GEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong
Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan
Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi
semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat
menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan
Lepas.
Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum
anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke
rumah di Taman Serumpun, Butterworth.
Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu
dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu
untuk memastikan keselamatannya terjamin.
Manakala dalam Sinar Harian, Bapa Chong Wei nafi mahu bunuh diri
12 Jun 2012
Beliau yang dihubungi Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita dan Komuniti, Ong Kok Fooi kelmarin mengakui ada memberhentikan kenderaan di atas jambatan, namun bukan berniat untuk membunuh diri.
“Ketika itu, saya dalam perjalanan dari pantai Queensbay dan mahu pulang ke rumah. Ketika melalui Jambatan Pulau Pinang saya berasa tidak selesa lalu menghentikan kenderaan di tepi jalan untuk mengambil angin dan tenangkan fikiran.
“Namun orang lain telah salah sangka dan menganggap saya ingin bunuh diri...ini tidak betul," katanya.
Sementara itu, Kok Fooi ketika dihubungi Sinar Harian semalam berharap orang ramai tidak salah faham dengan kejadian ini.
Beliau berkata, media juga tidak perlu menghebahkan lagi perkara ini kerana ia adalah masalah keluarga dan boleh diselesaikan oleh keluarga Ah Chai sendiri.
“Saya difahamkan, Ah Chai telah ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan anaknya, Datuk Lee Chong Wei.
“Kita harap semua masalah yang dihadapi akan dapat diselesaikan dengan baik,” katanya.
Sumber: sinarharian.com
No comments:
Post a Comment