat walaupun belum teruji sepenuhnya kerana kehadiran dua pemain luar Harimau Muda A, Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Shakir Ali.

''Jentera serangan yang ditunjangi Shakir dan Fakri boleh diharapkan, sambil Wan Zaharulnizam Zakaria, Wan Zack Haikal dan Mohd. Ferris Danial tiada masalah untuk diturunkan pada bila-bila masa.

''Fakri juga dilihat cepat menyesuaikan diri dengan pasukan ini dan dia tiada masalah besar untuk beraksi dengan baik pada malam esok, " katanya.

Dua penyerang negara, Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Izwari Ibrahim digugurkan pada perlawanan dengan Pakistan ekoran kecederaan.

Perlawanan kedua menentang Pakistan akan berlangsung pada 9 Mac ini.



Sumber:- Utusan Online

abe @ High Commission for the Islamic Republic of Pakistan











Date : 22 Februari 2011
Time : 4.00 a.m - 10.00 p.m
Place : Trip ke kL (high commission of pakistan)
Info : Perjalanan abe, anwar & ruben ke kL smlm mmg betui2 menduga kesabaran kami..kami bertolak dr Penang, jam 4 pagi.. target nak smpai kL sblm jam 9 pg utk slesaikan urusan visa ke pakistan khamis ni.. last minute punye keje (miscommunication), mcm2 Allah SWT nk uji.. :) jam 6 pg, kami dah smpai area hulu bernam, selangor.. dlm 2-4 km nk smpai R&R, tayar pancit (sebelah driver).. ujian pertama... ujian kedua.. ktorg jumpa la geng2 pecah rumah nk offer hantaq pi kedai tayar..depa ni mcm underground punya keja.. alhamdulillah, jam 9.30 kami sambung semula perjalanan ke kL.. jam 10 smpai di high commission of pakistan, jln ampang.. lps bg smua dokumen2, kami blh collect visa jam 430 ptg.. so, ktorg plan nk lepak kat kL central..situ ktorg blh makan, smbhyg + smbil wat tesis (nak kena submit esok)... Misi dah separuh selesai.. alhamdulillah, lps jam 4o0 ptg, kami pi amik visa.. jam 500, kami terus cergas blk penang.. konklusinya, setiap yg berlaku ade hikmahnya...


Posted by abe for blogspot by Nokia 5800

Pameran Pendidikan New Zealand 2011



Tarikh: 03 MAC 2011 (KHAMIS)
Tempat: HOTEL TRADERS, PULAU PINANG
Anjuran: NEW ZEALAND EDUCATED FAIR

Khasiat Budu Terbongkar



Sumber dari: Wikipedia

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadikajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Hidangan budu bersama nasi kerabu
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Sumber:- facebook.com

The LUMS International Marketing Colloquium 2011


Tarikh: 26 HINGGA 27 FEBRUARI 2011 (SABTU & AHAD)
Tema: THINK GLOBAL, ACT LOCAL
Tempat: LAHORE UNIVERSITY OF MANAGEMENT SCIENCES, LAHORE PAKISTAN
Anjuran: LUMS MARKETING EXECUTIVE CLUB


Dr. Sofri Yahya, Deputy Dean Graduate School of Business, USM

Dr. Azlan Amran, Senior Lecturer Graduate School of Business, USM

"WHAT YOU CAN ACHIEVE IS LIMITED ONLY BY HOW FAR YOU CAN SEE"

Honda CR-Z Hybrid Sport bakal bawa versi baru hibrid ke pasaran






CR-Z Hybrid Sport 1.5 liter i-VTEC dijual pada harga RM120,000 

HONDA Malaysia Sdn Bhd dijangka membawa masuk satu lagi versi baru kereta hibrid, iaitu Honda CR-Z Hybrid Sport ke pasaran tempatan sekitar suku kedua tahun ini.
Sumber industri berkata, model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun dan menggunakan enjin 1.5 liter i-VTEC itu, akan dijual pada harga sekitar RM118,000 hingga RM120,000 seunit.
“Pengenalan model hibrid itu sejajar dengan komitmen Honda untuk terus merangsang pasaran automotif tempatan dengan pengenalan beberapa barisan model baru dan model dipertingkatkan tahun ini,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 

Kali terakhir Honda Malaysia melancarkan model barunya pada Disember lalu dengan menampilkan versi Honda Insight hibrid dan difahamkan model itu kini sudah meraih tempahan lebih daripada 1,300 unit. 

