Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Skim Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)

Assalamualaikum.

Skim Amanah Hartanah Bumiputera telah dilancarkan pada 29 Nov 2010. Abe ada dapatkan sedikit maklumat untuk dikongsi bersama.. skim ini:

  • Memberi peluang bumiputera memiliki pelaburan aset dalam bentuk hartanah dilokasi-lokasi strategik seluruh negara.
  • Semestinya hanya terbuka kepada golongan bumiputera
  • umur 3 bulan -18 tahun layak memohon untuk 'Akaun Remaja' & 18 tahun ke atas untuk 'Akaun Dewasa'.
  • Konsep berlandaskan Islam / Shariah
  • Saiz dana permulaan sebanyak 1billion
  • RM1 seunit dan harganya tetap
  • Pelaburan permulaan minimum 500 unit
  • Tambahan minimum 100 unit
  • Pelaburan maksima 200,000 unit
  • Penjualan balik unit minimum 500 unit
  • Baki minimum unit dalam akaun 500 unit
  • Kekerapan penjualan balik unit sebulan sekali
  • Jangkaan pulangan tidak kurang 6%
  • Jika berminat untuk melabur dalam skim ini boleh kunjungi cawangan Maybank di seluruh Malaysia
  • Juga maklumat lanjut di Pelaburan Hartanah Bumiputera.
Pelaburan berbentuk hartanah seperti nie merupakan satu lagi alternatif kepada masyarakat bumiputera untuk mengembangkan lagi pegangan harta mereka selain ASB.

Daripada apa yang abe perhatikan juga sejak beberapa tahun kebelakangan nie, kadar keuntungan ASB juga semakin menurun & kurang daripada 10% (termasuk bonus).

kadar pulangan tahunan ASB
p/s: Jadi gunakanlah peluang peluang terbaru ini untuk menambah nilai harta anda. Walaupun jangkaan keuntungan hanya 6% sahaja, tetapi ianya masih awal. Hal ini kerana nilai hartanah pastinya akan meningkat setiap tahun selagi wujudnya pembangunan & kegiatan ekonomi di Malaysia. Selamat Melabur.


Sumber :- Pelaburan Hartanah Berhad

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...