Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Petrol RON97 naik lagi 10 sen kepada RM 2.50 sen seliter – berkuatkuasa tengah malam ini

Menurut sumber, harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi berkuatkuasa tengah malam ini (1 Februari 2011)

Ini bermakna, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter daripada RM2.40 sebelum ini.

Untuk rekod, ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97




Carta di atas adalah rekod kenaikan harga RON 97 dari tahun 2004-2011. Ini belum termasuk kenaikan terbaru 10 sen pada 1 Februari 2011

Dari tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.

Untuk makluman, harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...