Selain Insight hibrid yang menggunakan enjin 1.3 liter SOHC i-VTEC dan dijual pada harga atas jalan RM98,000 seunit, Honda Malaysia turut memasarkan Civic Hibrid pada harga RM108,980 di Semenanjung dan RM109,980 di Sabah dan Sarawak. 

Sumber itu berkata, pengenalan Honda CR-Z Hybrid Sport Honda itu juga adalah hasil manfaat daripada langkah kerajaan melanjutkan insentif cukai menerusi pengecualian penuh cukai import dan eksais untuk kereta hibrid dalam pengumuman Bajet 2011. 
Ia, katanya, sekali gus menjadikan kenderaan hibrid yang dipasarkan di Malaysia kini lebih mampu dimiliki. 

Menerusi pelepasan cukai, jelas sumber, bagi kenderaan hibrid berkuasa 2,000 cc ke bawah, peserta industri seperti Honda akan mendapat lebih banyak pilihan untuk mempertingkatkan lagi rangkaian kenderaan hibrid di Malaysia. 

Honda CR-Z hibrid yang digayakan dengan tempat duduk 2+2 coupe serta memiliki ciri yang sama seperti Volkswagen Scirocco, adalah kereta hibrid pertama Honda yang memiliki manual enam-kelajuan. 

Model yang dianugerahkan sebagai Kereta Terbaik Jepun 2010, memiliki ruang dalaman moden dan berteknologi tinggi sambil papan pemukanya yang memiliki pelbagai paparan maklumat, ditampilkan dengan pencahayaan lampu biru. 

Gabungan tenaga model itu mampu menjana sehingga 122 brek kuasa kuda (bhp) pada 6,000 rpm dan tork maksimum sehingga 174Nm. 

Sumber itu berkata, dengan pengenalan versi hibrid baru itu dan ditambahkan lagi dengan beberapa lagi model baru lain, Honda Malaysia dijangka berupaya meraih jumlah jualan keseluruhan sebanyak 48,000 unit pada tahun ini berbanding 44,486 unit tahun lalu. 

Tahun lalu, model terlarisnya, City, kekal sebagai penjana utama pertumbuhannya dengan mencatatkan jualan 19,946 unit (45 peratus daripada keseluruhan jualan), diikuti model Civic dan Accord yang masing-masing menyumbang sebanyak 20 peratus dan 16 peratus jualan, manakala model CR-V edisi baru menyumbangkan sebanyak 12 peratus. 

Bakinya disumbangkan oleh model CBU seperti Jazz, Stream, Freed, Odyssey, Civic Hybrid dan Type R, dan Accord V6.


Sumber:- Berita Harian Online

Kontraktor Melayu Kelas F Di Pulau Pinang Tenat

Gambar Hiasan
Hampir 30 peratus perniagaan kontraktor Melayu kelas F di Pulau Pinang tenat.

Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Fadzill Hassan berkata ramai yang sudah gulung tikar akibat kekurangan kontrak di negeri berkenaan.

DATUK FADZILL HASSAN / PRESIDEN PKMMPP

"Dari 1200 kontraktor F seluruh negeri hampir 30 peratus dah tenat memang tenat sampai dah tukar kerja kena buat kerja lain pula sebab dah tak boleh maintain."
 
Beliau ditemui dalam mesyuarat agung tahunan persatuan itu di George Town, pagi tadi.

Katanya keadaan itu bermula pada tahun 2008 dan berlanjutan sehingga kini.

Walaupun pertumbuhan ekonomi beransur pulih selepas 2008, keadaan itu katanya masih kekal.

Sementara projek dari kerajaan pusat semakin berkurangan, kerajaan negeri pula katanya memberi kontrak kecil sehingga tidak sampai bernilai lima ribu ringgit.

Justeru beliau mendesak kerajaan pusat dan negeri mendengar rintihan mereka dan mengusahakan cara-cara menghidupkan kontraktor kelas F di negeri itu.



Sumber:- tv3.com

Cedera tak halang Azizulhasni Awang rangkul gangsa





Pelumba trek nombor satu negara, Azizulhasni Awang, kini berehat di Pusat Perubatan Machester Royal Infirmary selepas terjatuh ketika berlumba di Kejohanan Trek Piala Dunia Klasik Manchester.

Malang menimpa Azizul dan 5 lagi pelumba ketika saingan akhir acara keirin malam tadi.

Dia terjatuh lalu menyebabkan serpihan trek kayu menembusi betis kirinya sebelum kembali mengayuh untuk menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.

Pengurus pasukan, Datuk Naim Mohamad memberitahu, Azizul telah menjalani uijian imbasan x-ray diikuti satu pembedahan kecil untuk mengeluarkan serpihan kayu di kakinya.

