Nuffnang

Jom Join..

PHEW....BLOG INI TELAH DIBUKA SEBANYAK…

Jom Kayakan Diri Sendiri



abe ada terbaca dlm satu blog ttg satu konsep pelaburan yang ramai orang tidak tahu, dan ini menyebabkan ramai mengigit jari setelah bekerja kuat berpuluh tahun tapi tak hidup senang..

Setiap awal bulan, gaji yg kita dpt tidak kira samada RM500 atau RM10,000 sebulan, biasanya, perkara pertama yang kita akan buat ialah berikan gaji kita kepada bank (ansuran kereta, rumah dan kad kredit). Kita juga baik hati dan berikan gaji kita kepada TNB, Astro, Streamyx. Oh ya, tidak lupa juga kita berikan gaji kita untuk jadikan Tesco, Giant dan restoran mamak jadi lebih kaya..

Ramai yang LUPA untuk berikan gaji kepada diri mereka sendiri terlebih dahulu. Hasilnya selepas berkhidmat selama 30-40 tahun, tiada apa yang boleh dibanggakan melainkan kereta dan rumah yang masih berhutang dan duit pencen yang cukup makan sahaja.

So, Rahsia Kekayaannya: Anda mesti membayar paling kurang 10%-30% kepada diri anda terlebih dahulu, kemudian barulah berikan kepada orang lain. Buatlah secara automatik, melalui potongan gaji dan simpanan dalam mn2 dana amanah yg ada skrg. Anda boleh lakukannya dengan mula BERJIMAT.

BERJIMAT dan menabunglah sebanyak mungkin untuk sepuluh tahun pertama, insyaAllah cerah masa depan. Bila membeli kereta, pastikan harganya tidak melebihi 18 bulan pendapatan, seelok2nya 12 bulan sahaja. Bila membeli sebuah rumah, jangan melebihi 50 bulan pendapatan.

Masanya belum terlambat untuk anda laksanakan Rahsia Kekayaan ini, BAYAR 30% KEPADA DIRI SENDIRI DAHULU, iaitu sasaran 30% daripada gaji anda atau mulakan dengan 5% adalah lebih baik daripada langsung tidak membayar apa-apa kepada diri sendiri.


P/S: Anda perlukan wang extra untuk mula melabur bagi meningkatkan keuntungan anda, tetapi tanpa berjimat maka tiadalah wang extra untuk anda.



Sumber :- redzuansalleh.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Post Menarik yang lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...