Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Dr. Lee: Ontology, Epistemology, Realism & Relatism

Phew.... dari satu istilah ke satu istilah makin abe faham dalam kelas Dr. Lee.. setiap penerangan yang dia kongsikan begitu mudah difahami.. semalam dalam kelas teori, boleh pulak dia lukis kat whiteboard depan.. ingatkan dia nak main game "Draw Something" yg abe duk main dalam fb skrg.. last2 lepas dia lukis, dia explain pasal ontology, epistemology, realism (observe) & relatism daripada lukisan dia.. semester lepas pun dah pernah dgr istilah ni dalam kelas RM, tp xbrape nak faham lagi.. slow pickup kot.. hehe.. Berikut adalah gambaran grafik tersebut dalam bentuk imej... inilah kelemahan blog.... tak boleh lukis graf, jadual dll. Nasib baik ada tab, kenalah saya capture...

Jom Praktik Dua Strategi Cari Article & Gap Gaya Dr OT


Gunakan ADVANCED SEARCH (AS) !!



STRATEGI 1:
Taip sahaja “risk mitigation” bagi TTITLE sahaja
Setkan tahun 2010 – 2012 utk tahu apakah wujud perkembangan istilah “risk mitigation” dalam 2 tahun

Rasional:
nak tahu semua buku, journal dll yang ada tajuk khusus “risk mitigation”.  Ini utk tujuan mendapatkan latar belakang kajian dan overview perkembangan “risk mitigation”....  



Hasilnya.. ada 352 semuanya. Ini baru EBSCOhost... belum lagi Wiliey.... IEEE... Emerald.... dll....

Cukuplah kalau ko dapat access dan baca semua benda2 ni…. Sejak 2010 hingga 2012. Tapi be selective….maybe ambil yang sesuai utk dibaca… sekadar nak survey bahan bacaan yang ada dalam SAGE...



STRATEGI 2:

Kita narrow down focus bacaan ko kepada bahan bacaan yang ada term “risk mitigation” dalam TITLE dan keywords seperti “agriculture”, “palm oil”.

So bila dah narrow carian, boleh la baca artikel dan dapatkan GAP yang ada dalam article tersebut yang boleh ko jadikan GAP dalam kajian ko kat Malaysia. Paling best dalam tu dah ada theory dan instrument maka ko boleh guna. Jika ko dah putuskan utk jadikan GAP tersebut, ko memang dah ada sumber rujukan utk LR dgn snowballing artikel tersebut .... dan artikel2 yang sewaktu dengannya.


Then barulah ko sediakan working title kajian ko maybe sebagai:

Cukuplah tu….. kita try publisher yang lain plak…. Seperti Sciencedirect, Wiley, IEEE dll….

Sumber: drotspss.blogspot.com

5 Resepi Kejayaan Dalam Menuntut Ilmu


Ucapan seorang pensyarah (pemenang anugerah ) yg tak sempat dihabiskan kerana terlalu sebak. Seluruh dewan terdiam. Saya tuliskan teksnya:

5 Resepi kejayaan dalam pengajian doktor falsafah-

Pertama,
Dalam apa jua hal yang berlaku, saya menggantungkan seluruh nasib saya kepada Allah. Misalnya, tatkala saya bertembung dengan apa jua kesukaran pengajian, hal pertama yang saya lakukan adalah solat sunat taubat dan solat sunat hajat.

Kedua, 

Saya berusaha sedaya upaya untuk berbuat yang terbaik kepada kedua orang tua dan guru saya. Atas sebab itulah misalnya, saya dikurniakan Allah akan guru yang tidak hanya memimpin saya dalam pengajian tetapi juga memimpin saya ke hospital sewaktu saya jatuh sakit. 

Ketiga, 

Saya berusaha sedaya upaya untuk sentiasa bermurah hati baik dari segi tenaga dan wang ringgit kerana di situlah antara punca kemurahan rezeki.

Keempat, 

Saya memiliki perancangan pengajian yang sangat teliti. Bermula dari perancangan tahunan hinggalah kepada perancangan harian.

Kelima, 

Tiada istilah ‘malu’ dalam kamus hidup saya setiap kali saya memerlukan tunjuk ajar daripada seseorang. 

Kelima-lima resepi inilah mudah-mudahan menjadi panduan kepada teman-teman siswazah sekalian bagi menggapai kejayaan yang lebih gemilang.

Sumber:- facebook.com

Kuliah maghrib @ Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi.


Date: 15 April 2012
Time: After Maghrib
Place: Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi
Info:
Alhamdulillah, semalam abe berkesempatan untuk mengahdiri kuliah maghrib Imam Muda Asyraf,
Sham Kamikaze dan Ustaz Syed Norhisyam di Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi.. Tajuk kuliah semalam ialah "Suci Dalam Debu".. Apa yang abe dapat simpulkan dari kuliah semalam ialah berkenaan dengan fitrah manusia yg dilahirkan dlm keadaan suci bersih & debu2 dosa yg menyebabkan hati kita makin lama, makin hitam.. Antara isi-isi yg dikupaskan oleh Ust. Syed Norhisyam ialah terdapat 3 peringkat dosa iaitu:
  1. Buat dosa tapi tidak rasa bersalah,
  2. Berbangga akan dosa yg dilakukan,
  3. Menyeru kepada orang lain utk melakukan dosa (Amar mungkar, Nahi ma'ruf)
Ustaz juga ada berkongsi mengenai 3 syarat bertaubat (Imam Nawawi):
  1. Tinggalkan sepenuhnya dosa yang kita buat,
  2. Rasa penyesalan,
  3. Azam untuk tidak ulangi dosa tersebut
Akhir sekali, Ustaz memberikan doa (Nabi Ibrahim & Nabi Muhammad):
"Hasbunallah waniqmalwaqil" maksudnya "Cukuplah Allah, Engkau sebaik2 wakil"

Imam Muda Asyraf (moderator), Ust. Syed Norisyam (Panel 1) & Sham Kamikaze (Panel 2)

selepas solat isyak, minum bersama sahabat2 Matri (senior) @ Bangi..

Pakdin & Pakjo pun ada..

Dropbox Software: FREE Service Backup Your Photos, Docs & Videos

First Time Abe Join TT Matrix @ RnR Awan Besar

Pagi: pi survey Kementerian Pelancongan @ Presint 5 utk meeting keesokan hari..

Tengahari: Mandikan si Matrix jup..

Petang: Jumpa kenalan TT MyMatrix Club (MMC) @ RnR Awan Besar..

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...