Pelumba yang digelar 'The Pocket Rocket Man' itu kini sedang berehat di hospital berkenaan sementara menunggu satu lagi pemeriksaan.

Ikuti laporan penuh dalam segmen sukan, Buletin Utama malam ini.



Rene Enders of Germany (R) and Josiah Ng Onn Lam of Malaysia crash during the Mens Keirin Semi Final during the second day of the fourth round of the 2011 UCI Track Cycling World Cup Classics at the ManchesterVelodrome in Manchester, north-west England, on February 19, 2011.
Sumber:- tv3.com , oneclick.indiatimes.com

Ada apa dengan Apple Ipad


Alhamdulillah akhirnya dapat permission untuk update blog ini. Menunggu buah untuk jatuh memang menyakitkan. Kalau blog ini mempunyai hati dan perasaan, tentu blog ini kembali tersenyum semula. Permission apa yang dimaksudkan, biarlah rahsia apa yang pasti kali ini Khai nak update pasal Apple iPad. Wohha!
justkhai-apple-ipad
Mungkin masa artikel Khai ini ditulis, dah beribu-ribu mahupun berjuta mereka yang lain telah memiliki tablet hebat keluaran Apple ini. Apapun apa yang Khai tulis ini, khas kepada mereka yang tertanya-tanya patut atau tidak untuk membeli iPad. Adakah ianya berbaloi atau ianya sekadar satu pembaziran.
Khai beli iPad ni 4 hari lepas rasanya di Mac Studio, Plaza Low Yat. Harga dia RM1540 sahaja untuk iPad 16GB WiFi. Since Khai selalu online di rumah, jadi iPad dengan 3G tak Khai perlukan. Dan since Khai nak gunakan untuk surfing, email & blogging sahaja, 16GB dah lebih dari cukup. Ada beberapa kedai lain selain Mac Studio ni yang jual lebih mahal dan ada yang jual lebih murah. Tapi Khai kalau nak beli barang-barang macam ni, Khai lebih gemar untuk memilih reseller yang sah dilantik oleh Apple sendiri. So boleh beli tanpa rasa ragu-ragu. Kalau nak beli case atau apa-apa accessory tu, itu lain cerita.
justkhai-apple-ipad
Apple iPad adalah satu produk Apple yang baru Khai beli. Sebelum iPad, Khai dah beli Macbook ProiPhone 4 dan iPod Nano. So pada sesiapa yang ingin cuba meminati produk Apple ini, korang buatlah macam Khai. Beli dari "kepala" (antara Macbook White, Macbook Pro, Macbook Air atau iMac) dan kemudian ke produk hebatnya yang lain. Korang akan rasa apa yang Khai rasa jika ianya benar-benar sesuai dengan hidup dan kerja korang.
justkhai-apple-ipad
justkhai-apple-ipad
* bau kedai lagi masa ni. hehe.
Khai dulu adalah seorang Apple haters yang begitu hebat mengkritik produk keluaran Apple ini. Tetapi dari masa ke semasa selepas sahaja iPhone 4 dikeluarkan, Khai tahu yang Apple kini telah jauh meninggalkan pesaingnya yang lain. Dan ianya terbukti bila Khai menggunakan Apple Macbook Pro dengan Mac OS X bagi menggantikan HP Probook 4411s dan secara terus terang Khai katakan, rasa untuk kembali ke Windows atau menggunakan produk selain dari Apple itu, langsung dah tiada. Khai bukanlah Apple Fanboy, tetapi hanya sekadar seorang pengguna yang sentiasa mencari sesuatu yang perfect mengikut kemampuan dan keperluan diri sendiri. Dan setakat ini, produk Apple sentiasa mencakupi ruang kehidupan dan kerja Khai.

Kenapa Apple iPad?

justkhai-apple-ipad
Walaupun Khai tahu yang iPad2 akan dikeluarkan tidak lama lagi, tapi keperluan mendesak untuk Khai mendapatkan sebuah peranti untuk Khai pakai sebelum tidur dan untuk memudahkan Khai bawa ke mana-mana sahaja. Sebelum ini, masa nak tidur atau nak online di McD, Khai akan online guna HP Mini 210s. Tapi bila Khai dah jual netbook tu, rasa kosong pula bila nak tidur. Nak angkat Macbook Pro bawa ke katil, memang dah malas pula rasanya.
Jadi bila fikir nak beli netbook baru, Khai terfikir lebih baik Khai beli iPad sahaja. Harga standard netbook yang berjenama hebat dan oleh kerana Khai dah menggunakan Macbook Pro dan iPhone, bila beli iPad pastinya akan memudahkan kerja harian Khai since hebatnya produk Apple ini dimana semua data dari peranti lain dapat dipindahkan (sync) dengan begitu mudah ke dalam produk lain keluarannya. Contoh, data dalam iPhone 4 dengan mudah dapat dipindahkan ke dalam iPad.
Produk macam ni yang patut kita semua guna sebenarnya kerana ianya memahami kita, bukannya kita yang perlu memahami sesuatu produk tersebut.

