SEORANG pembeli berbisik mengenai harga ditawarkannya di Pasar Berbisik, Kepala Batas.
TIADA tanda harga dan tidak perlu laungan yang menawarkan potongan istimewa. Jika berhajat, bisikkan saja ke telinga nelayan harga yang sanggup dibayar. Sekiranya nelayan setuju dengan harga ditawarkan, pembeli boleh membawanya pulang.Begitulah senario di Pasar Ikan Kuala Muda, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai ‘Pasar Berbisik’. Sebuah lagi pasar menggunakan kaedah berbisik ketika urus niaga terletak di Kuala Muda, Kedah. Kuala Muda, Penaga dan Kuala Muda, Kedah, hanya dipisahkan oleh Sungai Muda.Keunikan proses tawar menawar ketika urus niaga hasil tangkapan laut di pasar berbisik itu menyebabkan pasar berkenaan sentiasa menjadi tumpuan pembeli dan pemborong serta orang ramai.
Sejarah pasar berbisik dikatakan bermula sekitar 1946 yang mendapat sambutan menggalakkan daripada nelayan kerana mereka tidak perlu menunggu masa lama untuk mendapatkan hasil jualan tangkapan masing-masing.
Bagaimanapun, kaedah itu terhenti selama 18 tahun berikutan tindakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperkenalkan sistem baru yang membolehkan nelayan menjual hasil tangkapan kepada agensi berkenaan supaya nelayan memperoleh hasil lebih banyak apabila lelongan dilakukan secara terbuka.
Sistem baru itu gagal menambat hati nelayan kerana didapati membuang banyak masa mereka serta wang hasil jualan pula lambat diterima. Selepas tragedi tsunami pada Disember 2004, kaedah berbisik dihidupkan kembali dan terus mendapat sambutan sehingga kini.
Menceritakan peristiwa yang hampir mengubah tradisi di pasar berbisik, bekas nelayan, Abdullah Abdul Rahim, 49, berkata kejadian itu berlaku ketika bapanya, Abdul Rahim Mat, masih menjadi nelayan.
Pada masa itu, persatuan nelayan mencadangkan kaedah berbisik dihentikan dan digantikan dengan lelongan terbuka kerana nelayan mampu mengaut keuntungan lebih tinggi kerana harganya ditentukan oleh pihak nelayan, bukannya pembeli.
INFO
Pasar Berbisik
Sumber: Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment