Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Abe Lawat Kawasan @ Casa Moderna Bertam

Alhamdulillah..setelah hampir 6 bulan, hari ni abe & keluarga pergi melawat kawasan rumah baru di Bertam, Kepala Batas.. boleh dikatakan hampir 95% sudah siap..




Misteri Kehilangan Pesawat MH370



8 Mac 2014 (Sabtu): 
Pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari KLIA jam 2:30 pagi tadi dilaporkan tidak mendarat di Beijing mengikut jadual pada jam 6:30 pagi tadi. Pesawat itu kini tidak dapat dihubungi dan gagal dikesan. 


Kehilangan MH370 telah membingungkan para pencari dan pengkaji. Teknologi yang dimiliki oleh manusia sehingga setakat ini masih gagal memberi jawapan. Ini semua mengingatikan kita bahawa logik yang dimiliki oleh manusia belum tentu dalam menjawab semua perkara tentang alam ini. Akhirnya kita akur bahawa Tuhan dengan segala rahsia alamNYA menguasai segalanya. PadaNYA jua apa yang kita tahu dan kita tidak tahu (petikan dari Dr. MAZA).

Kesabaran dalam ujian itu adalah satu perkara yang sukar kerana ia melibatkan pelbagai bentuk pengorbanan. Teliti hadis baginda s.a.w ini sebagai pemangkin semangat dalam diri kita untuk sama-sama tanamkan sifat sabar dalam jiwa:

“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang lain dan derita sehingga sebatang duri menikamnya kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosanya”. (HR Bukhari)

Akhir sekali, tragedi kehilangan pesawat MH370 ini, jauhi daripada teori-teori yang karut bahkan yang boleh sampai ke tahap syirik. Nilai berita dengan baik dan jangan bersangka-sangka kepada mana-mana pihak. Ini adalah peringatan khusus bagi mereka yang mungkin berada di dalamnya juga peringatan umum kepada semua manusia sejauh mana pergantungan kita terhadap-Nya dalam kehidupan kita.


Teruskan Berdoa !!


Buku MPWS @ Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014


Jom dapatkan buku-buku berkualiti terbitan MPWS Rich Publication di:
Kuala Lumpur International Book Fair 2014 
(Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014 )

Di booth yang bernombor 3006-3007
Dewan Tun Razak 3, PWTC (berdekatan dengan eskalator dan cafe) 

24 April – 4 May 2014

 

Anda juga boleh dapatkan di: 
MPWS Training Centre, 63-1, 63-2
JalanKajangImpian 1/11, Taman KajangImpian, 
Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

 

Banyak buku yang menarik menanti anda di sana, antaranya: 
-Buku Tulis Tesis Pantas
-Buku Mendeley
-Buku ATLAS.ti
-Zero Draft of Thesis
(versi Bahasa Malaysia dan versi English)
-dan banyak lagi buku-buku lain yang menarik.

 

Dan yang paling penting, KAMI MENERIMA BAUCAR BUKU 1 MALAYSIA!!!
Jangan lepaskan peluang ini untuk mempertingkatkan mutu penulisan anda.

Clean Pro Self-Service @ Taman Sri Serdang

bersih dan selesa..

 harga mampu milik..hehe

terdapat pilihan 9kg (RM4.50), 14kg (RM6.00) & 25kg (RM10.00).. 

mesin "tukar duit syiling".. 

mesin pengering (dryer) sebelah atas (RM4.00).. 

kerusi urut pun ada..hehe

Abe & PortaWiFi Celcom



Tarikh Beli: 11 Februari 2014
Tempat: Tesco Seberang Perai
Harga: RM160 (Device shj)
Plan: RM38 (5GB)

Mesej Terakhir Seorang Ayah Kepada Anaknya di Facebook

gambar hiasan
Sekadar kisah...

Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in facebook.

Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya.

Ditatap isinya,

"Salam.

Ini kali pertama abah cuba guna facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni.

Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan.

Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu?

Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil.

Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar.

Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh. Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu.

Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu. Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja?

Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti.

Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu.

Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an. Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi.

Abah tak minta banyak...

Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu.

Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini.

Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman.

Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan.

Maafkan abah atas segalanya."

Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya.

Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya.

Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya.



Sumber: tengoktvonline.blogspot.com

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...