iPad tu boleh jadi macam Netbook ke?

justkhai-apple-ipad
Tentunya boleh menjadi lebih hebat dari netbook. Dengan budget yang tidak melebihi RM1800 (RM1560 untuk iPad dan RM200 untuk cover & stand with keyboard), korang dah di'ibaratkan akan memiliki sebuah Netbook Multi-Touchscreen yang amat hebat sekali. Siapa kata iPad tak boleh ada keyboard? Hehe. Di bawah ini adalah hasilnya. Dengan keyboard dan multi-touchscreen = Awesomeness!
justkhai-apple-ipad

Korang patut beli atau tidak?

Kalau korang ada duit lebih, korang belilah kalau mahu. Memang tidak akan menyesal. Jangan tanya orang lain yang tidak menggunakan produk Apple, kerana mereka selalunya akan tahu mengutuk sahaja. Tanyalah pada orang yang dah pernah merasai dan research la di Google, barulah korang akan tahu ianya untuk korang atau tidak.
Kalau budget cukup-cukup tu, korang simpanlah dulu dan tunggu iPad2 keluar tidak lama lagi. Kalau korang beli iPad sekarang, memang satu pembaziran sebenarnya kerana iPad2 nanti pastinya akan menghidangkan sesuatu yang jauh lebih menarik. Kalau yang iPad ni pun dah cukup menarik, iPad2 nanti apa lagi kan?

iPad adalah iPhone 4 versi besar

justkhai-apple-ipad
Pada pendapat Khai, hanya saiz yang membezakan dua produk ini. Kalau orang tanya Khai, Khai akan kata yang iPad tu adalah iPhone 4 versi besar. Hehe. Apa yang korang boleh buat dalam iPhone 4, itu yang korang boleh buat dalam iPad tetapi dengan kelebihan skrin yang berganda lebih besar. Tapi tak bolehlah nak call atau sms guna iPad pula ye? Hehe.
Jadi tepuklah dada, tanya selera dan jangan lupa tepuk poket juga sekali-sekala. Untuk membuat pembelian sesuatu gadget, korang tak boleh nak cuba-cuba since ianya bukanlah seratus dua. Kalau parent korang menteri, korang tak mintak pun korang dah dapat satu kan? Hehe.
Conclusion entri kali ini, dalam masa beberapa jam Khai dah dapat sesuaikan diri dengan iPad kerana ianya tidak banyak beza dengan iPhone 4. Dan ianya langsung tiada masalah untuk berkongsi data dengan iPhone 4 yang diselaraskan dengan baik menggunakan Macbook Pro (iPhoto, iCal, Address Book dan pelbagai lagi). Jadi dengan produk Apple ini, kalau jiwa korang sama macam Khai, korang takkan pernah ada rasa nak gunakan yang lain kerana korang dah menjumpai sebuah produk yang mendahului zaman. Percayalah.
justkhai-apple-ipad
justkhai-apple-ipad
justkhai-apple-ipad
Harap artikel yang lahir dari hati ini dapat memberikan sedikit-sebanyak maklumat pada sesiapa yang mahukannya. Khai ikhlas untuk bercerita apa yang Khai rasa kerana pada Khai, kita semua deserve untuk mendapatkan sesuatu yang paling baik di dalam kehidupan ini. Jika anda adalah Apple Haters sejati untuk selama-lamanya yang sentiasa memperlekehkan para pengguna Apple dengan kata-kata menyakitkan, itu hak anda kerana semua yang korang rasa tu, dulunya ada pada diri Khai sendiri dan bagaimana pendirian tersebut berubah hanya selepas Khai sendiri mencuba satu-persatu produk Apple. Orang kata, tak kenal maka tak cinta betul tak?
Diharapkan artikel ini dapat diterima dengan baik. Khai bukan jenis suka show off apa-apa yang Khai ada melainkan dengan niat untuk berkongsi pengetahuan.Bersangka baiklah kita sesama sendiri dan terima kasih kerana membaca artikel yang boleh tahan panjangnya ini. Jika ada salah silap dan kekurangan di dalam menyampaikan perkongsian ini, harap dimaafkan ya? Wassalam.
Sumber:- justkhai.com

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...