Mungkin ada sesiapa yang baru nak minta kerja kosong di kerajaan, berita ini mungkin akan melemahkan semangat mereka.Jabatan Perkhidmatan Awam JPA, mengumumkan pemansuhan semua jawatan kosong berkuat kuasa 1 Jun ini.Berikutan keputusan tersebut semua urusan pengambilan dibekukan bermula 20 Mei hingga 31 Ogos.
Jawatan-jawatan pada gred kenaikan pangkat dan jawatan yang sedang dalam proses lantikan oleh pihak berkuasa melantik adalah dikecualikan.Jadi terselamatlah pada mereka yang dah mula dapat kerja sebelum 1 Jun 2011 ini.Bukan kata subsidi sahaja dirasionalisasi, jawatan kerja di perkhidmatan awam juga terbabit.

Pendapat kami, langkah ini ada baiknya.Yang baik, ianya dapat mengurangkan kos pentadbiran kerajaan yang sekarang terlalu tinggi.Namun adakah kos pentadbiran penjawat awam ini yang menyebabkan kos pentadbiran kerajaan meningkat? Bagaimana pula dengan elaun tidak masuk akal menteri-menteri dan juga ahli parlimen? Kan bagus kalau di situ juga, ia dirasionalisasikan.
Unit F.L.O.M pula bagaimana? Kalau tengok aktiviti-aktiviti Rosmah Mansor yang banyak buat “lawatan kerja” ni, rasanya banyak juga duit pentadbiran yang digunakan.Bagus juga kalau ia dirasionalisasikan sekali.Tak perlulah lebih sudu dari kuah.Tak habis-habis keluar negara yang sudah tentu melibatkan kos yang besar.
Walau apapun, pembekuan ini hanyalah sehingga 31 Ogos 2011.Jadi, kepada yang belum dapat kerja di perkhidmatan awam, janganlah putus asa.Apa pendapat anda mengenai pembekuan pengambilan pekerja di Jabatan Perkhidmatan Awam JPA ini?
Sumber: beritadaily.com
No comments:
Post a Comment